Thursday, December 31, 2009

HATI BATU


satu-satu aku belek
satu-satu emosi bercanggah
ada yang buat aku jelik
ada yang buat aku marah


memang aku bukan puteri pilihan
jadi mengapa terus bisu?
sudah pastilah aku boleh faham
aku bukan bodoh tiada perasaan


makin sakit makin marah
hati lembut jadi keras
mahu saja aku bahaskan segala kisah
biar hati aku jadi puas
lelah sudah aku bernafas


hatiku tidak lagi terusik
kerana hatiku tidak lagi lembut
hati aku sudah keras
kau mahu tahu sebabnya?
kerana kau yang telah ubah
hati aku jadi batu!

LAUTAN HATI

Seketika aku melihat ke potret itu
tersenyum dalam suram aku melihatnya
dan terkenanglah aku pada sejarah lalu
mengimbau tiap satu dari kisah cinta penuh duka
kau minta aku dendangkan lagu cinta
kau minta aku ceritakan kisah cinta
kau minta aku deklamasikan sajak cinta
kau minta aku tiupkan hembusan cinta
jadi kabur aku dalam suasana penuh cinta
rupanya itu cinta yang palsu belaka
segalanya adalah bohong
bicaramu adalah dusta
hanya mulut yang manis bagai gula
bodohnya aku yang membentang hamparan cinta
bodohnya aku yang memberi lautan cinta
hamparan cintaku itu
penuh lembut selembut sutera
tapi tetap bisa hangatkan kau yang dingin
lautan cintaku itu
terlalu luas dan dalam untuk kau seorang
tapi rupanya kau bukan perenang setia


Lautan cinta hatiku ini
terlalu dalam untuk diselam
terlalu luas untuk dijadikan laluan belayar
lautan cinta yang sentiasa hangat bergelora
sudah aku tukar jadi lautan yang mati
bagai laut mati yang tiada hidupan
begitulah lautan hatiku
sudahlah jangan kau dekati laut cinta hatiku ini
laut cinta yang telah jadi laut mati
kau takkan berjaya selam ke dasar lagi
kerana lautan cinta dalam hatiku adalah
LAUTAN MATI.

Friday, December 25, 2009

TENTANG KAMU


bersinar mataku
tiap kali berbicara tentang kamu
berbunga hatiku
tiap kali berbisik tentang kamu
apakah aku tahu tentang kamu?
apa pula yang aku tak tahu tentang kamu?


dan segalanya bermula
puisiku berlagu,itu tentang kamu
kataku berpuitis,itu tentang kamu
airmataku mengalir,itu tentang kamu
hatiku jadi pedih,itu tentang kamu
bibirku penuh senyum,itu tentang kamu
mataku menjeling tajam,itu tentang kamu
penaku ligat menari,itu tentang kamu
dan segalanya adalah tentang kamu


aku mahu segalanya tentang kamu
jadi tabir pagi subuhku
peneduh aku tika aku dalam terik siang
menghembus angin lembut saat petangku
dan menghampar selimut bersulam cinta
saat aku terlena di malam-malamku


dan tentang kamu
satu-satunya yang aku tunggu
dalam sabar aku menanti
seruan ini pasti kau mengerti


dan sebenarnya
aku belum tahu tentang kamu
belum pasti siapa kamu
yang bakal isi kamar hatiku
tapi aku penuh yakin
rindu dan cinta ini
sedang bercakap tentang kamu
walau aku belum pasti
siapakah kamu
kerana rahsia itu
selamanya hanya Tuhan yang tahu.

Thursday, December 24, 2009

I'M SCARED


I'm scared
scared of what?
I'm scared of this new semester
it seems hard for me
the new schedule?
I consider it as restless
somehow I have to play less


I'm scared of this new semester
Linguistics Application
American Literature
Twentieth Century Literature
Semantics
English for Academic Purposes
Arabic Language
these are the colours that I paint everyday
on every single day of my new semester


Dr. Nora said:
this course is one of the toughest courses.
Kak Mei said:
in American Literature,you really have to always read,
or otherwise you'll be sank like Titanic.
Miss Shan said:
you must have a lot of reading in 20th Century Literature,
if you don't read,no one can help you.
Dr. Subra said:
other than Prof Qayyum's course,
Semantics is another toughest course of all English courses.
Dr. Salim said:
Yeah,EAP is quite tough,but you'll manage to score A
if you work really hard.
Dr. Fekri said:
Arab level 5 ni memang la susah,
tapi saya takkan failkan student saya.


Thus,
in other words
hard and tough are
the most common words of this semester.


From the place I am sitting
I see them clearly
people chit-chatting
they passed by me
then I'm still wondering
is it possible to me?
can I make it this semester?
all I heard is:
this course is tough
me-silent-thinking
I'm really scared of this new semester
and I meant it
but positive!
then things will be good for me,insyaAllah.

Monday, December 21, 2009

AKU MENCUBA


aku cuba
aku cuba untuk sabar
aku cuba untuk tabah
aku cuba untuk pendam
aku cuba untuk diam


betapa aku mencuba segalanya
kerana inilah ujian dari Pencipta
walau aku tahu aku mungkin tak berdaya
tapi sebolehnya akan aku cuba bertahan jua


tapi segalanya punya had
aku bimbang jika aku tak kuat
jika aku kalah dan tak mampu lagi berdiri
mendongak ke arah itu aku tak mampu lagi
bagaimana jika itu yag terjadi?


telah puas aku mencuba
tapi akan aku terus mencuba
walau tiada yang mengerti payah getirnya
aku tak mahu kenal erti sengsara
aku mahu jadi puteri yang penuh jiwa


wahai Penilai hati
izinkan aku terus berdiri
kuat teguh memegang janji
jangan biar aku kalah
kerana aku tak mahu mengalah

Tuesday, December 15, 2009

MEMANG AKU CEMBURU

Benar,
memang aku cemburu melihat itu
memang aku tak suka melihat itu
memang aku jadi kecil hati melihat itu...


Dan benar juga,
aku marah dengan hatiku
dengan hati yang mudah cemburu
yang tak suka melihat itu
yang kecil hati dengan perkara itu...


Apakah aku layak untuk cemburu?
Apakah aku layak berperasaan begitu?


Sudah aku balut kemas-kemas hati ini
supaya tak ada yang dapat usik
sudah aku tutup rapat-rapat hati ini
supaya tak ada yang dapat masuk
tapi aku kalah lagi
kalah untuk ke sekian kali
kenapa hati ini begini?
kenapa aku jatuh hati?


Sakit bila ada yang mencuri hati
tapi ku diamkan segalanya dalam sepi
takut jika hati ini tak dipeduli
bimbang jika hati ini dibiarkan sunyi...


Dan kerana keberanian tiada padaku
aku terpaksa berdiam melihat semua itu
dan dalam hatiku tercalit rasa cemburu
maafkan aku kerana rasa begitu...

Monday, December 14, 2009

APA ITU SAHABAT?


apa itu ertinya sahabat?
adakah yang mampu jelaskan padaku
apa sebenarnya sahabat itu
siapa sebenarnya sahabat itu...


apa itu sahabat?
memberi dan menerima sepenuh hati
mendengar dan meluah dengan senang hati
mengingat dan menegur tika terlupa diri...


aku mencari sahabat
yang benar-benar sejati
yang ikhlas dalam dekati aku
yang jujur dalam dampingi aku
kerana itulah yang telah aku lampirkan
ikhlas dan jujur dalam persahabatn
walau kau terasa ia tak kelihatan
kerana ia tidak aku zahirkan...


sahabat...
teruslah setia kau di sisiku..
jangan pergi dariku..
gapailah mimpi indah bersamaku..
aku mahu kau terus jadi sahabat sejati ku...

Thursday, December 10, 2009

AKU TAKUT MATI


Subhanallah,
maha suci Allah..
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah..
Lailaha illallah,
tiada Tuhan melainkan Allah..
Allahuakbar,
Allah yang Maha Besar..


oh Tuhan...
Kaulah Yang Maha Mendengar
bisa dengar bisik hati tiap hambaMU
Kaulah Yang Maha Melihat
bisa lihat gerak geri buruk baik hambaMU...


terfikir aku akan hari matiku
apakah aku bersedia menghadapi segalanya itu?
mengakhiri alam dunia
yang penuh godaan nafsu dan dosa
mengakhiri alam dunia
yang sepatutnya kita jadikan
tempat menuai amal untuk hari muka
di akhirat yang kekal selamanya...


oh Tuhan...
aku takut mati
tapi janji MU adalah pasti
selepas dunia barzakh menanti
alam barzakh yang perlu kita hadapi sendiri
hanya amal soleh yang dibawa sekali...


aku takut mati
tapi janjiMU adalah pasti
munkar nakir yang akan datang singgah
ke kubur kita di alam barzakh
bertanya mereka soalan yang kita rasa mudah
tapi amal perbuatan lah akan memunggah
mencari jawapan berdasarkan amal-amal yang sudah...


Ya Allah...
amalanku masih lemah
zikirku masih belum tersusun indah
kuatkan aku ya Allah
ingatkan aku ya Allah...


akan aku terus perbaiki kelemahan dalam amalanku
akan aku terus perindahkan alunan zikir rindu padaMU


bantu aku selalu Tuhanku
agar tangan ini kuat berpegang ditali MU
aku ingin taliMU yang ikat cintaku
agar aku tak lupa segala janjiMU
lalu aku sujud dalam hamparan cintaMU
dan bertasbih zikirku
dalam tangisan mengenang dosa lalu
ampunkan aku wahai Tuhan,
yang memiliki tiap denyut nadi nyawaku...

Wednesday, December 9, 2009

AKU TAK MAHU CEMBURU

detik demi detik
saat demi saat
dan minit pun berlalu
terus berubah menjadi jam
jam menjadi hari
berhari-hari hingga berminggu
itulah masa yang berlalu laju...


aku tetap di sini
berdiri melihat kamu
jauhnya perbezaan itu
hanya Tuhan yang tahu...


tak mampu aku kesali
dengan apa yang telah terjadi
tiap insan punya cara tersendiri
untuk lalui jalan berliku ini...


Tuhan kuatkan aku
untuk terima segala takdirMU
petunjukMU ku harap selalu
agar aku tak jadi keliru
dan tak akan terus cemburu...


aku rela sepi yang menemaniku
aku rela sunyi yang menghampiriku
andainya sepi dan sunyi itu
telah kau tetapkan yang terbaik untukku
Oh Tuhan...
aku tak mahu cemburu...

Monday, December 7, 2009

KABUR DALAM KELABU

seandainya,
manusia itu bisa menterjemah
segala yang terlindung dalam hati
pasti segalanya lebih mudah
pasti berkecil hati tak akan terjadi...


Tuhan..
kerana aku tak bisa lawan kehendakMU
aku jadi pasrah mengikut alir waktu
andai ada yang bisa faham tentang aku
yang tersiksa dalam awan kelabu
keliru dan kabur dengan arah tuju...


jelas Tuhan sedang menguji aku
diberi olehNYA segala yang indah
turun dari langit dalam satu waktu
bezanya cuma saat yang berubah
ada yang turun sangat lambat
ada yang turun mengejut
ada juga yang turun tak terlalu cepat
tapi inilah segala yang terindah...


andainya aku bisa jadi adil
dengan lagu cinta yang aku nyanyi sendiri
pasti tak akan ada yang ganjil
tapi aku kabur dalam kelabu ini
belum ada cukup cahaya yang dapat terangi
lalu hilangkan kabur kelabu ini


fahamilah bahasa sayang hati ini
ketahuilah puisi rindu jiwa ini
selamilah lautan cinta hati ini
genggamilah hangat janji penuh setia ini...


dan aku kembali jadi takut
kerana sungguh aku rasa kabur
tak bisa tangan ini menghulur
pada tangan-tangan yang mungkin lebur...


sungguh Tuhan sedang menguji
pada aku yang lemah ini
apakah kesudahan takdir cinta ini
lalu aku terus sujud dan menyepi
biar DIA yang tentukan jalan ini
kerana aku sangat kabur untuk memilih sendiri...

Friday, December 4, 2009

TUHANKU


Wahai Tuhanku,
KAU yang satu
yang ku rindu..
berjalan aku di atas nikmatMU
bernafas aku dalam kasih sayangMU...


Tuhan,
ampunkan aku
yang leka dalam waktu
ampunkan aku
yang lupa pada janjiku
janji pada Maha Pencipta
saat roh ditiup olehNYA
tika aku dalam rahim bonda...


Tuhan,
aku ini insan penuh lemah
tak berdaya cepat mengalah
belum mampu jadi muslimah yang gagah...


tewas aku dalam ujianMU
gagal aku dengan dugaan itu
dan tertunduk aku kerana malu...


Tuhan,
aku mohon kuatkan hati ini
awasilah tiap gerak geri tubuh ini
izinkan aku terus bertasbih dalam zikir sepi
agar aku tabah menghadapi mimpi ngeri...


Tuhan,
aku pasrah segala takdirMU
kerana KAU Maha Tahu apa yang terbaik untukku
kerana KAU lebih pasti apa yang aku mampu
dan menangislah aku dalam syahdu dan pilu
menadah tangan mengharap cintaMU..
ampunkan aku,Tuhanku...

RAHSIA HATI

[buat sahabat lama:insan]


malam itu ada yang buat aku tersenyum
dengan kisahnya yang disemat bertahun
dan udara pun menjadi harum
kerana pertemuan setelah lelah rindu merimbun...


bertahun ku nanti
tapi kau tak pernah kembali
jauh benar kau membawa diri
ke tempat yang tak bisa aku jejaki...


dalam sepanjang waktu itu
bungkam aku yang kelu
fikirkan apakah kau juga begitu
seperti aku yang selalu merindu
mengenang tiap detik indah kita dahulu...


dan kini,
telah diizin Tuhan kita bertemu
kerana DIA tahu betapa sakitnya merindu
pada insan yang pernah ceriakan hari-hariku...


kau tetap seperti dulu sahabatku
tetap indah dalam manis senyummu
masih berjaya buat aku ketawa dengan katamu...


dan telah kau khabarkan padaku
satu rahsia hatimu
yang kau simpan bertahun dulu
ungkapan yang kita berdua fikirkan lucu
kerana segalanya sudahpun belalu...


tapi dalam senyum dan ketawa ini
ada sesuatu yang tercalit dihati
mengapa baru kini ia terjadi
di saat kita sudah punya jalan sendiri...


tapi aku yakin pada takdir Tuhanku
pasti ada hikmah di tiap yang berlaku
kerana DIA lebih tahu
tiap-tiap liku jalan hambaNYA itu...


dan secalit rasa ini
yang lebih sedekad digenggam sepi
akan ku kenang sampai mati
kerana bagi ku inilah rasa yang aku hargai
tercipta di saat kita belum kenal apa itu duniawi
di saat hati ini masih lagi suci
belum ternoda dengan kelabu hitam dunia ini...


buatmu wahai sahabat,
terima kasih atas khabaran itu
pengakuan terbuku dari kalbu
ku anggap itu sebagai hadiah dari kamu
setelah bertahun tak bertemu...


Tuhanku...
berikan bahagia buat sahabatku
limpahi dia dengan ihsanMU
kuatkan imannya agar jadi pemuda kecintaanMU...
AMIIN..

[28 July 1985]

Wednesday, December 2, 2009

RINDU LAGI


rindu ini menyeru kamu
rindu ini makin kuat di kalbu
membelit hatiku yang resah pilu...


tak mampu aku lihat kamu
tak mampu aku dengar kamu
kerana hati ini jadi sakit
sakit merindu kamu
dan berbicara tentang rindu...


aduhai hati...
sudahkanlah rindumu itu
tak sanggup aku menangung lagi
pada rindu yang tak dimengerti...


tapi hati ini terus merindu
merindu kamu untuk ke sekian kali
sungguh aku belum jemu
walau kau tak merindu kembali


dalam aku menyeru rindu
yang ku titip halus buatmu
akhirnya aku berteleku
di atas sejadah cintaku
menyerahkan segala bait rinduku
padaNYA yang SATU...


*Tuhan...andai benar hati ini merindu,biarlah rindu ini dalam rahmatMU..kuatkan aku,bimbing hatiku,jangan biarkan aku buta merindu...bimbing aku Tuhanku..dan andainya rindu ku padanya ini satu dosa,ampunkan aku..KAU lupuskanlah rindu ku itu..jangan biarkan aku sesat dan leka dalam rindu kelabu...

AKU DAN RASAKU


terdiam aku
tatkala mendengar khabaran itu
mengapa ini yang berlaku?
dengan mudah membaling melambung aku..


terfikir aku
mungkin ini gurauan semata
dijadikan bahan untuk bergurau senda
aku ini persis bahan ketawa mereka..


tapi tahukah mereka?
hati ini adalah hati seorang wanita
mudah tercalar lagi terluka
kata maaf bukanlah segalanya
usah lagi bermain dengan nama..


mungkin puncanya adalah aku
yang terlalu memberi pada yang tak perlu..


aku jadi marah
pada mereka yang buat ku lelah
adakah mereka fikir aku ini murah?


gurauan itu tiada masalah
tapi jangan sampai aku melatah
bukan aku yang cepat marah
tapi aku jangan dianggap mudah..


dan berfikir aku
mungkin ini salahku
berikan mereka peluang itu...

Monday, November 30, 2009

MENJAUH AKU


sepi aku...
dari kesibukan itu
sunyi aku...
dari belaian itu
ada yang berlari
tinggalkan aku...
walau ku tangisi
tetap pergi dariku...


dan aku pun menjauh
dari segala kebahagiaan itu
yang pernah kita titip bersama
tak mahu lagi aku peduli
pada kau yang tinggalkan aku pergi...


biar aku jadi kebal..
biar aku jadi lali..
dengan kesepian ini...

MERPATI PUTIH


di tiap baris yang terlihat
aku jelas aku rindu
rindu pada kau yang dulu
apakah bisa kembali seperti dulu...


mahu tersenyum mendengar katamu
mahu tertawa mendengar ceritamu
sungguh aku rindu kau yang dulu...


kau bagai merpati buatku
merpati putih lagi suci berseri
tolonglah jangan ada yang lain
yang berani sentuh merpati putih ini
biarkan merpati ini kekal putih penuh suci...


dan kerana kau bagai merpati
kau terbang pergi
aku bagaikan persinggahan sekali lagi
didamping sekadar penghibur sepi


aku terus mengintai pada langit
berharap merpati putih itu kembali lagi...
dimanakah kau wahai merpati?
aku merindu dalam syahdu....

MAAF BUAT SAHABAT

[nukilan buat sahabat: Mawar Berduri]

termenung aku di kamar sepi
sambil depanku ada lilin menemani
terfikir aku tentang dia yang telah pergi...


marahkah dia padaku?
meluatkah dia dengan alasanku?


maafkan aku yang gagal mencari waktu
untuk hiburkan hatimu waktu kau bersamaku
bukan aku tak ingin bertemu kamu
dan meluang waktu..
cuma aku tak punya banyak waktu
kesempitan dan kesibukan jadi penghalang aku...


maafkan aku yang kau rasa tak seperti dulu
buat kau rasa jauh setelah cincin tersemat indah dijarimu
maaf kerana aku selalu fikir kasihmu akan berbeza
kerana pastilah dia yang akan jadi lebih utama...


bukan aku sedih melihat kau bahagia
bukan aku cemburu melihat kau mengungkap cinta
dihatiku berbunga indah untukmu
moga hilang segala sengsara yang kau pikul dahulu...


mungkin aku yang belum bisa terima perubahan status kamu
terlalu berfikir apakah kehadiranku bakal ganggu kamu dan cintamu
lantas aku halang diriku dari selalu mencari kamu...


di lorong itu..
tiada lagi lagu kita
di padang itu..
tiada lagi suara kita
di jalanan itu..
tiada lagi tawa kita
kerana kamu telah pergi..
dan jarak pisahkan kita lagi...


buat kau cinta hati sahabatku
kau yang sudah bergelar suami kepada sahabatku
tatanglah hati sahabatku ini
jangan ada lagi mutiara berderai dipipi
kau dan dia dua sejoli
moga cekal dan tabah dalam tiap liku
yang bakal kau harungi dalam hidupmu...


buatmu temanku..
sahabatku..
pendamping sepiku..
pengubat airmataku..
maafkan aku yang gagal jadi temanmu
gagal beri senyum padamu..
aku butuh waktu yang baru
agar dapat aku tebus segala silapku..
buatmu..kau tetap cahaya yang menerangi
menjadi sumber inspirasi
kekalkan aku sebagai teman sejati..
maafkan aku..
duhai sahabat....

Sunday, November 29, 2009

AKU YANG MELIHAT


dulu...
aku melihat dia
gadis itu riang dalam derai hilai tawanya
berjalan penuh yakin mendabik dada
kerana dia tahu dia jelita
tentang tudung usahlah bicara
itu sekadar kain yang dipakai sesuka rasa
dan apakah yang orang bicara tentangnya
dia peduli apa
asalkan hatinya rasa gembira...


dulu...
aku juga melihat dia
gadis lain yang malu dalam tiap tuturnya
bergaya sopan dan lembut langkahnya
sentiasa tunduk menjaga pandangan mata
setiap dari inci tubuhnya
ditutup rapi seluruh auratnya
bimbang lelaki asing menjadikan itu santapan mata


mereka adalah dua gadis yang pernah aku lihat
punya ciri berbeza nampak tersirat
bukan aku bezakan yang baik atau yang jahat...


dan kini...
gadis yang tudung itu sekadar pelengkap
kini sudah sempurna berjilbab
hilai tawa diganti alunan zikir padaNya Rabb
terkadang mengalir mutiara jernih suci di malam gelap
kerana sesal dengan dirinya dulu yang terlelap
kini dia...muslimah solehah idaman para syabab...


lain pula dengan gadis kedua ini
dulu sopan tertutup rapi
kini berubah lalu jadi kurang seri
entah mengapa diubah sahsiah diri
kini jadi lebih senang bebas berlari...


aku yang melihat
sekadar berfikir apa yang tersirat
bukan bezakan yang baik atau yang jahat...


inilah namanya hidayah
inilah namanya nikmat
hidayah itu hanya milik Tuhan
dan nikmat itu pinjaman dari Tuhan...


kuatnya iman bukan untuk dibangga
nikmat Tuhan harus dijaga dan dipelihara
apatah lagi nikmat iman di dada
semailah ia dengan benih zikir dan taqwa
berdoalah agar tak lalai dan alpa...


dan aku...
aku juga muslimah
dan aku harus terus bermuhasabah
agar pengakhiranku dilimpahi mahabbah

*teguhkan iman hambaMU yang lemah ini Ya Allah...~

Monday, November 23, 2009

BERFIKIR AKU..


aku di situ....
berfikir akan sesuatu
apakah bisa si gadis itu mencari cinta
apakah bisa si gadis itu meluah cinta
atau...
sebaiknya sabar menunggu hadirnya cinta
lalu pendamkan saja segala bait-bait puitis cinta...


kerana bimbang dijaja bagai gadis yang tak manis
keluar berlari mencari cinta
yang konon sejati lagi kekal selamanya...
lalu..
ada baiknya ku pilih jalan kedua
duduk menanti sambil berdoa
moga Tuhan temukan cinta
yang sentiasa dalam restu dan rahmat-NYA


aku yang penuh lemah dan serba kurang
mengharapkan Tuhan temukan dengan yang ada iman di dada yang lapang
agar bisa jadi imam pada tiap sujudku dengan senang
lalu dia tutup tiap sudut lemahku yang serba kurang...


yang penuh iman itu jadi pujaan
agar dapat temani aku mengaji tiap baris al-Quran
agar jadi imam dalam tahajud dan taubat tika di langit ada bulan
agar dapat pimpin aku ke syurga idaman
menuju alam akhirat yang kekal sepanjang zaman......

Sunday, November 22, 2009

AKU CINTA SIAPA


dia tanya aku
aku cinta siapa??
dia teka satu nama
aku senyum
tekaanmu salah wahai sahabat...


aku cinta yang lain
yang tak pernah akan cinta aku
yang akan diam tatkala terdengar aku
yang akan terus pilih yang lain
yang tak pernah akan lihat aku
walau dalam sekilas jeling matanya


itulah yang aku cinta
yang bukan untukku
rasa berdosa kerana menyintai
jadi aku pilih untuk diam sendiri...


kucurahkan segalanya pada Illahi
kerana DIA yang sejati
dan lebih mengerti
pasti DIA akan beri suatu hari nanti
cinta lain untuk diganti
yang tak lukakan lagi sekeping hati ini
dan zikir cintaku mengalir di hujung jari
tiap butirnya jadi bait penyembuh sepi...

AKU YANG TAK MAMPU


dalam tenang
dadaku berdegup kencang
sangat kencang
melihat satu raut wajah
yang cuma terlihat di potret sepi


ku urut perlahan dada ini
degupan ini beri aku rasa sakit
sakit yang tak terperi
melihat dia senyum sepi
dalam potret-potret miliknya sendiri


dia yang menjauh
seakan ingin aku juga menjauh
kerana dia jadi sepi
jelas aku bukan pilihan hati
kerana aku bukan tuan puteri
kerana aku bukan permata yang bersinar
ada lain yang lebih tinggi dan bersinar...


ke lautan dia pergi
ke sana aku berlari
cuba ikut tiap jejaknya
walau amat payah ku rasa
tapi dalam perlahan langkahnya
aku pula yang sering tersungkur
jelas aku tak sekuat dia...


dan dia pergi dalam perlahan langkahnya
langkah perlahan tapi cukup kemas
tinggalkan aku sendiri
dia ke langit
dia ke bulan
dia ke bintang
walau ke matahari
aku tahu dia mampu
dan tinggallah aku di bumi
jejaknya tak mampu ku turuti
kerana dia seakan mahu pergi
jadi ku relakan semua ini.....

Thursday, November 12, 2009

DAMBAANKU


di atas tikar di satu penjuru
berteleku aku menghadap yang SATU
mengimbau tiap dosa-dosa lalu
apakah aku pantas jadi hambaMu...


betapa aku penuh dosa dan cela
ampunkan aku wahai yang ESA
diri yang lemah ini lalai dan leka
pada godaan dan mewah dunia


aku yang keruh
tidak lagi bersinar
terlalu jauh telah aku berjalan
terlupa sebentar pada manisnya iman


aku yang keruh
ingin kembali jernih
berjalan atas nikmat kasihMU
bernafas dengan nadi cintaMU


Tuhan..
ampunkan hambaMU ini
kuatkan iman hambaMU ini
cekalkan hati hambaMU ini
aku yang lemah lagi tak berdaya
terlalu amat dambakan kasih dan cinta
dariMU yang ESA...


Ya Illahi...
ingin aku jadi seperti Sumayyah
jadi seperti Rabi'atul Adawiyah
jadi seperti Aisyah yang merah..
ingin hati ini seteguh mereka
tapi aku yang keruh penuh dosa...


ampunkan aku Ya Allah
hati yang keruh ini ingin jadi jernih
jernih dan putih
sesuci embun di pagi nan syahdu
kurniakan aku keampunanMU
bekalkan aku kekuatan itu
agar selamanya damba cintaMU
pada KAU yang SATU...

Wednesday, November 4, 2009

KALAULAH......



kalaulah...
kau bisa faham
tiap yang berkata dalam hati
tak perlulah aku panjang jelaskan tiap inci...


kalaulah...
kau bisa baca
tiap yang tertulis dalam hati ini
tak perlulah aku jadi penuh emosi
dalam bicara sepi


malu ditertawakan
kerana berfikir ikut perasaan sendiri
tapi itu yang keluar tanpa keterpaksaan
tak mahu lagi simpan resah ini


bila resah terluah
hilang rasa masalah
tapi tiba-tiba aku rasa asing tak terperi
kerana malu pada diri sendiri...


rupanya beginilah kecilnya hati ini
cepat terusik tapi tak mahu mengusik
inilah bisikan hati kecilku
gadis biasa yang ada angan merapu
berangan tinggi menjadi puteri sesuci salju...


dan kalaulah...
kau selalu akan mengerti
tiap yang terdetik dalam hati sang puteri....

MAAFKAN AKU


kamu,aku,dia dan mereka
kita pernah dicop dengan satu nama yang sama
kerana itu kita pakai lencana yang sama


tapi kita sudah dewasa
kita sudah berada di dunia berbeza
aku di sini,dia di situ
kamu,kamu dan kamu
nun...jauh di sana...


dan atas nama yang pernah kita kongsi bersama
kamu,aku dan kamu..berteman semula
ada gundah yang aku lepaskan
ada gembira yang aku kongsikan
ada tangis yang aku luahkan
ada juga bual kosong yang aku selitkan
segalanya pada kamu dan kamu
teman yang dulu tak pernah aku dekatkan...


andai saja kamu bisa tahu
betapa aku bersyukur
berteman insan sebaik kamu
yang tak pernah kasari aku
dalam tiap tuturmu
yang sabar mendengar kisahku
dalam tiap waktu lapangmu
yang berusaha memberi teka-teki baru
walaupun jawapannya tak pernah aku tahu...


tapi..
satu yang perlu kamu tahu
bukan aku mahu begini
bukan aku mahu ikut perasaan bodoh ini
aku cuma tak mahu nama kamu hilang seri
bimbang jika aku punca semua ini...


maafkan aku
jika aku beri imej buruk pada kamu
maafkan aku
jika selama ini aku jadi penyibuk dalam hidup kamu
maafkan aku
jika aku tak pernah patut masuk dalam kotak kamu
maafkan aku
yang terlanjur berkawan dengan kamu....


aku jadi buntu
.....
.....
.....
tak mahu ganggu kamu
takut calarkan nama gah kamu
takut cacatkan sudut sempurna kamu
takut kamu tersinggung pada usikan mereka itu


aku yang buntu jadi keliru
perlukah aku menyepi
dalam duniaku sendiri
dan maafkan aku kerana penuh emosi
niatku cuma mahu jaga sekeping hati....


*kite emo eh??tapi memang kite takut kamu marah pade kite,dan lepas tu,jadi tak mau pule berkawan dengan kite..kite takut kamu salah fikir pasal kite..kite tak marah pade mereka,kamu atau sape-sape...kite cume takut kamu yang tak selesa...tapi kalau betul yang kamu tak ape-ape..dan tak kesah pasal ni semue..jadi saye pon jadi lege..dan boleh senyum semule....

Tuesday, November 3, 2009

AKU DAN PUISI SEPIKU



dalam sunyi malam
aku melihat langit
tinggi di atas sana
dan aku nampak bintang
aku cuba mengira tiap satunya
tapi tak berjaya...


bintang-bintang bagai mengejek aku
yang gagal menjejak jumlah mereka
kemudian aku berhenti seketika
dari mendongak pada langit


ku buka helaian putih
dari lembaranku
dan tangan ini jadi laju
untuk mencoret lagi
bait-bait perasaan
yang sedang berlagu penuh syahdu
di lubuk hati ini....


entah sejak bila aku mula menulis begini
entah sejak bila pula aku jadi puitis begini
melahirkan kata cinta
melagukan baris rindu
yang belum pasti untuk siapa....


tapi aku bingung kembali
dari mana datang segala bait rindu dan cinta ini
siapakah yang telah jadi sumber inspirasi
apakah dalam diam aku mula menyintai?
hingga segalanya hanya terluah dalam puisi sepi ini...


aku kembali mengintai pada langit
bintang bagai bukan lagi mengejek
tapi tersenyum padaku
yang hanya mampu meluahkan rindu
dalam coret puisiku
biarlah aku terus meluah rasa rinduku
biarlah aku terus bercerita hangat cintaku
hanya di sini,di dalam puisi sepiku.....


*Ya Allah,jika ada cinta yang berlabuh untukku,janganlah cinta itu melebihi cintaku padaMu...yang selamanya kekasihku...kuatkan lagi tali cintaku padaMu,tambahkan lagi zikir rindu buatmu..moga apabila ada cinta yang berlabuh,cinta itu sentiasa dalam rahmatMu Tuhanku.....