aku tak sangka akhirnya
jadi begini rupanya
aku boleh cakap begitu dengan kau
sedang dulu kasihku tak terjangkau
aku tak sangka sekarang
aku boleh senyum girang
tanpa ada cemburu dalam diam
mungkin kerana kau kisah silam
aku gembira kau senyum bahagia
aku bahagia kau ketawa mesra
biarpun hati aku kau dah lupa
No comments:
Post a Comment