skip to main |
skip to sidebar
kau perwira gagahkau kesatria perkasakata-kata mu menggegar jiwaseruanmu membakar semangat jadi membara kau bangkitkan keberanian dalam jiwa tiap pejuang hingga mereka tidak pernah gentar di medan perang kau sahut seruan kekasih MAHA PENYAYANG untuk berhabis-habisan di dalam juang walau syahid,itulah tanda cinta dan sayang..tapi kau telah pergidan kau bawa keberanian mu sekalihingga kini belum ada Muslim yang cukup beranipertahankan al Aqsa yang pernah berjaya kau taklukibelum ada jiwa yang cukup berseri menjadi segagah kau wahai Salahuddin al-Ayubi... di manakah kita wahai insan yang mengaku umat Nabi? di manakah kita ketika ada Muslim lain diseksa di manakah kita ketika anak kecil di sana menjadi yatim tak berbapa? di manakah kita ketika Muslimah di sana di carik tiap helai bajunya? di manakah kita wahai insan bergelar MUSLIMIN..duduk di kerusi sambil menuding jarimenyalahkan insan lain sesama sendiriada yang langsung tak ambil peduliada yang lebih seronok melayan diri sendirilupa,alpa dan lekadengan nikmat yang Tuhan beriwalhal ini tak mungkin kekal abadi bangun saudara-saudaraku!! buka mata dan fikiranmu tuntut lah ilmu selagi mampu agar dapat berjuang dengan ketajaman akalmu saudara kita bukan untuk dihina apatah lagi di seksa Muslimah kita perlu dijaga kerana mereka juga adalah mutiarabangun lah wahai saudaraku....jadilah seperti pejuang-pejuang Islam yang duluberjuang dengan gagah tanpa takut pada segalanya itu...cari dan selidiki tiap dari mumencari inci keberanian yang jadi milik pejuang dahulukerana aku yakin tiap dari kau,mereka dan juga aku...ada juga keberanian itu.... kegagahan Salehuddin al-Ayubi harus terus dicari dalam diri setiap MUSLIMIN..... agar kita bisa jadi pejuang sejati yang bisa gentarkan hati musyrikin... YA ALLAH.... bantulah kami.. kuatkan kami... agar dapat kami contohi dan ikuti tiap jejak pejuang Islami..
hati yang merinduadakah yang bisa mengerti?adakah yang bisa fahami?adakah yang bisa mengganti?aku mahu dimengertiaku mahu difahamitapi aku tak mahu ada yang mengganti...kerana kekasihku ini selamanya kekasih hatitakkan ada yang bisa menggantiwalaupun engkau bergelar menterikerana dia yang tolong akudia yang nyanyikan akudia yang tatihkan akudia yang ajarkan akudari alif ba ta...hingga aku pandai mengajidari a b c...hingga aku pandai berdeklamasi...terlalu rindu rasanya hatibuat ayah yang sangat aku cintaiingin sekali mengusap jariberbual mesra sepanjang harisambil depannya ada kopiyang kita lalui di saban haritika dulu kau di sisi....walau aku tahu kau tak mungkin kembalitapi dihati ini aku tetap teguh berlirik sepidatanglah ayah,walaupun di alam mimpi...aku yang kau dulu manjakansudah dewasasudah bergelar si darasudah tahu erti sengsaraandai kau di sini wahai ayah...ahh aku tahu itu tak mungkin...kerana kau kini di sisi NYAbersama yang maha PENCIPTAsungguh hati ini rindu padanyaingin menatap matanyaberbalas senyum dengannyamengadu kisah berbual manjarindu dimarah tanda kasihnyakasihmu ayah kasih sejatiselamanya akan ku ingatidoa buatmu sentiasa dalam pohonkumoga suatu hari bisa ketemudi syurga Illahi yang kekal abadibuat ayah...inilah nukilan dan seruan rindukuku cipta meluahkan rindukerana buat selamanya...akulah puterimu.....
banyak suara terngiang di telingabanyak jasad yang muncul di bola matadi kanan dan kiridi depan dan belakang menyapa padaku tersenyum padaku mengangkat tangan padaku ada pula yang mencubit hidungkusemua bagai mengelilingipadaku yang hanya tegak berdirijasadku di sini....tapi ada yang sedang menguasai hatimerangkul kemas tiap penjuru hatidi bawa bersama sekeping akal inihinggakan aku bagai bukan di sini.... kenapa aku hanya tinggal jasad ke mana sebenarnya hati ku pergi mengapa akal ini dibawa sekaliakal dan hati....pulang padakukau pasti tak tertahandengan rasa penuh kesejukanyang akan mencengkam tiap denyut mudan nanti akan terikhingga kau dibawa pergioleh angin penuh berdebu... akal dan hati... pulang padaku aku jasadmu kerana ini lah tempat mu tak usah kau pergi menumpang menjadi tamu yang tak diundang....
hati menangis..menangis..dan menangis lagi..kenapa menangis wahai hati..kerana hati tak sekeras batukerana hati tak setinggi langitkerana hati tak sepanas mataharikerana hati tak setebal bumi.... hati ini lembut bagai kapas hati ini rendah bagai mutiara di dasar lautan hati ini sejuk bagai salji dan hati ini nipis bagai helaian kertassudahlah hati ini lembut bagai kapasmengapa kau guris kasarsudahlah hati ini rendah bagai mutiara di dasar lautanmengapa di tempat sama juga yang kau pijaksudahlah hati ini sejuk bagai saljimengapa tak pernah kau hangatkansudahlah hati ini nipis bagai kertasmengapa begitu mudah kau koyak dan carik kan kau yang tak punya hati selamanya tak akan pernah mengerti apa yang selalu berlagu dilubuk hati ini kau hanya tahu DATANG DAN PERGI.....tapi ku pohon...pergilah sejauhnyajangan kembali lagi untuk kau conteng diari hati ku lagi... aku letih.. aku penat.. dengan sakit yang kau beri dengan senyum yang kau beri pergi jauh... aku pohon aku rayu jangan kau kembali lagi aku benar-benar letih dengan resah ini......
wahai ...Pemilik nyawakubetapa lemah diriku iniberat ujian dariMuku pasrahkan semua padaMu....Tuhan...baru ku sadarindah nikmat sihat itutak pandai aku bersyukurkini ku harapkan cintaMu....kata-kata cinta terucap indahmengalir berzikir dikidung doakusakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..butir-butir cinta air matakuteringat semua yang Kau beri untuk kuAmpuni khilaf dan salah selama ini...Ya Illahi...muhasabah cintaku...Tuhan..kuatkan akulindungiku dari putus asajika ku harus matiPERTEMUKAN AKU DENGAN-MU*ini lirik lagu muhasabah cinta,sang by EdCoustic...thanx to a friend of mine..Afif..sebab introduce kat nana lagu ni...before dia cakap pasal lagu ni,nana memang tak pernah dengar pun lagu ni..after dia inroduce lagu ni,nana jadi sangat suke dengan lagu ni..mendalam maksud nye...moga kite semua dapat ambil ape yang baik dari lagu ni as long as it gives benefit on us..dan moga kite semua sentiasa bermuhasabah cinta kita pada Illahi..terima kasih buat sahabat yang sudi berkongsi...~
dari dalam kamaraku bisa dengar rintik hujanyang turun renyai membasahi bumi tuhan dalam kesejukan dan kedinginan malam aku berpeluk tubuh dalam suram rupanya aku keseorangansangka kuaku berteman merekayang bisa buat aku hangattiap kali kami bersama... tak pernah aku lupa gelak tawa mereka senda gurau mereka tatkala umur mencecah remajakau,aku,dia,mereka...kita bersama..berpijak di bumi yang samamenuntut ilmu di tapak yang samamengaji al Quran di surau yang samamengangkat ikrar dalam dewan yang sama tapi ada yang lain... aku pernah didenda dia pernah dirotan mereka pernah disebat sumpah seranah bagai biasa konon nya marah pada si bapa dan mama...dan kini yang dulu nya kecil sudah dewasatapi ilmu masih belum penuh di dadadan diri terasa hinakerana mengapa duluselalu saja marah pada bapa dan mama... aku berpeluk tubuh sendiri mengingat kembali genggaman tangan kau,dia dan mereka.... dulu pernah hangat kini hilang tiada.... apakah bisa kita kembali bersama?? untuk kembali ketawa mesra.. mengaji bersama dirotan bersama sungguh aku rindu akan segalanyamahu ku ulang tiap helaian cerita kitatapi kita punya haluan berbezadoa ku moga kalian jugatidak pernah akan lupaakan segala galanyayang selamanyaMILIK KITA....[buat semua sahabat SAMER 00' -04']
jika aku mampu.....aku mahu kau selalu di samping akuaku mahu kau yang jadi pendamping akuaku mahu kau yang lihat tiap baris senyum kuaku mahu kau yang dengar segala tawa riang kudan aku mahu kau yang kesat tiap titis air mata ku... jika aku punya kuasa aku mahu kau yang jadi pembimbing aku aku mahu kau yang jadi imam di setiap sujudku aku mahu kau yang jadi pemimpin bagiku agar dapat kau pimpin sepasang tanganku dalam langkah kaki yang lemah ini nescaya aku tak sesat di jalan penuh liku...tapi aku tetap makhlukNYAyang hanya manusia biasadengan sedikit cekal di dadaaku masih di situ terus berdoa... kerana aku tahu aku tak mampu dan aku manusia biasa yang selamanya tak punya kuasa untuk melerai segala resah di dada... biar aku kekal di situ menghadapMU di satu penjuru menadah tangan terus meminta moga takdir temukan CINTA......*oh angin...sampaikan salam rindu penuh kasih ku padanya....moga rahmat TUHAN sentiasa bersamanya....
pagi ini cerah seperti selaluburung burung terbang sekawansungguh bebas beterbangan di awan aku toleh ke kiri anak kucing putih mengiau manja bagai minta dibelai dari makhluk Tuhan bergelar manusiadi kanan ku ada anak kecilsedang bertatih riangmendapatkan sang ibudan ibu mendakap si kecil penuh mesra.. aku tersenyum terasa bahagiasyukur ku hanya pada MUmasih izinkan aku menghirupudara segar inimasih izinkan aku melihatpandangan indah inisyujud syukur pada MUatas nikmat ini..
[istimewa buat kamu..]aku takutbila mana hati ini bergetaraku jadi takutbila mana hati ini merinduaku tambah takutbila mana tidak ada bayang kamuaku terus takutkalau-kalau aku jatuh suka pada kamu mengapa takut? kerana bimbang getaran ini palsu mengapa jadi takut? kerana siapalah aku untuk merindu mengapa tambah takut? kerana aku tak mau hilang kamu dariku
dan mengapa terus takut? kerana belum tentu kau juga suka aku...siapalah akuuntuk merindu mu...
di situ.....tempat berdirinya akuseperti selalumanghadap pada MUyang selamanya hanya SATU... KAU dengar keluh kesahku KAU mengertigelak tawaku KAU jadi saksi deras air mataku KAU fahami tiap lirik senyumku...dan apakah masih aku tidak bersyukur?dan apakah sebenarnya yang aku mahu? aku mahu KAU terus dekat denganku jangan jauh dariku kerna KAU cinta terhebat buatku.. biar aku terus di situ kekal berdiri di tempat selalu memeluk erat gugus cintaMU dan terus sujud bersama nikmat cintaMU hanyalah KAU yang SATU selamanya UNTUKMU....*rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana wa hab lana min ladunka rohmah innaka anta al wahhab..
kau bilang padakusenyuman kamu indahitu buat aku tersenyumkau bilang lagimata kamu bulat bersinardan aku terus setiamenghalakan mata bulat inilurus padamu.. tapi buat seketika aku jadi ragu.....jika benar indah,mengapa kau diam..jika benar bersinar,mengapa kau berpaling.. dan aku jadi bungkam kelu untuk berbicara seharusnya aku bepaling dan terus pergi...menjauh... walau kau menjeling tika waktu sesekali berlabuh...senyuman indah bertukar tawarmata bulat jadi berkaca...* ya Allah...kuatkan aku,agar aku mampu lupa pada semua kisah-kisah nya.....