Monday, April 5, 2010

:: cinta terakhir ::


Kau cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan….



nana masih lagi addicted dengan lagu ini la~huuu walaupon lagu ni dah agak lame~tapi nana still addicted dgn lagu ni~nak wat cemane kan~liriknye besshhh sgt~pastu suara aiman tu sedap betol la~boleh senyum sorg2 kalau dengar~hehe tu kalo bace quran tu mesti lagi sedap tu kan~hehehe cuke la kat aiman~hehe oh oh oh oh aiman saranghae~hihi~so semua orang suke la gak dengar lagu ni yea~hehe best tau~sangat best~hehe okay la~nana mau stop dulu~nak sambung dengar aiman nyanyi sambil senyum sorang2~[erk~boleh eh camtu???boleh la~hehe] okay buh bye~assalamualaikum~

MUDAHNYA


kata-kata itu sangat mudah untuk dilafazkan
bagai air terjun yang mencurah laju
segalanya terlafaz bagai air
menghentam batu di bawah
menghentam apa saja yang ada


kerana bukan mereka yang rasa
jadi mudahlah mereka berkata
hanya hati merah itu yang rasa
jadi yang lain susah untuk faham walau berusaha


tanganku sudah hilang tenaga
bibirku sudah hilang getarnya
kerongkong yang satu hilang suara
betapa aku berdiam melihat segalanya


bila rasa itu bukan milik kau
memang mudah kau atur bicara
memang senang kau tukar idea
memang di hujung jari semuanya
kerana rasa itu bukan kau yang punya
dan itu buat aku jadi tambah kelabu
kerana tambah kelam yang aku rasa


melihat ke arah matahari
kau memang jauh tinggi
memang benar aku boleh lari dari kau bersembunyi
menyorok di balik pokok atau di tempat gelap sunyi
tapi esok kau tetap munculkan diri
jadi bagaimana cara untuk aku pergi tinggalkan matahari?

TIDAK MENGERTI


tidak mengerti
tentang kamu
lagu kamu
jiwa kamu
kegemaran kamu
perasaan kamu


aaaahhhhhhh
kecewa dengan sikap kamu
tak faham
tak mengerti walaupun satu
sombong tak menentu,atau
menjauh selagi perlu,atau
aku sudah mati bagi kamu


pelik
sangat aneh
itu kamu
yang tak bisa sekali aku mengerti
apatah lagi memahami
sendiri dengan hidup kamu
memencilkan aku
bagai anjing yang penuh kurap
yang lain semuanya kucing
yang kau boleh bergurau main


aku bukan anjing
mengapa aku terpencil
aku hanya mampu melihat segala drama ini
berdiam sahaja menunggu pengakhiran
kau-aku tidak mengerti
pelik dan aneh
itu kau

Saturday, April 3, 2010

:: titipan dari sahabat ::

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah..
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki..
Untuk menyentuh dirinya mahupun hatinya..
Kerana Allah teramat menyintainya..

Tetapi..

Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki..
Di mana Allah untuk menjaga kita..?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia..
Yang lebih banyak kecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri..
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki..
Ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..

Mengapa masih ragu-ragu..?

Kekuatan usah ditunggu..tetapi harus dicari..
Hargailah setiap kesempatan yang Allah berikan kepada kita..


Nilai sebenar berharganya seorang wanita itu, bukan padakecantikan lahiriahnya, namun padakeutuhan hati berpegang pada prinsipnya, kelembutan jiwanya, hati yang penuh rasa berTuhan,harga dirinya, menyerahkan hati hanya pada yanglayak dan halal baginya serta semangatnya dalammemperjuangkan agamanya..

~Duhai sahabat..
Terima kasih ku ucapkan padamu..lantaran dirimu tidak pernah jemu memberi teguran..dan tidak lupa menitipkan peringatan..saat diri ini lemah..saat hati ini terleka..dan saat jiwa ini lalai dengan kehidupan dunia..
Semoga Allah meredhai persahabatan ini..



Ya Allah..
Andai sahabatku resah..
Tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu..
Andai dirinya terancam..
Lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu..
Andai tubuhnya kedinginan..
Selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMu..
Andai dirinya merindu..
Rindukanlah jiwanya saat bertemu denganMu..
Ya Allah..
Jangan biarkan hati, jiwa dan jasadnya terpesona dengan duniawi..
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud menghadapMu..

Semoga dirinya sahabatku selamanya..
Amin~

[this is quoted from http://dentistmuslimah91.blogspot.com/]

CINTA HATIKU


dalam hening malam ini
selesai sudah sujud padamu
airmata menitis tanpa ku sedari
menyedari segunung dosa milikku
menyedari sekelumit rindu padaMU


Allah Tuhanku yang satu
ampunkan aku yang gagal menjaga hati
aku terlupa akan kebesaran cintaMU
aku jejak cinta sementara hanya duniawi


aku mahu hidup dalam kantung cintaMU
aku mahu bernafas dalam wangian cintaMU
aku mahu mati dalam rahmat cintaMU
aku mahu hati hanya terisi olehMU


jadikan bibirku hanya memuji keindahanMU
jadikan telingaku hanya mendengar alunan ayat suciMU
jadikan tanganku hanya bekerja untuk berbakti buat agamaMU
jadikan kakiku hanya melangkah menuju redhoMU
agar hatiku selamanya hanya cinta KAMU


YA ALLAH
hanya Kau yang ingin aku rindu
hanya Kau yang ingin aku cinta
tapi rinduku masih terlalu sikit jika dibanding para mujahid
cintaku masih tidak sekebal cinta para syuhada
kuatkan cinta dalam hati ini wahai PEMILIK CINTA
taburkan cinta ini hanya buatMU


dan-
di saat ini
aku masih belum mahu kesat airmata sesalanku
ampunkan aku wahai Tuhanku yang Satu




Friday, April 2, 2010

:: sesi luahan ::


assalamualaikum~

dah lame kan nana tak update ape2 kat sini~kenape eh??ntah la~kerana hilang semua baris-baris kata nana kot~hurmm actually nana dah janji ngan yatie nak update cerite pasal kitorang keluar hari isnin after exam hari tu~heheh tapi nanti lah~sebab gambar belum transfer lagi~nnt dah transfer nana story eh~

sesi luahan??nak luah ape ni??hehe ermm nak luah macam2~tapi tersekat pulak~tak lepas plak nak meluahkan~heh~apa yang anda rasa kalau ada orang berkawan dengan anda bermusim??suka tak orang macam tu??tapi agaknya orang macam tu memang wujud pon kan~heheh takpelah~manusia kan macam2 acuan~mungkin kawan macam ni datang nye dari acuan bermusim gak kot~hihi

pernah tak anda rase dunia anda sepi?sedangkan keadaan sekeliling penuh dengan warna~kenapa yea rase macam tu??agaknya perlu tepuk dada tanya iman~

kenape dengan nana yea sekarang???kenape dengan nana yea???sekarang dah tak berusaha langsung nak bangun malam,sekali dalam sebulan pon nampaknye susah sangat dah~astaghfirullahalazim~tepuk dada tanye iman~nana~apehal ni~kenape teruk sangat ni~nak jadi ape ni~lepas mati nak jumpa sape???sedar tak nak jumpa sape lepas mati??lalai nye nana!!!

solat awal waktu??ikut mood saje nampaknye~astaghfirullahalazim~api dalam kubur dah tunggu tu nana~kenape lalai ni~kenape dengan nana ni??ape nana pikir eh sekarang??somebody help me~ingatkan nana bile nana lalai~ingatkan nana bile nana lupe~

ASTAGHFIRULLAHALAZIM ASTAGHFIRULLAHALAZIM ASTAGHFIRULLAHALAZIM

buat pembaca yang kenal nana~yang bersahabat dengan nana~tolong lah ingatkan nana~jangan biarkan nana leka~anak yang solehah tu harta kepada ibu dan ayah~apa nana nak jadi kalau nana hanyut~tolonglah sedarkan nana kalau tibe2 tengok nana dah lalai dalam jalankan tanggungjawab~nana pon macam sahabat2 juge~nana nak jadi solehah juge~tapi bile leka~cepat saje syaitan iblis serang hati yang kotor ni~ape nak jadi la dengan nana~ujian baru datang sekecik zarah dah mula hati jadi tak teguh~sedangkan ujian tu untuk uji iman~mane lah perginya sekeping iman~Ya Allah~jangan butakan hati ni Ya Allah~nana nak jadi anak solehah,nak berbakti Ya Allah~tolong Ya Allah~sentiase kuatkan hati ni Ya Allah~

berubah la yea nana~tamo solat lewat2 lagi yea~kesian ayah tunggu doa nana~nana tamo solat lambat dah yea~nana takut azab Allah kan~kalau nak Allah sayang,kene tunjuk yang nana sayang pada Dia jugak~jaga hak Allah dengan sebaiknya~tamo solat lewat dah yea~Ya Allah~tolong lah jangan biarkan hati ni jadi hitam~nana takut kalu semuanye gelap dan hitam~[Ampun Ya Allah]

AKU SAHABAT PADA KAMU?


aku ini pernahkah kau dalami?
aku ini pernahkah kau mengerti?
tiap bait yang aku coret
tiap senyum yang aku lirik
tiap tangis dan ketawaku benarkah kau dengari?
dalam sendu aku bersenandung
dalam bahagia aku tersenyum
yang duka jarang kau ada
yang bahagia sudi ku kongsi bersama


maafkan aku kerana memilih untuk menyepi
maafkan aku kerana mahu jadi bisu
maafkan aku kerana berdiam diri
maafkan aku kerana tak sudi lagi dendangkan lagu
maafkan aku kerana tak mahu lagi untuk berkongsi
maafkan aku kerana ingin pergi jauh dari kamu


mungkin kerana adakala rasa tak dihargai
kadangkala aku rasa hanya aku yang menyayangi
hanya aku saja yang sentiasa mengingati
hanya aku yang takut hilang sahabat sejati
tapi mungkin tak pada kamu
kerana aku bukan apapun padamu
sekadar teman pengisi waktu senggangmu
belum ku kira yang bermusim dalam bersahabat denganku
aku sahabat pada kamu?


maafkan aku kerana tak mampu lagi
untuk terus gendong bakul persahabatan ini
untuk terus tarik tarik tali persahabatan ini
untuk terus jahit sulaman persahabatan ini
bukan aku putuskan tali saudara
aku sekadar melepaskan apa yang ada
karana rasa sedih yang ada dalam dada