apabila aku mengintai jendela cinta
itu bererti aku menempah sengsara
dan apabila hati menggigit rindu
itu bererti aku bakal menangis dalam sendu
apabila secebis kasih mula terasa
yang indah tak lagi bahagia
dan apabila sayang sudah terpaut
seribu kenangan harus ku luput
kerana aku silap menyulam cadar cinta
aku salah dalam mengait selimut rindu
aku tersasar dalam menulis bait kasih
aku lemas dibawa arus rasa sayang
dan ini memang silapku
silap hati yang buta dalam mengasihi
silap hati yang sesat dalam menyayangi
lalu
apabila segalanya sudah aku rasa
terpaksa aku muntahkan semula kesemuanya
yang tertinggal padaku cuma pahit
yang manis ku buang sejauhnya
kerana aku bukan seorang penerbit
yang menerbitkan rasa cinta dalam hati sang pria
itulah kisahku
apabila aku mula merasa
dan apabila hatiku mula berkata
No comments:
Post a Comment