Wednesday, September 22, 2010

PULANGLAH

sini aku sendiri
sini aku sepi


air mata
turun
laju


sangat
deras


a
i
r
m
a
t
a




tak mahu


b
e
r
h
e
n
t
i




sendiri lagi
tiada penghibur hati




pulanglah
dan kesat airmata ini


bagi aku yakin
agar esok aku senyum lagi

Sunday, September 19, 2010

KAU CINTA AKU?



kisah cinta itu milik siapa?
sesuka hati menjaja cerita
konon dia yang paling bahagia
dicanang hebat serata dunia


aku peduli apa cerita cinta mereka
aku juga punya kisah cinta
kisah yang tak perlu aku jaja
kerana yang tahu hanya kita


tak perlu kau bimbang 
andai aku diam sembunyi rindu
tak perlu kau gusar
andai aku bisu sorok rasa


yakin hatiku
percaya rasaku


tapi masih aku jadi gentar
andai aku yang hilang kamu
andai kamu yang menjauh dariku


jangan!
kekallah kau di situ
aku pasti setia
jika kau benar cinta
dan
kau benar cinta aku?

:: oh heboh dan kecoh ::

salam~

okay~this is my first post after raya~cewah cewah sangat konon busy time raya (tapi kan,sememangnyeeeee lah busy pon~everyday ada saje tetamu nye~alhamdulillahhhh~

okeh~by the way la kan~thank you so much to those who came to my house~best lah u all ni~best dapat jumpa2,makan2 sambil ketawa gembira~oh yeahhhh memang best~paling best hari khamis lahhhhh~weeeeeeee makan nasi jagung ngan macaroni baked bersama dengan sayang sayang nana~shedapppp sangat ibu masak tau~hehe mekaseh ibu~ibu best!!!!

and last night~pakcik dolah and family pula datang~memang besh la kan~sbb jumpa sangat2 jarang ngan family beliau nih~pak dolah ni ibu nana punye abg~satu ayah tapi ibu nye lain~tapi best la sbb family nana ni tak lah besar mane~jadi bile ada yg datang~seronok la juge~berkumpul satu family anak cucu tok ardi~heheh tapi tulahhhhh~pak uteh plak takde~ape dahhhh pok teh ni~sume2 dah ade~pok teh plak takde~

malam tadi kitorang makan bihun goreng~makan kay ep ci~makan hutdug and bege baka~makan pulut kuning nenek~(ape lagi ehhh?tu je kot~ngeeee) sedap sungguh semalam~huih bersama dengan adik2 nana yang sengal ituh~oh super kecoh and super heboh~ini bukan mereka saje yg kecoh~bonda bonda nye pon super kecoh~adoiiii la~memang dah takleh nak wat ape dah kami kami ni kot~memang begini~heheh dengan berbunga apian dan bermercunan~hadoiiii bingitttttttt~

(*okay~i really have to pause for awhile~coz now i'm writing while watching kak ANITA singing~oh demmit~she has a very nice body curve eh?at that age?so WOWWW~and me is loike a giant compared to her~ciotttt aje tau~canthekkkkk sangat kak nita~sounds weird eh i call her 'kak'~should be MAMA NITA kot~hai lahhh anita sarawak~cemane la u jage body u eh~stylo la)


okay nana nak stop la~mau buat keje sekolah yang super banyak~tak ciap lagi la~~~
=(
='(
huwaaaaaaaa
manyak pule tu~cedih cedih~
oh cepat la grad~nana nak kijo~
okeh cume cume~paipai~~~~~

Sunday, September 12, 2010

:: pasrah ::

salam


nana sangat2 pasrah di ketika ini~hadoi~mengape?


kerana tak berjaya mendapatkan ape yang nana nak setelah mencuba selama 4 jam okeh~GERAMMMM


boing boing betol la~


*now macam nak mamam laaaa~tadi mamam kay ep ci~tapi serious tak puas~tapi seriously juge~nana bace doa before mamam tu~tapi perut ku ini maseh lapa la pule~macam mau giget2 ayam lagi la~hehehe

YANG SEPI


meniti hidup walau sendiri
aku sepi tiada hampiri
biar ku sunyi asal kau tak caci
mungkin lali permainan duniawi


melihat derita itu tiba
buat kau senyum tiada hiba
bila ku ketawa gembira
kau ketap bibir tanda tak suka


siapalah aku untuk ingkar
aku tau itu buat kita bertengkar
dan kau kurung aku dengan tegar
membiarkan aku kekal dalam sangkar


kejam kau!
senyum atas hiba ku
caci atas girang ku
jadilah aku terus bisu
demi jaga hati yang layu
yang sepi itu ialah aku

:: geram ::

cinta~~

cinta yang selalu dekat dikaitkan dengan warna merah kerana bara kehangatannya~have you ever fall in love?have you ever taste it??i guess most had felt it~

me?

of course i had~i'm just a normal human being~can't hide from it~i was in love~it bit my heart~but i was unlucky~because the bite was done in passionless~me is the one who was so bodoh to the fullest~

okay~when u love someone~what would u do?are u going to accept him the way he is?

lelaki~

sometime (*this might be a rare case~but it HAPPENS!!) these fellas will come to u~they pleased your heart~orang melayu kata~bagai bertanam tebu dipinggir bibir~itulah mulut lelaki2 ni~(konon bajet manis padehal busok bau rokok je)~these fellas will be soooo friendly~sooooo nice~like they are actually sooooo sincere towards u~then~after awhile~when they felt like bosan or the girl is no more cool~they will simply go away and live their life with another so-called 'cool' girl~

mereka ini pergi begitu saje~kemudian bergumbira~dan perempuan tadi?yang dah tercair kerana mulut konon2 manis lelaki ini tadi~tersiksa~girls usually will suffer~and the lelaki will feel like nothing had happened~WTF!!

girls always have to take extra caution when it comes to LOVE~yes!!most of us did that~but sometimes these fellas which we called as lelaki ruined the CAUTION GATE that we built~they made us do things that we never did before~

jom kite online~oh okay,i dun mind to stay up malam2 ni~i bukan watpe pon ni~
u buatla facebook,nape pule tak layan facebook,rugi tau takde fb,buatla~mmm okay,i buat,tp u ajarla,i tak pandai la facebook2 ni~
tgok wayang nanti kite duduk couple seat nak?selesa sket~couple seat?(alamak~tak penah la plak aku tgok wayang duk couple seat~tapi takpelah~dia suke aku la kot tu yg nak duk kapel seat tu)oh okay2~nnt kite look for couple seat~

adoi~from the most careful person changed to semua boleh person!

dan aku sedang caci diri aku sendiri

ada cinta yang penah bagi aku sengsara~dan aku mula terjumpa hati yang tak pandang tentang COOL~

thank GOD~cinta sangat indah bila dijaga kesuciannya~(kanda~mari jaga kesucian cinta)

aku penah bodoh ketika mengejar cinta~dan aku perbodohkan diri demi cinta (kononnye la) but i was never realized that GOD knows better~

sudah lah jika kau penah beria ia cinta kan lelaki~tapi rupanya dia tak terdetik sikit pun nama kau dalam hati~sudah lah kau berendam duka dan airmata~sakit lagi bila kau tahu dia sedang gembira~

kau ada hidup kau~lebih cerah dan ceria dari dia

aku yakin lebih segalanya dari dia

mengapa harus jadi duka dengan dia yang tak nampak kau seperti permata?
aku juga pernah kecewa~bertahun cuba setia pertahan cinta~

tapi itu bukan cinta~itu sekadar rasa yang timbul dalam hati kerana kau wanita biasa

kerana Tuhan mahu ajar kau cara menilai biar kau kenal lagi lelaki

jadi berhenti menangis dan teruskan langkah kaki
aku mahu lihat kau girang berlari
biar tak lagi kau merana sedih begini


yes~memang geram pada ketika ini~tapi biarlah~semua tu dah jadi kenangan~dan untuk kau wahai sahabat~percayalah~semalam itu akan jadi kenangan kau juga~kau akan lebih berani kerana semua ini~trust me~

kenangan aku~memori aku~that was yesterday~thank you for the bitterness that i felt~it wiped away your face from my heart~and u noe what,actually u should have been deleted a long time ago~i'm glad u were already in my recycle bin~

tapi sorry!mungkin aku masih ada dendam dengan mulut busuk kau!

buat kanda~jangan ragu cinta dinda!!
(percayalah ayat itu sangat gatal dan tak sepatutnye ditulis)

*still tableh gatal2~duit tade lagi mau tawen~ngeeeeeee





Monday, August 16, 2010

:: ayah ::

ayah...

ayahhhh....

ayahhhhh.....

nana taktau nak mulakan cemane~nana nak cerite semua sedih hati nana kat ayah~tapi nana taktau nak mula macam mane~

ayah....

ayah..nana nak ayah~nana ngan ibu rindu ayah~kitorang adik beradik rindu ayah~perlu ayah~ayahhhh~


ayahhhh.....

nana taktau nak tulis ape kat sini~sbb sgt byk segalanye dalam hati~ayah~~


ayah~
nana penat~nak duduk bercerita dgn ayah macam dulu~
ayah~
nana,ibu dgn adik2 syg sgt kat ayah~

ayah~nana janji jadi anak baik~nana janji jage ibu~nana janji jage adik2~ayah tggu kami kat sane yea~nana sayang ayah~

Tuesday, August 3, 2010

PESANAN UNTUK BUDAK BUDAK

wahai budak-budak
meh akak nak pesan
tak payah gatal nak rasa cinta
bukan sedap, tapi sakit yang ada


budak-budak
korang tau ada apa dengan cinta?
umur setahun dua tak payah la cakap pasal cinta
baik korang set otak untuk belajar


oh la budak-budak
dah sakit baru nak menyesal?
kan sendiri yang seksa
tapi kalau korang nak sangat rasa
siapa pun tak mampu halang itu cinta


silakan bercinta
akak nak tengok saja
cinta tinggi mana pun esok mati juga

*buat semua adik-adik dan sahabat yang membaca,jangan diikut pula luahan rasa kat atas ni~itu luahan hati yang kecewa~nak menangis sehabis daya~ingat,CINTA itu fitrah terindah dari Allah~gunakan cinta dengan berpada~pada Allah,ibu ayah,adik beradik,sahabat~jangan tersalah menyalurkan cinta yea~fitrah boleh bertukar jadi fitnah~ape yang penting,sematkan ilmu setinggi tinggi di dada~kuatkan iman dalam jiwa~supaya cinta yang hadir takkan sia-sia~

yang di atas hanyalah luahan rasa hati~yang rasa hina~tapi hati tu bukan mahu membenci cinta~cuma menyesali apa yang pernah jadi padanya~jadi kepada semua~jangan sampai anda membenci cinta seperti di atas ni yea~ingat,cinta paling abadi cinta Illahi~itupon cinta juga~malah itulah cinta terindah yang harus kita miliki~

CINTA~datanglah semula dengan zikir cinta penuh bahagia~aku janji aku tunggu~aku janji aku setia~

Tuesday, June 1, 2010

RESAH RASAKU


daging yang seketul ini namanya hati
yang tersimpan dalam tengkorak ini namanya otak
saling berkait keduanya
berfikir dan merasa


biar bibir ini berkata
biar tangan ini menulis
luahan bingkisan hati
secebis cerita tentang rasa


resah rasaku
andai kau hilang dariku
andai kau pergi dariku
sebelum sempat kau peluk aku
sebelum sempat kau kucup aku


takut rasaku
bila ada yang lain juga tumpang mengadu
bila ada yang lain juga kongsi cerita
bukan aku cemburu
bukan juga aku kawal kamu
tapi hati takut


jangan jauh
jangan pergi
jangan sembunyi
jangan bisu
tak mahu jadi resah rasaku


Friday, May 14, 2010

CINTA


terucap cinta itu
bersama janji setia
terlafaz cinta itu
bersama ikrar tidak mendua


cinta terluah
rindu diungkap
tenggelam bagai hanyut
dalam lautan cinta


pernahkah terlintas
andai cinta itu bersulam nafsu
andai rindu itu Tuhan tak pernah restu


kembalilah menganalisis luahan cinta
lihat kembali tiap arus hati merindu
cukupkah pula cinta pada Pencipta
rindukah hati pada Dia yang Satu


andai benar suci cinta sejati
abdikan cinta pada Rabbul Izzati
andai benar rindu mencengkam kalbu
luahkan segalanya atas cadar sejadah rindumu


cinta suci hadirnya pasti
bersama anugerah cinta dari Illahi
bila hati ikhlas milik yang Satu
dua hati pasti lebih mudah bersatu
biar cinta dua hati tunduk pada kehendak Illahi
pasti dua hati bertemu lagi di syurga firdausi

SI BODOH


hari bukan hari
malam bukan malam
bagai si bodoh hanya menanti bunyi
tak tahu beza waktu berkali tengok pada jam


sudahlah menunggu
pandai kau buang masa aku!

PENAT


letih
berdiri sendiri di hujung sini
dengan berderet tugasan menanti
perlu diberes oleh otak yang sekeping ini


tambah penat
bila keadaan sekeliling tak peduli
hanya fikirkan merajuk hati
buntu aku perlu membahagi diri


tapi di sini jiwa aku
biar bergunung tugasan
biar makin keras segala cabaran
aku buka hati laksanakan
tak mengapa sakit peningku


cuma aku harap yang lain mengerti
bila aku senyap berdiam diri
aku perlu masa sendiri ketika ini
tak mampu selalu ketawa setiap hari


penat;
letih;


itu kau tak peduli.

Wednesday, May 12, 2010

:: bila saye tak sehat ::

salam~~~

bile saye tak sehat~saye jadi manje~
bile saye tak sehat~saye bertambah mengade~
bile saye tak sehat~saye jadi sangat manje~
bile saye tak sehat~saye bertambah lagi mengade~


huuuu tak sehat ni~nana nak balik~nak ibu urut kepala~dah 2 hari macam ni~nana dah makan ubat~tapi same je~nana nak balik~nak ibu urut~


bile saye tak sehat~saye memerlukan attention yg lebih dr org~
huuuuuuuu memang saye mengade~
ape saye kesah kalo anda tak suke pon~
suke hati saye la~huuuuu

Monday, May 10, 2010

MASA


masa yang sentiasa buntuti aku
berhenti tak pernah
terlambat tak pernah
tergendala apatah lagi


masa tetap mengikut aku walau ke mana jua
menjeling aku pada masa
mengapa kau tak boleh diputar semula?
benci melihat sang masa mengekor jejakku
sedangkan dia tahu apa ku mahu
berikan semula aku detik itu!


bagai naik gila aku memujuk
seperti pengemis aku merayu
tapi sang masa tetap buat muka selamba
jalan terus ke depan tak mahu kembali semula


baiklah,aku tekad lalui segalanya!

Sunday, May 9, 2010

ENGKAU


engkau
telah bilang yang kau suka
aku pula tak mahu bercinta
dan kau ikutkan saja


engkau
bertanya jika mahu berjumpa
aku hanya geleng kepala
kau cakap tak mengapa


engkau
mahu beri aku bahagia
aku masih ragui rasa
kau masih sabar dengan setia


engkau
telah buat aku sendiri bertanya
sejauh mana kau akan sabar
setinggi mana kau akan setia

aku tersenyum penuh makna
kau masih perlu aku uji berganda
sampai saatnya aku percaya cinta


dan persoalannya
engkau rela aku uji?
engkau rela aku duga?
dalam hati
aku harap kau sudi
=)

Friday, May 7, 2010

SABARLAH DUHAI HATI


bertahun derita aku
bertahun juga sepi aku
bersendirian bersama airmata
berpiluan menunggu tibanya bahagia


ada yang tiba khabarkan cerita tentang hati
aku mendengar penuh mengerti
tapi aku tak mampu lebih dalam memberi
kerana di antara hati belum ada janji terpatri


mungkin hati bakal bersedih kerana masih perlu sendiri
mungkin hati bakal berduka kerana belum tiba pautan cinta
sabarlah wahai hati
akan tiba saatnya suatu hari nanti


tak mampu aku janjikan setia
tak mampu aku ucapkan rindu
tak mampu aku lafazkan cinta
tak mampu aku bermain dengan kata


bisakah kau bersabar dalam menanti?
bisakah aku bertahan dalam memendam?
aku cuma mahu hati ada cinta TUHAN
agar dua hati takkan keluar dari landasan


TUHAN
andai ini yang telah tertulis dalam kisahku
aku cuma mahu bersatu dalam redhoMU
KAU lebih tahu pilu hatiku
KAU lebih mengerti seksa hatiku
andai ini terbaik untukku
satukan hati ini dalam kantung cintaMU
agar bertautnya hati ini seperti kisah cinta para NabiMU


buat hati
bersabarlah kau dalam menanti
yang terindah pasti tiba menjelma diri
akan ku hiasi indah hatimu dengan nukilan cinta hati ini

Thursday, May 6, 2010

MAAFKAN


maafkan aku
bila bicaraku menghiris hatimu
maafkan aku
bila senyumanku mencengkam jiwamu
maafkan aku
bila jelinganku menikam nadimu


kau tahu sakit hatiku
kau mengerti belahan jiwaku
kau mendengar denyutan nadiku


mula tersenyum indah keranamu
mula berbunga ceria keranamu
mula menyanyi merdu keranamu


tapi berdosa aku
mencacatkan sudut sempurna milikmu
maafkan aku yang punya banyak khilaf
maafkan aku yang keliru dalam gelap


maafkan aku kerana menconteng lukisan indah
yang pernah jadi milikmu dan dia
maafkan aku kerana melarikan helaian putih
yang ingin kau lukis bersamaku


maafkanlah aku kerana buntu-

Wednesday, May 5, 2010

BELENGGU CINTA


yang sedang mengalir ini
adalah airmata
yang sedang basahi pipi
adalah satu tangisan
aku menangis kerana aku benar-benar ingin menangis
terasa perit terpaksa membuang rasa yang bercambah


hati mula terasa rindu
hati mula terasa ingin disayangi
hati mula terasa ingin dicintai
tapi kemampuan ku masih membatasi
aku masih belum layak bergelar isteri
bagaimana boleh aku simpan rasa begini?


TUHAN-
sakit
perit
menyimpan rasa yang belum tentu milikku
memendam rindu yang belum halal di sisi MU


mampukah aku meneruskan perjalanan?
mampukah aku wahai Tuhan?


aku yakin aku mampu
kerana aku punya kau wahai Pemilik Cinta
aku serahkan segalanya hanya padaMU


pertemukanlah aku
dengan yang benar-benar halal buatku
apabila tepat waktunya
aku tak mahu sakit dibelenggu cinta
aku tak mahu sakit dibelit rindu
rela aku keluar dari cengkaman rasa
cuma mahu jadi kecintaanMU selamanya wahai TUHAN




Sunday, May 2, 2010

BUAT ARJUNA


nadi ini masih berdenyut walau sepi bagai mati
awan itu masih berarak walau mendung yang tiba
ikan disungai masih berenang walau cetek dari dasar
muzik itu masih berirama walau liriknya tiada;


terasa perit namun aku cekalkan juga pelayaran
ku yakin kau akan tiba lenyapkan sengsara
tetap aku cekal terus melangkah walau sendiri
kau pasti tiba dan bahagia pun menguntum;


bawalah daku ke puncak syurga


apakah aku mula berharap dan pendam rasa?

Saturday, May 1, 2010

DATANGLAH


menggigil aku menahan rindu
tertusuk panahan yang terus ke kalbu
sakit aku sendirian membeku
jatuh terduduk kerana tak mampu


bagai pungguk aku menanti
datangnya bulan menjelma diri
tetap setia aku mendongak tinggi
walau hadirmu belum ku pasti


datanglah balut luka panah rindu ini
datanglah jangan kau menghilang lagi
serabut aku memendam rindu
terseksa aku dirobek kalbu
pernahkah kau mengerti segalanya itu?


perlukah berkurun menanti
haruskah berabad mencari
kerana ini belum pasti
rela aku terus sendiri
tapi yang tersembunyi
tetap berbisik sang hati
datanglah kau ke mari
bawa aku ke taman cinta firdausi
[setia menanti]

Friday, April 30, 2010

:: bakal hubby saya? ::



salam~ehem ehem~hari ni nana nak show off la sket kat anda semua yea~di malam jumaat yang mulia ni~nana nak bongkarkan rahsia kekasih hati nana selama ni~hihi bakal hubby nana la kirenye nih~hehehe


namenye??name dia Maher Zain~yang first tu pic dia sdg having a little conversation with Director Wassim Malak~the second one tu dia sedang on stage~both of pics ni taken dekat Cairo~waktu dia buat concert kat sane tu~ehem ehem~orang yg duduk Cairo tu tak pegi ke??hehehe~


so if you guys nak tau la kan~inilah orangnye~hehehe memain saje lah~tapi to be honest la kan~dia ade la characteristics yang nana suke~hehe seperti ade good voice~tinggi~botak~ouhhh nana memang mudah tertarik dekat yang botak botak ni~hehehe sbb comel mcm baby~hehe tp yg ni lebih sweet la~sbb ade janggut~jambang sket2 kat pipi~kemas plak tuh~wahhhh tu yang suke tu~botak cam baby~tp ade beard yg kemas dan rapi~hehe sukeeeeeee~pastu body dia pon okay2~tak demok2 and tak kurus2~wahhh almost perfect dah ni~hehe makhluk indah ciptaan Allah~hehe kelihatan gatal dan gedik ke??huu sorry la jika begitu yea~just nak share je bakal hubby nana~hehe


tapi dia memang smart kan~hihi okay lah~nana mahu tidur dulu~dalam mimpi mahu dating dgn incik abg di atas ini~hehe salam~nite2 all~

*kagum dgn cara Maher Zain berdakwah through lagu~banyak western countries dia dah pegi in order to spread the love of Islam~may Allah bless him~

Thursday, April 22, 2010

:: do not show off ::

salam~

huuuu ekceli sgt dlm situasi menyampah sekali lg~haishhh gedik sgt okeh~apesal nak show off~tak perlu la nak show off sgt~mengade je nampak~huuuuuu

i hate you~huuuu even though i really hate to hate people~but this time,i really have to hate people~to be specific~YOU~sbb mengade sgt~show off sgt~huh!!!!

okeh now tukar cerite nak tak??malas nak keep talking bout org yg show off nih~heh

hurmmm okeh~i got something else to say~nak tau tak~i wish i could erase all bad past stories of mine~wanna know which one???hurmmmm some part of my past which i was so DUMB~UNABLE TO THINK~and BLIND~really wanna thank my dearest friends~for build me up~give me strength~accompany me on my 'giller' time~ohh thanks friends~nawar haris~norhayati kamaruzaman~kamilah mohd noor~including naim nazri and afif salleh~yup guys~you two are included~because you too also said the same thing like my girls said to me~you all guys will say this to me~'dah la tu~wat tak tau je~lame2 okay la~lupe la'~yup~now dah okay~dah lupe~paaaandai korang~hehehe mekaceh kawan2~


okeh la~mau stop dulu~ibu dah balik keje~nak lepaking with ibu pule~buh bye cayang2~salam~

Thursday, April 15, 2010

:: geram ::


huuu nana geram~geram~gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!~hah amek sekali~geram sangat tu kan~esh tgh hari yang panas ni~hati pon jadi panas~bukan panas sbb ape~tapi sbb gerammmm sangat ngan sorang makhluk ni~haaaa amek!!

hei you!!poyo nye la kan~i dun even mind about u okeh~so please don't disturb me~saje nak catch my attention~then when i show it,kau nak poyo2 lak kan~adoiii marah ni~gerammm~eshhh kau memang sudah bikin hati aku ni jadi merah la~marah~hesh~

haha amek sekali~memang nana marah pon~kat sape??ade lah orang tu~bukan ape~dia poyo sangat la~nana yang lemas dan rimas~huuuu hehe okeh la~mau tonton TV ilangkan kepanasan hati~heheheh lagi pon orang camtu tak guna pon nak pikir2 sangat~heheh

untuk kau: hoi~kau ingat aku heran sangat ke kat kau hah???tak heran okeh~aku ade ramai lagi orang yang nak di heran kan~contohnye sprti yatie ke~sape2 la~tapi bukan kau~eh suka hati la nak tulis kasar2 kat kau~pandai kau berlakon eh~time tade kawan ko carik aku~kuang asam~eh tak heran la~aku ramai kawan lagi~buweekkkkk~


uit nana sgt jahat di post ini kan~hehehe sekali sekala~hesh geram tapi boleh gelak2 plak kan~heheh sbb malas nak geram lebih2~well~nk tgok tv~buh bye~

*jika anda tak suke post ini,sile click 'x' di penjuru kanan PC anda okeh~and do not judge me easily based on my harsh words here~this is because i geram~kadang2 kene jugak cakap kasar2~heheh supaya org tu tak macam bagus ngan kite~yeah~

RINDU


senyum aku dalam malam syahdu
tenggelam dalam lautan rindu
melepas rasa yang kucantum satu
menjadi penawar saat sepiku


manja hati ini merayu
sungguh rindu hati
hanya pada dia
menjadi pemilik bisikan rinduku


tapi rindu ini rindu berkalang
tak bisa ku ungkap dibibir
walau dalam mimpi
apatah lagi di alam realiti


kerana belum tentu ini rindu sejati
yang bisa bersemadi di syurgawi
lantas datanglah kau padaku wahai pemilik rindu
kucup bait rinduku dalam lafaz cintamu
baris hikmat bersaksikan wali wali ku


panah rindu telah menusukku
datanglah menyatu belahan hatiku
andai kau yang cium seksa hatiku
menjadikan bait rinduku halal buatmu
rela aku mati dalam pelukan kasihmu

Sunday, April 11, 2010

:: nenek sakit ::

salam~

huuu cedih la~nenek cakit~tak cehat~tadi petang nenek muntah2~nana sempat la pegi tengok pastu kemaskan nenek~nenek tak larat nak bangun langsung~muntah pun sambil meniarap atas katil~kesian nenek~


pas dah banyak kali muntah nenek tido~nana naik la rumah~tadi malam nana ngan ibu turun balik pegi rumah nenek~nana suap la nenek makan bubur~pastu picit-picit nenek~kecian nenek~nenek cakap nenek sakit kepala~sampai muntah muntah~angin la tu~huuuu now nenek dah okey sikit~pak long yang stay kat rumah nenek~

nenek~jagela makan yea~jangan la makan yang bukan2 yea nenek~nana risau la kalu nenek sakit2 macam ni~nenek jangan sakit lagi yea~saaaaayang nenek~

Thursday, April 8, 2010

:: mau hubby camni leh tak? ::


salam~dah tengok video kat atas ni??hehe tomei sangat2~nana mau hubby camni bleh tak??tomei la~sanggup masuk dlm crib baby tu~hehe comey je baby tu~siap ade sepit rambut kaler pink atas kepale tau~hehe dia main pucing2 lilit2 badan daddy dia tamo kaci daddy dia pegi~olololoh~daddy nak buat teje la baby~pash da lilit2 daddy~daddy still nak pegi jugak~hehe mesti baby tu pikir camni kan~heheh

ermm taleh lepash daddy tamo lepash daddy~ishhh ape daddy moving2 ni~baring la diam2~owang nak tido cambil dengar bunyi jantung daddy nyanyi2 ni~ape daddy gerak2 ni~lalalalala~ermm eh eh daddy moving lagi~lilit lagi~daddy taleh g mane2~hihi eh eh nape daddy dah angkat owang ni~eh eh eh daddy nape letak orang kat tilam ni~aaaaaa aaaaaa nanges balik~haaa daddy peluk pon~daddy tamo g mane2~owang peluk daddy~


ololoh manje nye dia~cuke tau~tamo lepas daddy dia~nak lilit gak~kalu boleh nak belit2 daddy dia tu~hehe besh la~nana nak hubby yang cweet camni gak la~leh tak??hehehe kalu hubby nana tetibe sampai masuk dlm crib tu~nana rase nana gelak kot~"ucukkkk nape masuk crib baby~ucuukkk keluar la~nanti patah~huuuuu ucuk ni~" hehe tu nana berangan jelah~kalu my ucuk macok dlm tu,amboi maksudnye ucuk nana kene bully ngan baby la tu~hehe tapi taleh biasekan baby bully my hubby~nanti kang my hubby melekat lak tido dlm crib~huuu cape nak jawab~hehehe


okay lah~nana mau stop~mau searching for some potential guys to be my hubby a.k.a ucukk~~hahaha jangan marah naaa~nana main2 jelah~takde maknenye searching2 nih~takde sape pon yang nak di short listed kan pon~hehe okey la~cudah petang~jom wat minum petang~nak ape??cekodok bilis jelah yea~hehe

PERGI MANA


apa?
pergi mana?
tidak-
tidak ke mana-mana
masih di sini


tapi seperti hilang
pergi ke mana?
oh-
tidak ke mana
cuma pergi membawa hati yang lara

:: hatiku sedang berduka lara ::


assalamualaikum cemua kawan2~

eh nana ade kawan2 ke??soo confident yea~heheh tak mengapa lah~okeh mahu berkongsi di sini~hati nana sedang berduka lara la~huuu kenapa???kerana~~~~hurm hanya Allah je yang tahu~so takpelah~rahsia lah tentang itu yea~

urm walaupun hati ni berduka~nana tetap cube menghappykan diri~dgn cara mengajak yatie pegi pasar malam belakang yu ai eh ni ha~hurmm memang la pasar malam je~u all yang kaya2 yang tak layan pasar malam~u all punye pasal la eh~sbb i layan aje~heh
(tejap2,ade nyamuk~nk cembur dia jap~cebuk je dia time nana tgh blogging tau)

okeh~tadi kan~kat pasar malam nana beli kentang putar2 ni tau~wuhuuuu sgt la sedap~belikan utk yatie gak~yatie time dia makan kat bilik dia tuh~dia siap call nana tau~hehe semate-mate nak cakap sedap~hehe tulah tadi time beli buat muke poyo2 lagi~hehehe


pastu nana beli anak tudung baru~hehe yay cuke cuke~boleh la nana pakai ngan selendang~hehehe next sem cam nak pakai selendang saje lah g kelas~heh pakai selendang pun sopan gak~sebab rasenye time pakai selendang,belah depan ngan belakang tu lagi labuh dari tudung biase yang nana pakai selalu tu~so boleh la nak pakai selendang kan~heh ngade je nak pakai selendang~huhuuu nana actually jarang berselendang ni~suka pakai selendang time pakai jubah je~sebab serba hitam~so suke la~heh kalu ngan baju kurung~tudung biase2 sudah~heh


oh iye~tak letak lagi gambar kuar makan2 ngan yatie ritu kan~nanti la nana post eh~urmmm idung nana tengah tercumbat ni~sbb nana tengah celeceme~huuuu so cane ni??cane??tadi dah makan ubat dah~tapiiiii~takpelah nanti elok la tu~hehe alhamdulillah dapat sakit~ujian la jugak kan~


nana stop dulu yea~jaga diri hiasi peribadi~nanti jumpe lagi~nah~mmmuuaahh flying kiss kat anda tu~hehehe buh bye~salam~

Wednesday, April 7, 2010

MAAF ITU APA


aduhai malam
izinkan aku bertanya
bertanya padamu yang punya bintang berseri
yang punya bulan terang menawan


bertuahnya kau wahai malam
punya bintang sebagai penyeri
punya bulan sebagai peneman
masihkah lagi kau rasa sunyi?
mungkin kerana ketiadaan matahari
ataupun tiada kehadiran pelangi saat malam hari


duhai malam
maaf itu apa?
mengapa ada maaf?
apa penting maaf itu?
duhai malam yang dingin
terangkan padaku
serba serbi tentang maaf


dan jika maaf itu diungkap
apakah itu pengakhir segalanya?
mengorak satu langkah baru demi sebuah maaf
dan jika ada yang ungkapkan maaf
hanya sebagai pengindah bahasa
mungkin maaf tiada makna baginya


tapi padaku
maaf biar benar dengan sepenuh dada
maka segalanya jadi lebih ceria
masih ada yang perlu tahu
maaf bukanlah segala-galanya
jika itu dianggap penyelamat cerita

:: selamat berjuang by Brothers ::

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Monday, April 5, 2010

:: cinta terakhir ::


Kau cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan….



nana masih lagi addicted dengan lagu ini la~huuu walaupon lagu ni dah agak lame~tapi nana still addicted dgn lagu ni~nak wat cemane kan~liriknye besshhh sgt~pastu suara aiman tu sedap betol la~boleh senyum sorg2 kalau dengar~hehe tu kalo bace quran tu mesti lagi sedap tu kan~hehehe cuke la kat aiman~hehe oh oh oh oh aiman saranghae~hihi~so semua orang suke la gak dengar lagu ni yea~hehe best tau~sangat best~hehe okay la~nana mau stop dulu~nak sambung dengar aiman nyanyi sambil senyum sorang2~[erk~boleh eh camtu???boleh la~hehe] okay buh bye~assalamualaikum~

MUDAHNYA


kata-kata itu sangat mudah untuk dilafazkan
bagai air terjun yang mencurah laju
segalanya terlafaz bagai air
menghentam batu di bawah
menghentam apa saja yang ada


kerana bukan mereka yang rasa
jadi mudahlah mereka berkata
hanya hati merah itu yang rasa
jadi yang lain susah untuk faham walau berusaha


tanganku sudah hilang tenaga
bibirku sudah hilang getarnya
kerongkong yang satu hilang suara
betapa aku berdiam melihat segalanya


bila rasa itu bukan milik kau
memang mudah kau atur bicara
memang senang kau tukar idea
memang di hujung jari semuanya
kerana rasa itu bukan kau yang punya
dan itu buat aku jadi tambah kelabu
kerana tambah kelam yang aku rasa


melihat ke arah matahari
kau memang jauh tinggi
memang benar aku boleh lari dari kau bersembunyi
menyorok di balik pokok atau di tempat gelap sunyi
tapi esok kau tetap munculkan diri
jadi bagaimana cara untuk aku pergi tinggalkan matahari?

TIDAK MENGERTI


tidak mengerti
tentang kamu
lagu kamu
jiwa kamu
kegemaran kamu
perasaan kamu


aaaahhhhhhh
kecewa dengan sikap kamu
tak faham
tak mengerti walaupun satu
sombong tak menentu,atau
menjauh selagi perlu,atau
aku sudah mati bagi kamu


pelik
sangat aneh
itu kamu
yang tak bisa sekali aku mengerti
apatah lagi memahami
sendiri dengan hidup kamu
memencilkan aku
bagai anjing yang penuh kurap
yang lain semuanya kucing
yang kau boleh bergurau main


aku bukan anjing
mengapa aku terpencil
aku hanya mampu melihat segala drama ini
berdiam sahaja menunggu pengakhiran
kau-aku tidak mengerti
pelik dan aneh
itu kau