Friday, May 20, 2011

:: peristiwa ganjil di tanah kubur ::

Salam...

alhamdulillah,dah sudah solat maghrib berjemaah dengan ibu dan adik-adik..lepas solat,buka astro oasis sbb nak tengok slot Tanah Kubur..jadi lepas tengok slot ni tadi,saya dapat la sedikit iktibar yang boleh dijadikan peringatan untuk kita semua yang masih hidup ni..

bila bercakap tentang tanah kubur,memanglah dalam hati ni rasa sangat gerun,memikirkan diri yang serba tak lengkap untuk didekati tanah kubur yang sempit dan gelap tu..dan sebelum kita ke tanah kubur,kita dimandi,dikafan dan disolatkan..kita jadi yang paling manja dan paling tak bermaya pada saat itu..mereka-mereka lah yang bantu utk menyempurnakan kita sebelum ke kubur..

penah juga beberapa kali terdengar cerita ganjil yang berlaku sewaktu jenazah-jenazah itu disempurnakan.dan yang paling selalu,kita boleh tonton juga dalam TV..perkara ganjil yang berlaku pada ketika itu kepada simati,sudah tertulis oleh Allah,itu ialah bahagian simati..setiap dari kita ada bahagian-bahagian kita sendiri..dan keganjilan yang berlaku pada simati tu,tak dapat ubah apa-apa pada si mati,tapi itu adalah pengajaran untuk kita manusia sejagat..

dan selepas saya tonton cerita tadi,saya perasan tentang sesuatu...kadang-kadang kita manusia ni,tak pernah sekali pon terdetik yang kesalahan-kesalahan yang kononnya kecik di mata kita,dapat mengakibatkan proses kematian kita menjadi ganjil dan pelik..nauzubillah..jauhkan kami dari berlaku perkara sedemikian kepada kami ya Allah..matikan kami dan akhiri kami dalam keadaan beriman..

dalam slot yang saya tonton tadi,bercerita tentang riyak..kebaikan yang dibuat,diselangi dengan rasa riyak..menunjuk-nunjuk,agar semuanya tahu tentang kebaikan tu...bunyinya macam jahat sungguh!tapi ini realiti..inilah realiti kita manusia..mungkin ada antara kita yang bergaji tinggi,yang berkereta besar,bukan setakat 3,tapi 5,yang berumah banglo bertingkat-tingkat..dan duit apatah lagi..tak terkira jumlahnya..banyak sekali..

dan dari yang saya tonton tadi,memang itu realitinya,mungkin ada antara kita yang berkata,"alahai kiah,apelah salahnya kita derma aje duit-duit ni..kita punye kereta pun banyak,harta-harta kita ni bukan boleh bawak mati pon..kita derma kan pun takpe..sekurang-kurangnye,nanti orang kampung ni tahu la saya ni orang kaya..tolong orang kampung..jadi takde salah de kite derma kiah..duit ni semua takleh bawak mati"

sememangnye orang yang mengucapkan ayat tadi sedar dengan jelas,kekayaan harta dan apa saja di dunia ni,takkan kita bawa mati..jadi sebab tu niatnya murni,nak menderma..tapi niatnya tu,dah jadi salah,supaya orang kenal dia tu orang kaya..kan ada bunyi riyak..dan dari yang saya tonton tadi,dia mati dalam keadaan yang memalukan..tiba-tiba sebelum dikebumi,dia terduduk,dan keras..tak mahu baring-baring lagi..saya sedar,tadi hanya tontonan di TV semata-mata..tapi kejadian2 ganjil sebelum kita menjejak tanah kubur ni,memang ada yang pernah berlaku..itulah bahagian simati..dan untuk dijadikan pengajaran utk kita semua..

kesalahan-kesalahan yang kita selalu buat,tapi kita fikir,ini tak ada apa sangat,bukan mensyirikkanTuhan,bukan berzina,bukan minum arak..tapi selalunya,kesalahan2 yang kita rasakan kecil inilah yang selalu Allah bukakan saat mati kita..mungkin,cara bercakap dengan ibubapa,pernah guris hati mereka tapi tak disedari,tapi orang sekeliling nampak kesalahan tu..mungkin ada yang abaikan tanggungjawab seorang anak,hingga terlupa tiap titis susu ibu yang hilangkan haus,titis keringat ayah yang bertukar menjadi duit untuk membeli makanan dan pakaian..mungkin ada isteri yang lalai dalam jalankan tanggungjawab pada suami,dibiarkan suami yang mengangkat kain setiap hari,sedangkan dia seronok menonton sinetron indonesia di TV setiap hari,mungkin ada yang merendahkan suami hanya kerana jawatannya lebih tinggi dari suami di tempat kerja..mungkin ada juga yang terlalu suka hebohkan keburukan orang lain,membawa mulut,sehingga terlupa yang keburukan dirinya sendiri,bila-bila masa Allah boleh buka pada hari matinya..

ada yang kubur keluar air,keluar ular,kubur jadi kecik,terlebih besar,telinga simati keluar nanah tanpa henti dan banyak lagi..nauzubillahi min zalik..ya Allah..jauhkan kami dari perkara-perkara sedemikian..kita yang hidup kena la selalu beringat..ingat mengingati....apa yang berlaku tu,itulah bahagiannya yang menjadi pengajaran untuk kita semua..semuanya untuk kita muhasabah dan ubah..bukan untuk kita mengata simati,itu yang tertulis untuknya..dan kita juga tak tahu apa yang akan menemui kita..yang penting,jadikan semuanya sebagai pengajaran dan selalulah ubah diri kita untuk jadi yang lebih baik..lebih baik lagi,dan lebih baik lagi..ini peringatan untuk diri saya sendiri,dan saya tulis di sini untuk sampaikan kepada yang lain juga..harap jangan ada yang berkecil hati..kita sama-sama ubah diri kita yea..=)

*buat semua..doa  taubat...
Aku memohon ampun Ya Allah,Maha Penerima Taubat
Aku memohon Ampun Ya Allah dari segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
Terimalah taubat kami dengan taubat nasuha..

*sebelum ni selalu lewat-lewatkan solat..tak mau buat lagi..astaghfirullahal'azim..terima kasih atas peringatan Ya Allah..


No comments:

Post a Comment