semenjak dahulu
aku diajar untuk merangkak
dan hingga kini
aku masih setia belajar untuk merangkak
walau seringkali aku terjatuh
aku gagahkan agar terus aku ke hadapan
biarlah aku merangkak perlahan
asalkan aku terus dan tidak lagi berhenti
ada yang menyuruh aku bangun
dan belajar berjalan terus
supaya nanti lebih cepat aku berlari
katanya merangkak itu lembap!
sampai bila-bila tak akan sampai
aku senyum
tidak
aku tidak akan terus menerus cuba belajar berjalan
ketika aku sedar untuk merangkak juga
masih aku lemah dan lelah
masih aku rapuh dan jatuh
biarlah yang lain itu sudah mampu berjalan laju
biarlah yang lain itu memakai kasut mahal sambil berjalan
biarlah yang lain itu berjalan bangga mengelilingi kota sesak
bukan aku si pemalas yang tak mahu berjalan
bukan aku takut untuk cuba berjalan
tapi aku tahu kemampuan kaki ku
biarlah kaki ini merangkak sepuasnya dahulu
agar takkan lupa setiap langkah yang aku ambil
ketika aku sedang gigih merangkak ini
aku tak mahu terus berjalan
kerana andai sesuatu berlaku
dan aku terjatuh
hingga tak mampu bagiku bangun lagi
aku takut ketika itu untuk merangkak juga
aku sudah terlupa gayanya
hingga tak mampu merangkak itu
lebih lagi aku takutkan
jadi biarlah begini
bukankah aku gembira tersenyum tika ini?
biarpun merangkak ini menyakitkan lututku
tapi dibibirku masih mampu senyum
kerana aku bahagia
untuk meniti satu persatu
langkah perjalanan hidupku
biar aku susah
biar aku payah
kuasa Tuhan
suatu hari nanti
aku juga akan berlari laju
terus ke pelangi
serta awan biru.

No comments:
Post a Comment