sesuka hati menjaja cerita
konon dia yang paling bahagia
dicanang hebat serata dunia
aku peduli apa cerita cinta mereka
aku juga punya kisah cinta
kisah yang tak perlu aku jaja
kerana yang tahu hanya kita
tak perlu kau bimbang
andai aku diam sembunyi rindu
tak perlu kau gusar
andai aku bisu sorok rasa
yakin hatiku
percaya rasaku
tapi masih aku jadi gentar
andai aku yang hilang kamu
andai kamu yang menjauh dariku
jangan!
kekallah kau di situ
aku pasti setia
jika kau benar cinta
dan
kau benar cinta aku?
jika kau benar cinta
dan
kau benar cinta aku?
No comments:
Post a Comment