Tuesday, June 1, 2010

RESAH RASAKU


daging yang seketul ini namanya hati
yang tersimpan dalam tengkorak ini namanya otak
saling berkait keduanya
berfikir dan merasa


biar bibir ini berkata
biar tangan ini menulis
luahan bingkisan hati
secebis cerita tentang rasa


resah rasaku
andai kau hilang dariku
andai kau pergi dariku
sebelum sempat kau peluk aku
sebelum sempat kau kucup aku


takut rasaku
bila ada yang lain juga tumpang mengadu
bila ada yang lain juga kongsi cerita
bukan aku cemburu
bukan juga aku kawal kamu
tapi hati takut


jangan jauh
jangan pergi
jangan sembunyi
jangan bisu
tak mahu jadi resah rasaku