Thursday, December 31, 2009

HATI BATU


satu-satu aku belek
satu-satu emosi bercanggah
ada yang buat aku jelik
ada yang buat aku marah


memang aku bukan puteri pilihan
jadi mengapa terus bisu?
sudah pastilah aku boleh faham
aku bukan bodoh tiada perasaan


makin sakit makin marah
hati lembut jadi keras
mahu saja aku bahaskan segala kisah
biar hati aku jadi puas
lelah sudah aku bernafas


hatiku tidak lagi terusik
kerana hatiku tidak lagi lembut
hati aku sudah keras
kau mahu tahu sebabnya?
kerana kau yang telah ubah
hati aku jadi batu!

LAUTAN HATI

Seketika aku melihat ke potret itu
tersenyum dalam suram aku melihatnya
dan terkenanglah aku pada sejarah lalu
mengimbau tiap satu dari kisah cinta penuh duka
kau minta aku dendangkan lagu cinta
kau minta aku ceritakan kisah cinta
kau minta aku deklamasikan sajak cinta
kau minta aku tiupkan hembusan cinta
jadi kabur aku dalam suasana penuh cinta
rupanya itu cinta yang palsu belaka
segalanya adalah bohong
bicaramu adalah dusta
hanya mulut yang manis bagai gula
bodohnya aku yang membentang hamparan cinta
bodohnya aku yang memberi lautan cinta
hamparan cintaku itu
penuh lembut selembut sutera
tapi tetap bisa hangatkan kau yang dingin
lautan cintaku itu
terlalu luas dan dalam untuk kau seorang
tapi rupanya kau bukan perenang setia


Lautan cinta hatiku ini
terlalu dalam untuk diselam
terlalu luas untuk dijadikan laluan belayar
lautan cinta yang sentiasa hangat bergelora
sudah aku tukar jadi lautan yang mati
bagai laut mati yang tiada hidupan
begitulah lautan hatiku
sudahlah jangan kau dekati laut cinta hatiku ini
laut cinta yang telah jadi laut mati
kau takkan berjaya selam ke dasar lagi
kerana lautan cinta dalam hatiku adalah
LAUTAN MATI.

Friday, December 25, 2009

TENTANG KAMU


bersinar mataku
tiap kali berbicara tentang kamu
berbunga hatiku
tiap kali berbisik tentang kamu
apakah aku tahu tentang kamu?
apa pula yang aku tak tahu tentang kamu?


dan segalanya bermula
puisiku berlagu,itu tentang kamu
kataku berpuitis,itu tentang kamu
airmataku mengalir,itu tentang kamu
hatiku jadi pedih,itu tentang kamu
bibirku penuh senyum,itu tentang kamu
mataku menjeling tajam,itu tentang kamu
penaku ligat menari,itu tentang kamu
dan segalanya adalah tentang kamu


aku mahu segalanya tentang kamu
jadi tabir pagi subuhku
peneduh aku tika aku dalam terik siang
menghembus angin lembut saat petangku
dan menghampar selimut bersulam cinta
saat aku terlena di malam-malamku


dan tentang kamu
satu-satunya yang aku tunggu
dalam sabar aku menanti
seruan ini pasti kau mengerti


dan sebenarnya
aku belum tahu tentang kamu
belum pasti siapa kamu
yang bakal isi kamar hatiku
tapi aku penuh yakin
rindu dan cinta ini
sedang bercakap tentang kamu
walau aku belum pasti
siapakah kamu
kerana rahsia itu
selamanya hanya Tuhan yang tahu.

Thursday, December 24, 2009

I'M SCARED


I'm scared
scared of what?
I'm scared of this new semester
it seems hard for me
the new schedule?
I consider it as restless
somehow I have to play less


I'm scared of this new semester
Linguistics Application
American Literature
Twentieth Century Literature
Semantics
English for Academic Purposes
Arabic Language
these are the colours that I paint everyday
on every single day of my new semester


Dr. Nora said:
this course is one of the toughest courses.
Kak Mei said:
in American Literature,you really have to always read,
or otherwise you'll be sank like Titanic.
Miss Shan said:
you must have a lot of reading in 20th Century Literature,
if you don't read,no one can help you.
Dr. Subra said:
other than Prof Qayyum's course,
Semantics is another toughest course of all English courses.
Dr. Salim said:
Yeah,EAP is quite tough,but you'll manage to score A
if you work really hard.
Dr. Fekri said:
Arab level 5 ni memang la susah,
tapi saya takkan failkan student saya.


Thus,
in other words
hard and tough are
the most common words of this semester.


From the place I am sitting
I see them clearly
people chit-chatting
they passed by me
then I'm still wondering
is it possible to me?
can I make it this semester?
all I heard is:
this course is tough
me-silent-thinking
I'm really scared of this new semester
and I meant it
but positive!
then things will be good for me,insyaAllah.

Monday, December 21, 2009

AKU MENCUBA


aku cuba
aku cuba untuk sabar
aku cuba untuk tabah
aku cuba untuk pendam
aku cuba untuk diam


betapa aku mencuba segalanya
kerana inilah ujian dari Pencipta
walau aku tahu aku mungkin tak berdaya
tapi sebolehnya akan aku cuba bertahan jua


tapi segalanya punya had
aku bimbang jika aku tak kuat
jika aku kalah dan tak mampu lagi berdiri
mendongak ke arah itu aku tak mampu lagi
bagaimana jika itu yag terjadi?


telah puas aku mencuba
tapi akan aku terus mencuba
walau tiada yang mengerti payah getirnya
aku tak mahu kenal erti sengsara
aku mahu jadi puteri yang penuh jiwa


wahai Penilai hati
izinkan aku terus berdiri
kuat teguh memegang janji
jangan biar aku kalah
kerana aku tak mahu mengalah

Tuesday, December 15, 2009

MEMANG AKU CEMBURU

Benar,
memang aku cemburu melihat itu
memang aku tak suka melihat itu
memang aku jadi kecil hati melihat itu...


Dan benar juga,
aku marah dengan hatiku
dengan hati yang mudah cemburu
yang tak suka melihat itu
yang kecil hati dengan perkara itu...


Apakah aku layak untuk cemburu?
Apakah aku layak berperasaan begitu?


Sudah aku balut kemas-kemas hati ini
supaya tak ada yang dapat usik
sudah aku tutup rapat-rapat hati ini
supaya tak ada yang dapat masuk
tapi aku kalah lagi
kalah untuk ke sekian kali
kenapa hati ini begini?
kenapa aku jatuh hati?


Sakit bila ada yang mencuri hati
tapi ku diamkan segalanya dalam sepi
takut jika hati ini tak dipeduli
bimbang jika hati ini dibiarkan sunyi...


Dan kerana keberanian tiada padaku
aku terpaksa berdiam melihat semua itu
dan dalam hatiku tercalit rasa cemburu
maafkan aku kerana rasa begitu...

Monday, December 14, 2009

APA ITU SAHABAT?


apa itu ertinya sahabat?
adakah yang mampu jelaskan padaku
apa sebenarnya sahabat itu
siapa sebenarnya sahabat itu...


apa itu sahabat?
memberi dan menerima sepenuh hati
mendengar dan meluah dengan senang hati
mengingat dan menegur tika terlupa diri...


aku mencari sahabat
yang benar-benar sejati
yang ikhlas dalam dekati aku
yang jujur dalam dampingi aku
kerana itulah yang telah aku lampirkan
ikhlas dan jujur dalam persahabatn
walau kau terasa ia tak kelihatan
kerana ia tidak aku zahirkan...


sahabat...
teruslah setia kau di sisiku..
jangan pergi dariku..
gapailah mimpi indah bersamaku..
aku mahu kau terus jadi sahabat sejati ku...

Thursday, December 10, 2009

AKU TAKUT MATI


Subhanallah,
maha suci Allah..
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah..
Lailaha illallah,
tiada Tuhan melainkan Allah..
Allahuakbar,
Allah yang Maha Besar..


oh Tuhan...
Kaulah Yang Maha Mendengar
bisa dengar bisik hati tiap hambaMU
Kaulah Yang Maha Melihat
bisa lihat gerak geri buruk baik hambaMU...


terfikir aku akan hari matiku
apakah aku bersedia menghadapi segalanya itu?
mengakhiri alam dunia
yang penuh godaan nafsu dan dosa
mengakhiri alam dunia
yang sepatutnya kita jadikan
tempat menuai amal untuk hari muka
di akhirat yang kekal selamanya...


oh Tuhan...
aku takut mati
tapi janji MU adalah pasti
selepas dunia barzakh menanti
alam barzakh yang perlu kita hadapi sendiri
hanya amal soleh yang dibawa sekali...


aku takut mati
tapi janjiMU adalah pasti
munkar nakir yang akan datang singgah
ke kubur kita di alam barzakh
bertanya mereka soalan yang kita rasa mudah
tapi amal perbuatan lah akan memunggah
mencari jawapan berdasarkan amal-amal yang sudah...


Ya Allah...
amalanku masih lemah
zikirku masih belum tersusun indah
kuatkan aku ya Allah
ingatkan aku ya Allah...


akan aku terus perbaiki kelemahan dalam amalanku
akan aku terus perindahkan alunan zikir rindu padaMU


bantu aku selalu Tuhanku
agar tangan ini kuat berpegang ditali MU
aku ingin taliMU yang ikat cintaku
agar aku tak lupa segala janjiMU
lalu aku sujud dalam hamparan cintaMU
dan bertasbih zikirku
dalam tangisan mengenang dosa lalu
ampunkan aku wahai Tuhan,
yang memiliki tiap denyut nadi nyawaku...

Wednesday, December 9, 2009

AKU TAK MAHU CEMBURU

detik demi detik
saat demi saat
dan minit pun berlalu
terus berubah menjadi jam
jam menjadi hari
berhari-hari hingga berminggu
itulah masa yang berlalu laju...


aku tetap di sini
berdiri melihat kamu
jauhnya perbezaan itu
hanya Tuhan yang tahu...


tak mampu aku kesali
dengan apa yang telah terjadi
tiap insan punya cara tersendiri
untuk lalui jalan berliku ini...


Tuhan kuatkan aku
untuk terima segala takdirMU
petunjukMU ku harap selalu
agar aku tak jadi keliru
dan tak akan terus cemburu...


aku rela sepi yang menemaniku
aku rela sunyi yang menghampiriku
andainya sepi dan sunyi itu
telah kau tetapkan yang terbaik untukku
Oh Tuhan...
aku tak mahu cemburu...

Monday, December 7, 2009

KABUR DALAM KELABU

seandainya,
manusia itu bisa menterjemah
segala yang terlindung dalam hati
pasti segalanya lebih mudah
pasti berkecil hati tak akan terjadi...


Tuhan..
kerana aku tak bisa lawan kehendakMU
aku jadi pasrah mengikut alir waktu
andai ada yang bisa faham tentang aku
yang tersiksa dalam awan kelabu
keliru dan kabur dengan arah tuju...


jelas Tuhan sedang menguji aku
diberi olehNYA segala yang indah
turun dari langit dalam satu waktu
bezanya cuma saat yang berubah
ada yang turun sangat lambat
ada yang turun mengejut
ada juga yang turun tak terlalu cepat
tapi inilah segala yang terindah...


andainya aku bisa jadi adil
dengan lagu cinta yang aku nyanyi sendiri
pasti tak akan ada yang ganjil
tapi aku kabur dalam kelabu ini
belum ada cukup cahaya yang dapat terangi
lalu hilangkan kabur kelabu ini


fahamilah bahasa sayang hati ini
ketahuilah puisi rindu jiwa ini
selamilah lautan cinta hati ini
genggamilah hangat janji penuh setia ini...


dan aku kembali jadi takut
kerana sungguh aku rasa kabur
tak bisa tangan ini menghulur
pada tangan-tangan yang mungkin lebur...


sungguh Tuhan sedang menguji
pada aku yang lemah ini
apakah kesudahan takdir cinta ini
lalu aku terus sujud dan menyepi
biar DIA yang tentukan jalan ini
kerana aku sangat kabur untuk memilih sendiri...

Friday, December 4, 2009

TUHANKU


Wahai Tuhanku,
KAU yang satu
yang ku rindu..
berjalan aku di atas nikmatMU
bernafas aku dalam kasih sayangMU...


Tuhan,
ampunkan aku
yang leka dalam waktu
ampunkan aku
yang lupa pada janjiku
janji pada Maha Pencipta
saat roh ditiup olehNYA
tika aku dalam rahim bonda...


Tuhan,
aku ini insan penuh lemah
tak berdaya cepat mengalah
belum mampu jadi muslimah yang gagah...


tewas aku dalam ujianMU
gagal aku dengan dugaan itu
dan tertunduk aku kerana malu...


Tuhan,
aku mohon kuatkan hati ini
awasilah tiap gerak geri tubuh ini
izinkan aku terus bertasbih dalam zikir sepi
agar aku tabah menghadapi mimpi ngeri...


Tuhan,
aku pasrah segala takdirMU
kerana KAU Maha Tahu apa yang terbaik untukku
kerana KAU lebih pasti apa yang aku mampu
dan menangislah aku dalam syahdu dan pilu
menadah tangan mengharap cintaMU..
ampunkan aku,Tuhanku...

RAHSIA HATI

[buat sahabat lama:insan]


malam itu ada yang buat aku tersenyum
dengan kisahnya yang disemat bertahun
dan udara pun menjadi harum
kerana pertemuan setelah lelah rindu merimbun...


bertahun ku nanti
tapi kau tak pernah kembali
jauh benar kau membawa diri
ke tempat yang tak bisa aku jejaki...


dalam sepanjang waktu itu
bungkam aku yang kelu
fikirkan apakah kau juga begitu
seperti aku yang selalu merindu
mengenang tiap detik indah kita dahulu...


dan kini,
telah diizin Tuhan kita bertemu
kerana DIA tahu betapa sakitnya merindu
pada insan yang pernah ceriakan hari-hariku...


kau tetap seperti dulu sahabatku
tetap indah dalam manis senyummu
masih berjaya buat aku ketawa dengan katamu...


dan telah kau khabarkan padaku
satu rahsia hatimu
yang kau simpan bertahun dulu
ungkapan yang kita berdua fikirkan lucu
kerana segalanya sudahpun belalu...


tapi dalam senyum dan ketawa ini
ada sesuatu yang tercalit dihati
mengapa baru kini ia terjadi
di saat kita sudah punya jalan sendiri...


tapi aku yakin pada takdir Tuhanku
pasti ada hikmah di tiap yang berlaku
kerana DIA lebih tahu
tiap-tiap liku jalan hambaNYA itu...


dan secalit rasa ini
yang lebih sedekad digenggam sepi
akan ku kenang sampai mati
kerana bagi ku inilah rasa yang aku hargai
tercipta di saat kita belum kenal apa itu duniawi
di saat hati ini masih lagi suci
belum ternoda dengan kelabu hitam dunia ini...


buatmu wahai sahabat,
terima kasih atas khabaran itu
pengakuan terbuku dari kalbu
ku anggap itu sebagai hadiah dari kamu
setelah bertahun tak bertemu...


Tuhanku...
berikan bahagia buat sahabatku
limpahi dia dengan ihsanMU
kuatkan imannya agar jadi pemuda kecintaanMU...
AMIIN..

[28 July 1985]

Wednesday, December 2, 2009

RINDU LAGI


rindu ini menyeru kamu
rindu ini makin kuat di kalbu
membelit hatiku yang resah pilu...


tak mampu aku lihat kamu
tak mampu aku dengar kamu
kerana hati ini jadi sakit
sakit merindu kamu
dan berbicara tentang rindu...


aduhai hati...
sudahkanlah rindumu itu
tak sanggup aku menangung lagi
pada rindu yang tak dimengerti...


tapi hati ini terus merindu
merindu kamu untuk ke sekian kali
sungguh aku belum jemu
walau kau tak merindu kembali


dalam aku menyeru rindu
yang ku titip halus buatmu
akhirnya aku berteleku
di atas sejadah cintaku
menyerahkan segala bait rinduku
padaNYA yang SATU...


*Tuhan...andai benar hati ini merindu,biarlah rindu ini dalam rahmatMU..kuatkan aku,bimbing hatiku,jangan biarkan aku buta merindu...bimbing aku Tuhanku..dan andainya rindu ku padanya ini satu dosa,ampunkan aku..KAU lupuskanlah rindu ku itu..jangan biarkan aku sesat dan leka dalam rindu kelabu...

AKU DAN RASAKU


terdiam aku
tatkala mendengar khabaran itu
mengapa ini yang berlaku?
dengan mudah membaling melambung aku..


terfikir aku
mungkin ini gurauan semata
dijadikan bahan untuk bergurau senda
aku ini persis bahan ketawa mereka..


tapi tahukah mereka?
hati ini adalah hati seorang wanita
mudah tercalar lagi terluka
kata maaf bukanlah segalanya
usah lagi bermain dengan nama..


mungkin puncanya adalah aku
yang terlalu memberi pada yang tak perlu..


aku jadi marah
pada mereka yang buat ku lelah
adakah mereka fikir aku ini murah?


gurauan itu tiada masalah
tapi jangan sampai aku melatah
bukan aku yang cepat marah
tapi aku jangan dianggap mudah..


dan berfikir aku
mungkin ini salahku
berikan mereka peluang itu...