Saturday, April 3, 2010

:: titipan dari sahabat ::

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah..
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki..
Untuk menyentuh dirinya mahupun hatinya..
Kerana Allah teramat menyintainya..

Tetapi..

Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki..
Di mana Allah untuk menjaga kita..?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia..
Yang lebih banyak kecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri..
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki..
Ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..

Mengapa masih ragu-ragu..?

Kekuatan usah ditunggu..tetapi harus dicari..
Hargailah setiap kesempatan yang Allah berikan kepada kita..


Nilai sebenar berharganya seorang wanita itu, bukan padakecantikan lahiriahnya, namun padakeutuhan hati berpegang pada prinsipnya, kelembutan jiwanya, hati yang penuh rasa berTuhan,harga dirinya, menyerahkan hati hanya pada yanglayak dan halal baginya serta semangatnya dalammemperjuangkan agamanya..

~Duhai sahabat..
Terima kasih ku ucapkan padamu..lantaran dirimu tidak pernah jemu memberi teguran..dan tidak lupa menitipkan peringatan..saat diri ini lemah..saat hati ini terleka..dan saat jiwa ini lalai dengan kehidupan dunia..
Semoga Allah meredhai persahabatan ini..



Ya Allah..
Andai sahabatku resah..
Tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu..
Andai dirinya terancam..
Lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu..
Andai tubuhnya kedinginan..
Selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMu..
Andai dirinya merindu..
Rindukanlah jiwanya saat bertemu denganMu..
Ya Allah..
Jangan biarkan hati, jiwa dan jasadnya terpesona dengan duniawi..
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud menghadapMu..

Semoga dirinya sahabatku selamanya..
Amin~

[this is quoted from http://dentistmuslimah91.blogspot.com/]

CINTA HATIKU


dalam hening malam ini
selesai sudah sujud padamu
airmata menitis tanpa ku sedari
menyedari segunung dosa milikku
menyedari sekelumit rindu padaMU


Allah Tuhanku yang satu
ampunkan aku yang gagal menjaga hati
aku terlupa akan kebesaran cintaMU
aku jejak cinta sementara hanya duniawi


aku mahu hidup dalam kantung cintaMU
aku mahu bernafas dalam wangian cintaMU
aku mahu mati dalam rahmat cintaMU
aku mahu hati hanya terisi olehMU


jadikan bibirku hanya memuji keindahanMU
jadikan telingaku hanya mendengar alunan ayat suciMU
jadikan tanganku hanya bekerja untuk berbakti buat agamaMU
jadikan kakiku hanya melangkah menuju redhoMU
agar hatiku selamanya hanya cinta KAMU


YA ALLAH
hanya Kau yang ingin aku rindu
hanya Kau yang ingin aku cinta
tapi rinduku masih terlalu sikit jika dibanding para mujahid
cintaku masih tidak sekebal cinta para syuhada
kuatkan cinta dalam hati ini wahai PEMILIK CINTA
taburkan cinta ini hanya buatMU


dan-
di saat ini
aku masih belum mahu kesat airmata sesalanku
ampunkan aku wahai Tuhanku yang Satu




Friday, April 2, 2010

:: sesi luahan ::


assalamualaikum~

dah lame kan nana tak update ape2 kat sini~kenape eh??ntah la~kerana hilang semua baris-baris kata nana kot~hurmm actually nana dah janji ngan yatie nak update cerite pasal kitorang keluar hari isnin after exam hari tu~heheh tapi nanti lah~sebab gambar belum transfer lagi~nnt dah transfer nana story eh~

sesi luahan??nak luah ape ni??hehe ermm nak luah macam2~tapi tersekat pulak~tak lepas plak nak meluahkan~heh~apa yang anda rasa kalau ada orang berkawan dengan anda bermusim??suka tak orang macam tu??tapi agaknya orang macam tu memang wujud pon kan~heheh takpelah~manusia kan macam2 acuan~mungkin kawan macam ni datang nye dari acuan bermusim gak kot~hihi

pernah tak anda rase dunia anda sepi?sedangkan keadaan sekeliling penuh dengan warna~kenapa yea rase macam tu??agaknya perlu tepuk dada tanya iman~

kenape dengan nana yea sekarang???kenape dengan nana yea???sekarang dah tak berusaha langsung nak bangun malam,sekali dalam sebulan pon nampaknye susah sangat dah~astaghfirullahalazim~tepuk dada tanye iman~nana~apehal ni~kenape teruk sangat ni~nak jadi ape ni~lepas mati nak jumpa sape???sedar tak nak jumpa sape lepas mati??lalai nye nana!!!

solat awal waktu??ikut mood saje nampaknye~astaghfirullahalazim~api dalam kubur dah tunggu tu nana~kenape lalai ni~kenape dengan nana ni??ape nana pikir eh sekarang??somebody help me~ingatkan nana bile nana lalai~ingatkan nana bile nana lupe~

ASTAGHFIRULLAHALAZIM ASTAGHFIRULLAHALAZIM ASTAGHFIRULLAHALAZIM

buat pembaca yang kenal nana~yang bersahabat dengan nana~tolong lah ingatkan nana~jangan biarkan nana leka~anak yang solehah tu harta kepada ibu dan ayah~apa nana nak jadi kalau nana hanyut~tolonglah sedarkan nana kalau tibe2 tengok nana dah lalai dalam jalankan tanggungjawab~nana pon macam sahabat2 juge~nana nak jadi solehah juge~tapi bile leka~cepat saje syaitan iblis serang hati yang kotor ni~ape nak jadi la dengan nana~ujian baru datang sekecik zarah dah mula hati jadi tak teguh~sedangkan ujian tu untuk uji iman~mane lah perginya sekeping iman~Ya Allah~jangan butakan hati ni Ya Allah~nana nak jadi anak solehah,nak berbakti Ya Allah~tolong Ya Allah~sentiase kuatkan hati ni Ya Allah~

berubah la yea nana~tamo solat lewat2 lagi yea~kesian ayah tunggu doa nana~nana tamo solat lambat dah yea~nana takut azab Allah kan~kalau nak Allah sayang,kene tunjuk yang nana sayang pada Dia jugak~jaga hak Allah dengan sebaiknya~tamo solat lewat dah yea~Ya Allah~tolong lah jangan biarkan hati ni jadi hitam~nana takut kalu semuanye gelap dan hitam~[Ampun Ya Allah]

AKU SAHABAT PADA KAMU?


aku ini pernahkah kau dalami?
aku ini pernahkah kau mengerti?
tiap bait yang aku coret
tiap senyum yang aku lirik
tiap tangis dan ketawaku benarkah kau dengari?
dalam sendu aku bersenandung
dalam bahagia aku tersenyum
yang duka jarang kau ada
yang bahagia sudi ku kongsi bersama


maafkan aku kerana memilih untuk menyepi
maafkan aku kerana mahu jadi bisu
maafkan aku kerana berdiam diri
maafkan aku kerana tak sudi lagi dendangkan lagu
maafkan aku kerana tak mahu lagi untuk berkongsi
maafkan aku kerana ingin pergi jauh dari kamu


mungkin kerana adakala rasa tak dihargai
kadangkala aku rasa hanya aku yang menyayangi
hanya aku saja yang sentiasa mengingati
hanya aku yang takut hilang sahabat sejati
tapi mungkin tak pada kamu
kerana aku bukan apapun padamu
sekadar teman pengisi waktu senggangmu
belum ku kira yang bermusim dalam bersahabat denganku
aku sahabat pada kamu?


maafkan aku kerana tak mampu lagi
untuk terus gendong bakul persahabatan ini
untuk terus tarik tarik tali persahabatan ini
untuk terus jahit sulaman persahabatan ini
bukan aku putuskan tali saudara
aku sekadar melepaskan apa yang ada
karana rasa sedih yang ada dalam dada

Wednesday, March 17, 2010

:: Ghazwul Fikri ::

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata,

"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,

"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik. Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."


"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.

"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternat if dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan daripinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Renungilah sahabat semua...

Tolong sebarkan pada saudara2 islam kita..moga allah memberi taufiq dan Hidayah pada kita dan keluarga kita... Marilah kita sama2 sedar bahawa Agama, bangsa dan tanah air kita semakin terancam! Umat islam semakin mudah dibeli dengan wang ringgit, dilalaikan dengan keindahan dan memuja keseronokan hidup, hingga hilang maruah dan harga diri!!

Justeru, marilah, kita betulkan apa yg termampu bersama-sama. Usah hanya bila segalanya sudah terjadi, sama seperti saudara kita di negara-negaram lainnya, baru kesedaran itu timbul, mungkin masih belum terlambat tapi kita sudah terlewat utk merubah dan membaiki kerosakan yg dialami.

Ya ALlah, satukanlah umat Islam sbg satu umat yang bertanggungjawab, Amiin.

Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan...

ALlahu'alam...

" Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik sekalipun kecil, walaupun
hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."

Monday, March 8, 2010

:: ala sibuklah ::


salam~huuu sibuk la orang kontraktor ni~dia buat ape kat dlm mahallah ni~menakutkan la~nana nak pegi mandi~tetibe dengar suara lelaki~huuuu nasib baik memang ni kat bilik yatie~sbb kalu kat bilik yatie nana memang siap2 tutup kepala la,so nasib baik la~kalau kat bilik nana???huh ape la kontraktor ni~orang tgah tarik seliper ni,dia tgok2 plak~cucuk mata nak??jadinye???nana pon masuk bilik lah balik~taknak nana g mandi~dorang cat dinding depan toilet tu ha~tak berani la nana~huuuu dah le nana tak faham mereka cakap ape~huuu

hish sibuk sibuk sibuk~orang nak mandi la pakcik kontraktor~nak gi kelas~haishhhh~dah la tu~sambung la nenanti~huuuu =( marahnye lah~urmmmm kalu nak g kelas tak mandi,boleh tak??haha takde lah~memain saje~takkan la tak mandi pule kan~nanti kalu ade bau masham~sape nak jawab~hehe okaylah buhbye~

Friday, March 5, 2010

LOVE BOOK OF MINE


shall I call you love
shall I call you the one


in the midnight that full of loneliness
dreaming of you makes my nerve smiles


wish you are the spice in my curry
so hot that you can burn me
wish you are the cheese in my cake
so tender that you can melt me
wish you are the bitter in my lemon
so sharp that can always hurt me
wish you are the sweets in my apple
so pleasant that can always calm me


you that I called love
just stay there
let me come towards you
to learn you bit by bit
to smell you day by day
to read you chapter by chapter


you are the one who should be a love book of mine
so that I can read you like an open book of shine