Saturday, October 31, 2009

mencari diri


kau perwira gagah
kau kesatria perkasa
kata-kata mu menggegar jiwa
seruanmu membakar semangat jadi membara


kau bangkitkan keberanian dalam jiwa tiap pejuang
hingga mereka tidak pernah gentar di medan perang
kau sahut seruan kekasih MAHA PENYAYANG
untuk berhabis-habisan di dalam juang
walau syahid,itulah tanda cinta dan sayang..


tapi kau telah pergi
dan kau bawa keberanian mu sekali
hingga kini belum ada Muslim yang cukup berani
pertahankan al Aqsa yang pernah berjaya kau takluki
belum ada jiwa yang cukup berseri
menjadi segagah kau wahai Salahuddin al-Ayubi...


di manakah kita wahai insan yang mengaku umat Nabi?
di manakah kita ketika ada Muslim lain diseksa
di manakah kita ketika anak kecil di sana menjadi yatim tak berbapa?
di manakah kita ketika Muslimah di sana di carik tiap helai bajunya?
di manakah kita wahai insan bergelar MUSLIMIN..


duduk di kerusi sambil menuding jari
menyalahkan insan lain sesama sendiri
ada yang langsung tak ambil peduli
ada yang lebih seronok melayan diri sendiri
lupa,alpa dan leka
dengan nikmat yang Tuhan beri
walhal ini tak mungkin kekal abadi


bangun saudara-saudaraku!!
buka mata dan fikiranmu
tuntut lah ilmu selagi mampu
agar dapat berjuang dengan ketajaman akalmu
saudara kita bukan untuk dihina
apatah lagi di seksa
Muslimah kita perlu dijaga
kerana mereka juga adalah mutiara


bangun lah wahai saudaraku....
jadilah seperti pejuang-pejuang Islam yang dulu
berjuang dengan gagah tanpa takut pada segalanya itu...
cari dan selidiki tiap dari mu
mencari inci keberanian yang jadi milik pejuang dahulu
kerana aku yakin tiap dari kau,mereka dan juga aku...
ada juga keberanian itu....


kegagahan Salehuddin al-Ayubi
harus terus dicari
dalam diri setiap MUSLIMIN.....
agar kita bisa jadi pejuang sejati
yang bisa gentarkan hati musyrikin...
YA ALLAH....
bantulah kami..
kuatkan kami...
agar dapat kami contohi
dan ikuti tiap jejak pejuang Islami..

Thursday, October 29, 2009

SERUAN RINDU~


hati yang merindu
adakah yang bisa mengerti?
adakah yang bisa fahami?
adakah yang bisa mengganti?
aku mahu dimengerti
aku mahu difahami
tapi aku tak mahu ada yang mengganti...


kerana kekasihku ini
selamanya kekasih hati
takkan ada yang bisa mengganti
walaupun engkau bergelar menteri


kerana dia yang tolong aku
dia yang nyanyikan aku
dia yang tatihkan aku
dia yang ajarkan aku
dari alif ba ta...hingga aku pandai mengaji
dari a b c...hingga aku pandai berdeklamasi...


terlalu rindu rasanya hati
buat ayah yang sangat aku cintai
ingin sekali mengusap jari
berbual mesra sepanjang hari
sambil depannya ada kopi
yang kita lalui di saban hari
tika dulu kau di sisi....


walau aku tahu kau tak mungkin kembali
tapi dihati ini aku tetap teguh berlirik sepi
datanglah ayah,walaupun di alam mimpi...


aku yang kau dulu manjakan
sudah dewasa
sudah bergelar si dara
sudah tahu erti sengsara


andai kau di sini wahai ayah...
ahh aku tahu itu tak mungkin...
kerana kau kini di sisi NYA
bersama yang maha PENCIPTA
sungguh hati ini rindu padanya
ingin menatap matanya
berbalas senyum dengannya
mengadu kisah berbual manja
rindu dimarah tanda kasihnya


kasihmu ayah kasih sejati
selamanya akan ku ingati
doa buatmu sentiasa dalam pohonku
moga suatu hari bisa ketemu
di syurga Illahi
yang kekal abadi
buat ayah...
inilah nukilan dan seruan rinduku
ku cipta meluahkan rindu
kerana buat selamanya...
akulah puterimu.....


JASAD,AKAL DAN HATI...

banyak suara terngiang di telinga
banyak jasad yang muncul di bola mata
di kanan dan kiri
di depan dan belakang


menyapa padaku
tersenyum padaku
mengangkat tangan padaku
ada pula yang mencubit hidungku


semua bagai mengelilingi
padaku yang hanya tegak berdiri
jasadku di sini....
tapi ada yang sedang menguasai hati
merangkul kemas tiap penjuru hati
di bawa bersama sekeping akal ini
hinggakan aku bagai bukan di sini....


kenapa aku hanya tinggal jasad
ke mana sebenarnya hati ku pergi
mengapa akal ini dibawa sekali


akal dan hati....
pulang padaku
kau pasti tak tertahan
dengan rasa penuh kesejukan
yang akan mencengkam tiap denyut mu
dan nanti akan terik
hingga kau dibawa pergi
oleh angin penuh berdebu...


akal dan hati...
pulang padaku
aku jasadmu
kerana ini lah tempat mu
tak usah kau pergi menumpang
menjadi tamu yang tak diundang....

JANGAN KEMBALI

hati menangis..menangis..
dan menangis lagi..
kenapa menangis wahai hati..
kerana hati tak sekeras batu
kerana hati tak setinggi langit
kerana hati tak sepanas matahari
kerana hati tak setebal bumi....


hati ini lembut bagai kapas
hati ini rendah bagai mutiara di dasar lautan
hati ini sejuk bagai salji dan
hati ini nipis bagai helaian kertas


sudahlah hati ini lembut bagai kapas
mengapa kau guris kasar
sudahlah hati ini rendah bagai mutiara di dasar lautan
mengapa di tempat sama juga yang kau pijak
sudahlah hati ini sejuk bagai salji
mengapa tak pernah kau hangatkan
sudahlah hati ini nipis bagai kertas
mengapa begitu mudah kau koyak dan carik kan


kau yang tak punya hati
selamanya tak akan pernah mengerti
apa yang selalu berlagu dilubuk hati ini
kau hanya tahu DATANG DAN PERGI.....


tapi ku pohon...
pergilah sejauhnya
jangan kembali lagi
untuk kau conteng diari hati ku lagi...


aku letih..
aku penat..
dengan sakit yang kau beri
dengan senyum yang kau beri
pergi jauh...
aku pohon aku rayu
jangan kau kembali lagi
aku benar-benar letih dengan resah ini......

Wednesday, October 28, 2009

MUHASABAH CINTA~


wahai ...Pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMu
ku pasrahkan semua padaMu....


Tuhan...baru ku sadar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMu....


kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untuk ku
Ampuni khilaf dan salah selama ini...
Ya Illahi...
muhasabah cintaku...


Tuhan..kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
PERTEMUKAN AKU DENGAN-MU


*ini lirik lagu muhasabah cinta,sang by EdCoustic...thanx to a friend of mine..Afif..sebab introduce kat nana lagu ni...before dia cakap pasal lagu ni,nana memang tak pernah dengar pun lagu ni..after dia inroduce lagu ni,nana jadi sangat suke dengan lagu ni..mendalam maksud nye...moga kite semua dapat ambil ape yang baik dari lagu ni as long as it gives benefit on us..dan moga kite semua sentiasa bermuhasabah cinta kita pada Illahi..terima kasih buat sahabat yang sudi berkongsi...~

Sunday, October 25, 2009

nota rindu

dari dalam kamar
aku bisa dengar rintik hujan
yang turun renyai
membasahi bumi tuhan


dalam kesejukan dan kedinginan malam
aku berpeluk tubuh dalam suram
rupanya aku keseorangan


sangka ku
aku berteman mereka
yang bisa buat aku hangat
tiap kali kami bersama...


tak pernah aku lupa
gelak tawa mereka
senda gurau mereka
tatkala umur mencecah remaja


kau,aku,dia,mereka...
kita bersama..
berpijak di bumi yang sama
menuntut ilmu di tapak yang sama
mengaji al Quran di surau yang sama
mengangkat ikrar dalam dewan yang sama


tapi ada yang lain...
aku pernah didenda
dia pernah dirotan
mereka pernah disebat
sumpah seranah bagai biasa
konon nya marah pada si bapa dan mama...


dan kini yang dulu nya kecil sudah dewasa
tapi ilmu masih belum penuh di dada
dan diri terasa hina
kerana mengapa dulu
selalu saja marah pada bapa dan mama...


aku berpeluk tubuh sendiri
mengingat kembali genggaman tangan
kau,dia dan mereka....
dulu pernah hangat
kini hilang tiada....
apakah bisa kita kembali bersama??
untuk kembali ketawa mesra..
mengaji bersama
dirotan bersama


sungguh aku rindu akan segalanya
mahu ku ulang tiap helaian cerita kita
tapi kita punya haluan berbeza
doa ku moga kalian juga
tidak pernah akan lupa
akan segala galanya
yang selamanya
MILIK KITA....


[buat semua sahabat SAMER 00' -04']


Saturday, October 24, 2009

JIKA......


jika aku mampu.....
aku mahu kau selalu di samping aku
aku mahu kau yang jadi pendamping aku
aku mahu kau yang lihat tiap baris senyum ku
aku mahu kau yang dengar segala tawa riang ku
dan aku mahu kau yang kesat tiap titis air mata ku...


jika aku punya kuasa
aku mahu kau yang jadi pembimbing aku
aku mahu kau yang jadi imam di setiap sujudku
aku mahu kau yang jadi pemimpin bagiku
agar dapat kau pimpin sepasang tanganku
dalam langkah kaki yang lemah ini
nescaya aku tak sesat di jalan penuh liku...


tapi aku tetap makhlukNYA
yang hanya manusia biasa
dengan sedikit cekal di dada
aku masih di situ terus berdoa...


kerana aku tahu aku tak mampu
dan aku manusia biasa
yang selamanya tak punya kuasa
untuk melerai segala resah di dada...
biar aku kekal di situ
menghadapMU di satu penjuru
menadah tangan terus meminta
moga takdir temukan CINTA......


*oh angin...sampaikan salam rindu penuh kasih ku padanya....moga rahmat TUHAN sentiasa bersamanya....

Friday, October 23, 2009

pagi nan indah


pagi ini cerah seperti selalu
burung burung terbang sekawan
sungguh bebas beterbangan di awan


aku toleh ke kiri
anak kucing putih mengiau manja
bagai minta dibelai dari
makhluk Tuhan bergelar manusia


di kanan ku ada anak kecil
sedang bertatih riang
mendapatkan sang ibu
dan ibu mendakap si kecil penuh mesra..

aku tersenyum
terasa bahagia

syukur ku hanya pada MU
masih izinkan aku menghirup
udara segar ini
masih izinkan aku melihat
pandangan indah ini
syujud syukur pada MU
atas nikmat ini..

AKU TAKUT...

[istimewa buat kamu..]

aku takut
bila mana hati ini bergetar
aku jadi takut
bila mana hati ini merindu
aku tambah takut
bila mana tidak ada bayang kamu
aku terus takut
kalau-kalau aku jatuh suka pada kamu


mengapa takut?
kerana bimbang getaran ini palsu
mengapa jadi takut?
kerana siapalah aku untuk merindu
mengapa tambah takut?
kerana aku tak mau hilang kamu dariku
dan mengapa terus takut?

kerana belum tentu kau juga suka aku...


siapalah aku
untuk merindu mu...

hanya padamu


di situ.....
tempat berdirinya aku
seperti selalu
manghadap pada MU
yang selamanya hanya SATU...


KAU dengar keluh kesahku
KAU mengertigelak tawaku
KAU jadi saksi deras air mataku
KAU fahami tiap lirik senyumku...


dan apakah masih aku tidak bersyukur?
dan apakah sebenarnya yang aku mahu?


aku mahu
KAU terus dekat denganku
jangan jauh dariku
kerna KAU
cinta terhebat buatku..
biar aku terus di situ
kekal berdiri di tempat selalu
memeluk erat gugus cintaMU
dan terus sujud
bersama nikmat cintaMU
hanyalah KAU yang SATU
selamanya UNTUKMU....


*rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana wa hab lana min ladunka rohmah innaka anta al wahhab..

bicara palsu

kau bilang padaku
senyuman kamu indah
itu buat aku tersenyum
kau bilang lagi
mata kamu bulat bersinar
dan aku terus setia
menghalakan mata bulat ini
lurus padamu..


tapi buat seketika
aku jadi ragu.....


jika benar indah,mengapa kau diam..
jika benar bersinar,mengapa kau berpaling..


dan aku jadi bungkam
kelu untuk berbicara
seharusnya aku bepaling
dan terus pergi...menjauh...
walau kau menjeling
tika waktu sesekali berlabuh...


senyuman indah bertukar tawar
mata bulat jadi berkaca...


* ya Allah...kuatkan aku,agar aku mampu lupa pada semua kisah-kisah nya.....