Friday, May 20, 2011

:: peristiwa ganjil di tanah kubur ::

Salam...

alhamdulillah,dah sudah solat maghrib berjemaah dengan ibu dan adik-adik..lepas solat,buka astro oasis sbb nak tengok slot Tanah Kubur..jadi lepas tengok slot ni tadi,saya dapat la sedikit iktibar yang boleh dijadikan peringatan untuk kita semua yang masih hidup ni..

bila bercakap tentang tanah kubur,memanglah dalam hati ni rasa sangat gerun,memikirkan diri yang serba tak lengkap untuk didekati tanah kubur yang sempit dan gelap tu..dan sebelum kita ke tanah kubur,kita dimandi,dikafan dan disolatkan..kita jadi yang paling manja dan paling tak bermaya pada saat itu..mereka-mereka lah yang bantu utk menyempurnakan kita sebelum ke kubur..

penah juga beberapa kali terdengar cerita ganjil yang berlaku sewaktu jenazah-jenazah itu disempurnakan.dan yang paling selalu,kita boleh tonton juga dalam TV..perkara ganjil yang berlaku pada ketika itu kepada simati,sudah tertulis oleh Allah,itu ialah bahagian simati..setiap dari kita ada bahagian-bahagian kita sendiri..dan keganjilan yang berlaku pada simati tu,tak dapat ubah apa-apa pada si mati,tapi itu adalah pengajaran untuk kita manusia sejagat..

dan selepas saya tonton cerita tadi,saya perasan tentang sesuatu...kadang-kadang kita manusia ni,tak pernah sekali pon terdetik yang kesalahan-kesalahan yang kononnya kecik di mata kita,dapat mengakibatkan proses kematian kita menjadi ganjil dan pelik..nauzubillah..jauhkan kami dari berlaku perkara sedemikian kepada kami ya Allah..matikan kami dan akhiri kami dalam keadaan beriman..

dalam slot yang saya tonton tadi,bercerita tentang riyak..kebaikan yang dibuat,diselangi dengan rasa riyak..menunjuk-nunjuk,agar semuanya tahu tentang kebaikan tu...bunyinya macam jahat sungguh!tapi ini realiti..inilah realiti kita manusia..mungkin ada antara kita yang bergaji tinggi,yang berkereta besar,bukan setakat 3,tapi 5,yang berumah banglo bertingkat-tingkat..dan duit apatah lagi..tak terkira jumlahnya..banyak sekali..

dan dari yang saya tonton tadi,memang itu realitinya,mungkin ada antara kita yang berkata,"alahai kiah,apelah salahnya kita derma aje duit-duit ni..kita punye kereta pun banyak,harta-harta kita ni bukan boleh bawak mati pon..kita derma kan pun takpe..sekurang-kurangnye,nanti orang kampung ni tahu la saya ni orang kaya..tolong orang kampung..jadi takde salah de kite derma kiah..duit ni semua takleh bawak mati"

sememangnye orang yang mengucapkan ayat tadi sedar dengan jelas,kekayaan harta dan apa saja di dunia ni,takkan kita bawa mati..jadi sebab tu niatnya murni,nak menderma..tapi niatnya tu,dah jadi salah,supaya orang kenal dia tu orang kaya..kan ada bunyi riyak..dan dari yang saya tonton tadi,dia mati dalam keadaan yang memalukan..tiba-tiba sebelum dikebumi,dia terduduk,dan keras..tak mahu baring-baring lagi..saya sedar,tadi hanya tontonan di TV semata-mata..tapi kejadian2 ganjil sebelum kita menjejak tanah kubur ni,memang ada yang pernah berlaku..itulah bahagian simati..dan untuk dijadikan pengajaran utk kita semua..

kesalahan-kesalahan yang kita selalu buat,tapi kita fikir,ini tak ada apa sangat,bukan mensyirikkanTuhan,bukan berzina,bukan minum arak..tapi selalunya,kesalahan2 yang kita rasakan kecil inilah yang selalu Allah bukakan saat mati kita..mungkin,cara bercakap dengan ibubapa,pernah guris hati mereka tapi tak disedari,tapi orang sekeliling nampak kesalahan tu..mungkin ada yang abaikan tanggungjawab seorang anak,hingga terlupa tiap titis susu ibu yang hilangkan haus,titis keringat ayah yang bertukar menjadi duit untuk membeli makanan dan pakaian..mungkin ada isteri yang lalai dalam jalankan tanggungjawab pada suami,dibiarkan suami yang mengangkat kain setiap hari,sedangkan dia seronok menonton sinetron indonesia di TV setiap hari,mungkin ada yang merendahkan suami hanya kerana jawatannya lebih tinggi dari suami di tempat kerja..mungkin ada juga yang terlalu suka hebohkan keburukan orang lain,membawa mulut,sehingga terlupa yang keburukan dirinya sendiri,bila-bila masa Allah boleh buka pada hari matinya..

ada yang kubur keluar air,keluar ular,kubur jadi kecik,terlebih besar,telinga simati keluar nanah tanpa henti dan banyak lagi..nauzubillahi min zalik..ya Allah..jauhkan kami dari perkara-perkara sedemikian..kita yang hidup kena la selalu beringat..ingat mengingati....apa yang berlaku tu,itulah bahagiannya yang menjadi pengajaran untuk kita semua..semuanya untuk kita muhasabah dan ubah..bukan untuk kita mengata simati,itu yang tertulis untuknya..dan kita juga tak tahu apa yang akan menemui kita..yang penting,jadikan semuanya sebagai pengajaran dan selalulah ubah diri kita untuk jadi yang lebih baik..lebih baik lagi,dan lebih baik lagi..ini peringatan untuk diri saya sendiri,dan saya tulis di sini untuk sampaikan kepada yang lain juga..harap jangan ada yang berkecil hati..kita sama-sama ubah diri kita yea..=)

*buat semua..doa  taubat...
Aku memohon ampun Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Aku memohon Ampun Ya Allah dari segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
Terimalah taubat kami dengan taubat nasuha..

*sebelum ni selalu lewat-lewatkan solat..tak mau buat lagi..astaghfirullahal'azim..terima kasih atas peringatan Ya Allah..


Monday, May 16, 2011

DILEMA

aku berpaling seketika
melihat sesuatu yang lepas
belum melangkah satu purnama
dan ini buat aku tak bebas


bukan ini yang aku rancangkan
bagaimana pula tentang masa depan
apa cerita yang boleh aku bangkitkan
apa kisah yang boleh aku bangkitkan


dalam dilema aku berada
tak tahu keputusannya apa


sedih


ke kanan,
aku bimbang jadinya nanti harus kekal lurus
ke kiri,
bukan ini impian dalam hati


dilema apakah ini?
aku perlu petunjukMU
bantulah aku




Tuesday, May 10, 2011

:: kepala pening? ::

Assalamualaikum..

Salam indah dan ceria untuk semua..untuk pengetahuan anda-anda yang membaca post nana,nana dah mulakan bisnes kain dan shawl..=)

alhamdulillah,selepas 2 hari,dari sepuluh kain cotton tu,dah tinggal 1 je sekarang..syukran lillah..dan yang masih banyak dalam stok,shawl nana..masih ada 16 helai lagi..shawl inner pon masih ada 18 lagi..hehe takpe lah..perlahan-lahan dulu..ni la namanya bisnes kan..bukan dalam 5 hari je habis semua..positif!!yes..nana positif =)

tapi hari ni,kepala pula buat hal...haih ni pening pule ni kepala..panas dah kepala nana ngan minyak kapak ni..banyak sangat kot nana letak..ooopsss mungkin kah pening ni sbb kolestrol meningkat yea??sebabnye dalam 3 hari ni..nana asek pulun makan roti canai segera je..yelah,memg la roti canai segera..tapi tahap kalori dia kompem la tinggi sesangat juge kan..huuuuu ni la akibatnya terlalu ikut rasa..tapi kan,roti canai keluaran zaimah tu memg sedap..tak sama mcm roti canai segera yang lain..roti canai zaimah sedap dia mcm kita buat sendiri..sbb lengkap rasa lemak dia tu..(haaa tulah yang sampai pening kepala tu kan,berlemak sangat!!) kalau korang nak cuba,korang pergi lah beli kat ayamas tau..nana selalu beli kat ayamas je..kat tempat lain tak penah la plak jumpe roti canai zaimah ni..sedapppp..=)sangat berbeza dari roti canai tempat lain..good job roti canai zaimah!! (ucapkan tahniah juga,walaupun kepala saya agak pening2 now..hehe) 

tapi now ni kepala memang pening la now ni..cane cane?ce cite cite..huuu =(

Thursday, May 5, 2011

:: saya nak jadi tukang masak TERHEBAT! ::

Assalamualaikum.....

a very good morning to my loyal readers..[yes darlings,i'm writing this at very early in the morning..-not so early la ;p ]

okay,wanna know something???nana nak jadi tukang masak terhebat!!this is for real for sure..=) this is because,i love cooking,but i am not very good in selecting the best ingredients...heheee

my dream...

on a very fine evening,my husband comes back home,and i go to him with a very delighted face with a big smile,salam him,kiss him,take his bag and hold his hand....


"how's today ucuk??have you done your asar??okay,ucuk go and take your shower first,then you perform your solah,then come here back okay,minum petang"


.....(mwah) a kiss again..=)
that day,menu for minum petang will be.....apple strudel =)


and this is my apple strudel will look alike..



ouch isn't it sexy??gorgeous enough to be eaten!i name it "Apple Strudel with Love"

then,when my husband tries my apple strudel,he goes like..."mmmmm sedapnya sayang..paaaandai sayang abang ni"
and big smile on his face while having my cook will be a great pleasure for me..

and i wanna do like that on every single day i'm with him..

apple strudel,pineapple pie,cucur jagung,cucur bilis,mee goreng,keria,popia..dan apa saja...

isn't that great???

to cook for the one you love the most..and look at them being healthy with what you feed..
=)
and that makes me wanna say thank you to my ibu for what she has done for me for all these years..because of her,i grow up perfectly..=)

and yes...itulah impian nana...menyediakan masakan2 terhebat untuk cinta-cinta hati nana..=) best kan dapat memasak yang hebat2...dan sekarang,i have to practice..practice makes perfect.. okay yang,na janji eh,na belajar masak tiap2 hari,bukan lauk je,,kuih pun na belajar juge yea..ni janji ni..hehe and it's okay to start with the simples one,as long as,i cook...=)

i do know how to cook,i cook pasta,macaroni baked,kari kepala ikan,sambal,nasi ayam,kuih keria,karipap and many more,but i'm still not good in making pastry,pizza doh,or baking a cake..that is why i still have lots to learn...tapi takpe...usaha lagi..usaha dan usaha...usaha tangga kejayaan..=)

okay..stop dulu..bye darlings...=)

*it's time to search for the recipes...apple strudel will be on the first list..=)

Tuesday, May 3, 2011

Saat Lafaz Sakinah

untuk semua,ni video Saat Lafaz Sakinah,ni sambungan dari post saya yang lepas..hayati lagunya yea..=)


:: haruskah saya bersedih? ::

Salam...

dari title kat atas tadi tu,saya ni mcam nak bertanya la,harus ke saya bersedih yea?bukan ape,tiba-tiba tadi,saya terdengar lagu nasyid ni..lagu ape yea ntah..saya tak ingat..

okay,dah dapat,tajuknye 'Saat Lafaz Sakinah'....

bukan apa,bila saya dengar lagu tu,tu suara hati seorang ayah...tiba-tiba saya rasa sayu sangat2...ayah dah jauh..=(

dia tak boleh nak bagi pesanan apa2 kat suami saya nanti...sepatutnya ayah yang akan jadi wali saya nanti..dia yang akan serahkan saya pada suami saya nanti..tapi ayah dah jauh..=(

harus ke saya ni bersedih atas apa yang Allah dah tentukan??sedangkan semuanya ada hikmah..tapi bukan sebab ape,cuma rasa sedih pula,orang lain ayah dorg yang nikahkan,saya nanti?takpe lah,tu rezeki dorang sume,ada ayah lagi..ni pun,saya dah cukup bertuah ada satu ibu yang sangat2 sayang kan saya,yang betul2 caring pasal saya..terima kasih ibu..bertuahnya nana ada ibu..takpe la kan bu,ayah pegi dulu ada byk hikmah kan bu,nana tau ayah tengah tunggu kita semua kat sana..ayah,nana sangat2 rindu ayah..tunggu nana yea..[ya Allah,tempatkan ayahku dalam orang2 yang beriman..amiin]

jadi kat bawah ni,saya nak letak la lirik nasyid tu..sila la hayati yea..=)

"Saat Lafaz Sakinah"



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya




Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu








Monday, May 2, 2011

:: saya sangat mahu ::

Salam..

=)

pelik aje permulaan title ni kan,iyelah,sebenarnye tak tau nak buat title ape..huuu tp dalam hati ni,sangat2 la mau menulis..mau sangat2 mengarang ape2 jenis puisi..tapi saya sangat2 tak ada idea sekarang ni...huuuu

saya kan,ada satu niat murni dalam hati ni..ecewah!!niat murni la sangat yea!!hehe tapi betul ni..saya ada niat nak berniaga..secara kecil-kecilan aje la..=)

saya teringin nak menjual kain2 ela aje buat mase ni..ngan shawl..=)

hehe poyo ke eh??tapi saya terasa mau sangat la..saya tau,saya ni tak la bnyk pengaruh pon nak menjual ni..tapi sebab nak mencuba..lagipun nak mencari duit lebih sket..saya pon tau juga yang mungkin nnti tak akan dapat banyak untung,tapi....saya betul-betul nak mencuba ni..agaknya kawan2 saya nak support tak nnt??ngeeee tolong la support yea...=)

lagipun,bila kita membaca sejarah nabi pun,nabi dulu pun berniaga juga waktu zaman muda dia..kiranya kalau saya nak berniaga ni,saya dah ikut salah satu sunnah nabi la kan..sorry la kalau salah plak,saya ni takde la belajar agama tinggi mana,tapi ada la tau sikit2..hehe =)

tapi tak mengapa lah..apepon,saya nak juga cuba berniaga...mana la tau kalau2 ada rezeki lebih utk saya kat sini kan..=)

saya ni tak la ramai mana pon kawan,tapi kat dalam hati kecik ni,saya tetap la berharap yang kawan2 saya akan support saya..=)

liyana...aja aja!!just do your best and be sincere for always!!=)