Wednesday, July 8, 2009

selamat ulangtahun ibu...

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni birthday ibu..
yang ke 46..
tadi nana masuk bilik ibu...
nana nyanyi happy birthday kat ibu...
ibu menangis after nana peluk dan cium ibu..
jap lagi...
boboy pun masuk...
dia wish birthday kat ibu gak...
ibu peluk kami berdua...
anuar kat asrama..
aidil si kecik tu dah tido...
ibu nangis waktu peluk kami tadi....
ibu...
jangan lah menangis...
nana kan ada...
nana tau kenapa ibu menangis...
hati ibu sedih...
sayu...teringat pada ayah...
tapi bu...
kita kena kuat...kan ini takdir dan dugaan kita...
hati mane yang tak sedih dan sayu...
insan yang selama ni kita kongsi segalanya dah tiada..
dah tak lagi ucapkan rindu buat kita...
nana faham ibu sedih..
tapi nana pun tau ibu kuat...
jangan nangis lagi yea wahai ibu...
nana sayang ibu...
semoga ibu dimurahkan rezeki,
diberi kekuatan,
dikurniakan kesihatan,
dan dijauhkan dari segala kejahatan...
moga sinar bahagia sentiasa jadi milik kita sekeluarga...
AMEEN YA RABB....

NOTA BUAT IBU....

ibu....
hari ini usiamu meningkat setahun lagi...
syukur aku panjatkan pada Illahi..
kurniakan aku seorang ibu'
semulia mu...

kau ibu sejati...
kau lah nadi diri ini...
kau menjadi pemangkin segala usahaku..
senyumku kerana mu...
tawaku kerana mu...
saat bahagia itu sentiasa kerana
adanya kamu wahai ibu..

di ulangtahun mu ini..
usahlah kau basahi wajahmu dengan airmata..
aku mengerti gelora dihatimu..
aku mengerti sakitnya kau menanggung rindu itu..
aku mengerti wahai ibu...

begitu lelah kau membesarkan kami...
dan kini kau bersendiri memikul amanah ini...
kau insan mulia..
kau berhati waja..
mendengar segala keluh kesah kami..
cerita riang kami..
kisah sendu kami..
kau membahagi diri buat 4 amanah Tuhan
tapi kasihmu tetap dalam dan tiada bandingan..
kau ibu hebat..

maafkan kami wahai ibu...
kami anak degil..
kami anak nakal..
tapi percayalah ibu..
kami sayang ibu..
walau tanpa ayah di sisi
walau hanya engkau yang menemani kami..
engkau tetap paling sempurna
di hati kami..

teruslah senyum wahai ibu..
agar kami kuat untuk menempuhi hidup ini..
kerana senyummu adalah
hikmat kejayaan buat kami..
maafkan kami wahai ibu..
kerana tidak menjadi anak sempurna buat mu...
dan terima kasih wahai ibu..
kerana terus setia menjadi tulang belakang kami...

dan kau lah ibu sejati..
yang sentiasa bertakhta dihati..

*teristimewa buat bonda tercinta....cinta kami ikhlas untukmu bonda-nana,boboy,awa dan aidil......

**Ya Allah,sihatkan lan tubuh ibuku,panjangkan lah usianya,kuatkan lah semangat ibu,jauhkan lah ibu dari segala kejahatan dan fitnah,kau limpahkan lah rahmat buat ibu..kasihanilah ibuku wahai Allah..anugerahkan lah kebahagiaan buat kami sekeluarga..AMEEN...

No comments:

Post a Comment