Thursday, October 29, 2009

JANGAN KEMBALI

hati menangis..menangis..
dan menangis lagi..
kenapa menangis wahai hati..
kerana hati tak sekeras batu
kerana hati tak setinggi langit
kerana hati tak sepanas matahari
kerana hati tak setebal bumi....


hati ini lembut bagai kapas
hati ini rendah bagai mutiara di dasar lautan
hati ini sejuk bagai salji dan
hati ini nipis bagai helaian kertas


sudahlah hati ini lembut bagai kapas
mengapa kau guris kasar
sudahlah hati ini rendah bagai mutiara di dasar lautan
mengapa di tempat sama juga yang kau pijak
sudahlah hati ini sejuk bagai salji
mengapa tak pernah kau hangatkan
sudahlah hati ini nipis bagai kertas
mengapa begitu mudah kau koyak dan carik kan


kau yang tak punya hati
selamanya tak akan pernah mengerti
apa yang selalu berlagu dilubuk hati ini
kau hanya tahu DATANG DAN PERGI.....


tapi ku pohon...
pergilah sejauhnya
jangan kembali lagi
untuk kau conteng diari hati ku lagi...


aku letih..
aku penat..
dengan sakit yang kau beri
dengan senyum yang kau beri
pergi jauh...
aku pohon aku rayu
jangan kau kembali lagi
aku benar-benar letih dengan resah ini......

No comments:

Post a Comment