Thursday, May 6, 2010

MAAFKAN


maafkan aku
bila bicaraku menghiris hatimu
maafkan aku
bila senyumanku mencengkam jiwamu
maafkan aku
bila jelinganku menikam nadimu


kau tahu sakit hatiku
kau mengerti belahan jiwaku
kau mendengar denyutan nadiku


mula tersenyum indah keranamu
mula berbunga ceria keranamu
mula menyanyi merdu keranamu


tapi berdosa aku
mencacatkan sudut sempurna milikmu
maafkan aku yang punya banyak khilaf
maafkan aku yang keliru dalam gelap


maafkan aku kerana menconteng lukisan indah
yang pernah jadi milikmu dan dia
maafkan aku kerana melarikan helaian putih
yang ingin kau lukis bersamaku


maafkanlah aku kerana buntu-

Wednesday, May 5, 2010

BELENGGU CINTA


yang sedang mengalir ini
adalah airmata
yang sedang basahi pipi
adalah satu tangisan
aku menangis kerana aku benar-benar ingin menangis
terasa perit terpaksa membuang rasa yang bercambah


hati mula terasa rindu
hati mula terasa ingin disayangi
hati mula terasa ingin dicintai
tapi kemampuan ku masih membatasi
aku masih belum layak bergelar isteri
bagaimana boleh aku simpan rasa begini?


TUHAN-
sakit
perit
menyimpan rasa yang belum tentu milikku
memendam rindu yang belum halal di sisi MU


mampukah aku meneruskan perjalanan?
mampukah aku wahai Tuhan?


aku yakin aku mampu
kerana aku punya kau wahai Pemilik Cinta
aku serahkan segalanya hanya padaMU


pertemukanlah aku
dengan yang benar-benar halal buatku
apabila tepat waktunya
aku tak mahu sakit dibelenggu cinta
aku tak mahu sakit dibelit rindu
rela aku keluar dari cengkaman rasa
cuma mahu jadi kecintaanMU selamanya wahai TUHAN




Sunday, May 2, 2010

BUAT ARJUNA


nadi ini masih berdenyut walau sepi bagai mati
awan itu masih berarak walau mendung yang tiba
ikan disungai masih berenang walau cetek dari dasar
muzik itu masih berirama walau liriknya tiada;


terasa perit namun aku cekalkan juga pelayaran
ku yakin kau akan tiba lenyapkan sengsara
tetap aku cekal terus melangkah walau sendiri
kau pasti tiba dan bahagia pun menguntum;


bawalah daku ke puncak syurga


apakah aku mula berharap dan pendam rasa?

Saturday, May 1, 2010

DATANGLAH


menggigil aku menahan rindu
tertusuk panahan yang terus ke kalbu
sakit aku sendirian membeku
jatuh terduduk kerana tak mampu


bagai pungguk aku menanti
datangnya bulan menjelma diri
tetap setia aku mendongak tinggi
walau hadirmu belum ku pasti


datanglah balut luka panah rindu ini
datanglah jangan kau menghilang lagi
serabut aku memendam rindu
terseksa aku dirobek kalbu
pernahkah kau mengerti segalanya itu?


perlukah berkurun menanti
haruskah berabad mencari
kerana ini belum pasti
rela aku terus sendiri
tapi yang tersembunyi
tetap berbisik sang hati
datanglah kau ke mari
bawa aku ke taman cinta firdausi
[setia menanti]

Friday, April 30, 2010

:: bakal hubby saya? ::



salam~ehem ehem~hari ni nana nak show off la sket kat anda semua yea~di malam jumaat yang mulia ni~nana nak bongkarkan rahsia kekasih hati nana selama ni~hihi bakal hubby nana la kirenye nih~hehehe


namenye??name dia Maher Zain~yang first tu pic dia sdg having a little conversation with Director Wassim Malak~the second one tu dia sedang on stage~both of pics ni taken dekat Cairo~waktu dia buat concert kat sane tu~ehem ehem~orang yg duduk Cairo tu tak pegi ke??hehehe~


so if you guys nak tau la kan~inilah orangnye~hehehe memain saje lah~tapi to be honest la kan~dia ade la characteristics yang nana suke~hehe seperti ade good voice~tinggi~botak~ouhhh nana memang mudah tertarik dekat yang botak botak ni~hehehe sbb comel mcm baby~hehe tp yg ni lebih sweet la~sbb ade janggut~jambang sket2 kat pipi~kemas plak tuh~wahhhh tu yang suke tu~botak cam baby~tp ade beard yg kemas dan rapi~hehe sukeeeeeee~pastu body dia pon okay2~tak demok2 and tak kurus2~wahhh almost perfect dah ni~hehe makhluk indah ciptaan Allah~hehe kelihatan gatal dan gedik ke??huu sorry la jika begitu yea~just nak share je bakal hubby nana~hehe


tapi dia memang smart kan~hihi okay lah~nana mahu tidur dulu~dalam mimpi mahu dating dgn incik abg di atas ini~hehe salam~nite2 all~

*kagum dgn cara Maher Zain berdakwah through lagu~banyak western countries dia dah pegi in order to spread the love of Islam~may Allah bless him~

Thursday, April 22, 2010

:: do not show off ::

salam~

huuuu ekceli sgt dlm situasi menyampah sekali lg~haishhh gedik sgt okeh~apesal nak show off~tak perlu la nak show off sgt~mengade je nampak~huuuuuu

i hate you~huuuu even though i really hate to hate people~but this time,i really have to hate people~to be specific~YOU~sbb mengade sgt~show off sgt~huh!!!!

okeh now tukar cerite nak tak??malas nak keep talking bout org yg show off nih~heh

hurmmm okeh~i got something else to say~nak tau tak~i wish i could erase all bad past stories of mine~wanna know which one???hurmmmm some part of my past which i was so DUMB~UNABLE TO THINK~and BLIND~really wanna thank my dearest friends~for build me up~give me strength~accompany me on my 'giller' time~ohh thanks friends~nawar haris~norhayati kamaruzaman~kamilah mohd noor~including naim nazri and afif salleh~yup guys~you two are included~because you too also said the same thing like my girls said to me~you all guys will say this to me~'dah la tu~wat tak tau je~lame2 okay la~lupe la'~yup~now dah okay~dah lupe~paaaandai korang~hehehe mekaceh kawan2~


okeh la~mau stop dulu~ibu dah balik keje~nak lepaking with ibu pule~buh bye cayang2~salam~

Thursday, April 15, 2010

:: geram ::


huuu nana geram~geram~gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!~hah amek sekali~geram sangat tu kan~esh tgh hari yang panas ni~hati pon jadi panas~bukan panas sbb ape~tapi sbb gerammmm sangat ngan sorang makhluk ni~haaaa amek!!

hei you!!poyo nye la kan~i dun even mind about u okeh~so please don't disturb me~saje nak catch my attention~then when i show it,kau nak poyo2 lak kan~adoiii marah ni~gerammm~eshhh kau memang sudah bikin hati aku ni jadi merah la~marah~hesh~

haha amek sekali~memang nana marah pon~kat sape??ade lah orang tu~bukan ape~dia poyo sangat la~nana yang lemas dan rimas~huuuu hehe okeh la~mau tonton TV ilangkan kepanasan hati~heheheh lagi pon orang camtu tak guna pon nak pikir2 sangat~heheh

untuk kau: hoi~kau ingat aku heran sangat ke kat kau hah???tak heran okeh~aku ade ramai lagi orang yang nak di heran kan~contohnye sprti yatie ke~sape2 la~tapi bukan kau~eh suka hati la nak tulis kasar2 kat kau~pandai kau berlakon eh~time tade kawan ko carik aku~kuang asam~eh tak heran la~aku ramai kawan lagi~buweekkkkk~


uit nana sgt jahat di post ini kan~hehehe sekali sekala~hesh geram tapi boleh gelak2 plak kan~heheh sbb malas nak geram lebih2~well~nk tgok tv~buh bye~

*jika anda tak suke post ini,sile click 'x' di penjuru kanan PC anda okeh~and do not judge me easily based on my harsh words here~this is because i geram~kadang2 kene jugak cakap kasar2~heheh supaya org tu tak macam bagus ngan kite~yeah~