Tuesday, August 3, 2010

PESANAN UNTUK BUDAK BUDAK

wahai budak-budak
meh akak nak pesan
tak payah gatal nak rasa cinta
bukan sedap, tapi sakit yang ada


budak-budak
korang tau ada apa dengan cinta?
umur setahun dua tak payah la cakap pasal cinta
baik korang set otak untuk belajar


oh la budak-budak
dah sakit baru nak menyesal?
kan sendiri yang seksa
tapi kalau korang nak sangat rasa
siapa pun tak mampu halang itu cinta


silakan bercinta
akak nak tengok saja
cinta tinggi mana pun esok mati juga

*buat semua adik-adik dan sahabat yang membaca,jangan diikut pula luahan rasa kat atas ni~itu luahan hati yang kecewa~nak menangis sehabis daya~ingat,CINTA itu fitrah terindah dari Allah~gunakan cinta dengan berpada~pada Allah,ibu ayah,adik beradik,sahabat~jangan tersalah menyalurkan cinta yea~fitrah boleh bertukar jadi fitnah~ape yang penting,sematkan ilmu setinggi tinggi di dada~kuatkan iman dalam jiwa~supaya cinta yang hadir takkan sia-sia~

yang di atas hanyalah luahan rasa hati~yang rasa hina~tapi hati tu bukan mahu membenci cinta~cuma menyesali apa yang pernah jadi padanya~jadi kepada semua~jangan sampai anda membenci cinta seperti di atas ni yea~ingat,cinta paling abadi cinta Illahi~itupon cinta juga~malah itulah cinta terindah yang harus kita miliki~

CINTA~datanglah semula dengan zikir cinta penuh bahagia~aku janji aku tunggu~aku janji aku setia~

No comments:

Post a Comment