Friday, May 14, 2010

CINTA


terucap cinta itu
bersama janji setia
terlafaz cinta itu
bersama ikrar tidak mendua


cinta terluah
rindu diungkap
tenggelam bagai hanyut
dalam lautan cinta


pernahkah terlintas
andai cinta itu bersulam nafsu
andai rindu itu Tuhan tak pernah restu


kembalilah menganalisis luahan cinta
lihat kembali tiap arus hati merindu
cukupkah pula cinta pada Pencipta
rindukah hati pada Dia yang Satu


andai benar suci cinta sejati
abdikan cinta pada Rabbul Izzati
andai benar rindu mencengkam kalbu
luahkan segalanya atas cadar sejadah rindumu


cinta suci hadirnya pasti
bersama anugerah cinta dari Illahi
bila hati ikhlas milik yang Satu
dua hati pasti lebih mudah bersatu
biar cinta dua hati tunduk pada kehendak Illahi
pasti dua hati bertemu lagi di syurga firdausi

SI BODOH


hari bukan hari
malam bukan malam
bagai si bodoh hanya menanti bunyi
tak tahu beza waktu berkali tengok pada jam


sudahlah menunggu
pandai kau buang masa aku!

PENAT


letih
berdiri sendiri di hujung sini
dengan berderet tugasan menanti
perlu diberes oleh otak yang sekeping ini


tambah penat
bila keadaan sekeliling tak peduli
hanya fikirkan merajuk hati
buntu aku perlu membahagi diri


tapi di sini jiwa aku
biar bergunung tugasan
biar makin keras segala cabaran
aku buka hati laksanakan
tak mengapa sakit peningku


cuma aku harap yang lain mengerti
bila aku senyap berdiam diri
aku perlu masa sendiri ketika ini
tak mampu selalu ketawa setiap hari


penat;
letih;


itu kau tak peduli.

Wednesday, May 12, 2010

:: bila saye tak sehat ::

salam~~~

bile saye tak sehat~saye jadi manje~
bile saye tak sehat~saye bertambah mengade~
bile saye tak sehat~saye jadi sangat manje~
bile saye tak sehat~saye bertambah lagi mengade~


huuuu tak sehat ni~nana nak balik~nak ibu urut kepala~dah 2 hari macam ni~nana dah makan ubat~tapi same je~nana nak balik~nak ibu urut~


bile saye tak sehat~saye memerlukan attention yg lebih dr org~
huuuuuuuu memang saye mengade~
ape saye kesah kalo anda tak suke pon~
suke hati saye la~huuuuu

Monday, May 10, 2010

MASA


masa yang sentiasa buntuti aku
berhenti tak pernah
terlambat tak pernah
tergendala apatah lagi


masa tetap mengikut aku walau ke mana jua
menjeling aku pada masa
mengapa kau tak boleh diputar semula?
benci melihat sang masa mengekor jejakku
sedangkan dia tahu apa ku mahu
berikan semula aku detik itu!


bagai naik gila aku memujuk
seperti pengemis aku merayu
tapi sang masa tetap buat muka selamba
jalan terus ke depan tak mahu kembali semula


baiklah,aku tekad lalui segalanya!

Sunday, May 9, 2010

ENGKAU


engkau
telah bilang yang kau suka
aku pula tak mahu bercinta
dan kau ikutkan saja


engkau
bertanya jika mahu berjumpa
aku hanya geleng kepala
kau cakap tak mengapa


engkau
mahu beri aku bahagia
aku masih ragui rasa
kau masih sabar dengan setia


engkau
telah buat aku sendiri bertanya
sejauh mana kau akan sabar
setinggi mana kau akan setia

aku tersenyum penuh makna
kau masih perlu aku uji berganda
sampai saatnya aku percaya cinta


dan persoalannya
engkau rela aku uji?
engkau rela aku duga?
dalam hati
aku harap kau sudi
=)

Friday, May 7, 2010

SABARLAH DUHAI HATI


bertahun derita aku
bertahun juga sepi aku
bersendirian bersama airmata
berpiluan menunggu tibanya bahagia


ada yang tiba khabarkan cerita tentang hati
aku mendengar penuh mengerti
tapi aku tak mampu lebih dalam memberi
kerana di antara hati belum ada janji terpatri


mungkin hati bakal bersedih kerana masih perlu sendiri
mungkin hati bakal berduka kerana belum tiba pautan cinta
sabarlah wahai hati
akan tiba saatnya suatu hari nanti


tak mampu aku janjikan setia
tak mampu aku ucapkan rindu
tak mampu aku lafazkan cinta
tak mampu aku bermain dengan kata


bisakah kau bersabar dalam menanti?
bisakah aku bertahan dalam memendam?
aku cuma mahu hati ada cinta TUHAN
agar dua hati takkan keluar dari landasan


TUHAN
andai ini yang telah tertulis dalam kisahku
aku cuma mahu bersatu dalam redhoMU
KAU lebih tahu pilu hatiku
KAU lebih mengerti seksa hatiku
andai ini terbaik untukku
satukan hati ini dalam kantung cintaMU
agar bertautnya hati ini seperti kisah cinta para NabiMU


buat hati
bersabarlah kau dalam menanti
yang terindah pasti tiba menjelma diri
akan ku hiasi indah hatimu dengan nukilan cinta hati ini