Wednesday, May 5, 2010

BELENGGU CINTA


yang sedang mengalir ini
adalah airmata
yang sedang basahi pipi
adalah satu tangisan
aku menangis kerana aku benar-benar ingin menangis
terasa perit terpaksa membuang rasa yang bercambah


hati mula terasa rindu
hati mula terasa ingin disayangi
hati mula terasa ingin dicintai
tapi kemampuan ku masih membatasi
aku masih belum layak bergelar isteri
bagaimana boleh aku simpan rasa begini?


TUHAN-
sakit
perit
menyimpan rasa yang belum tentu milikku
memendam rindu yang belum halal di sisi MU


mampukah aku meneruskan perjalanan?
mampukah aku wahai Tuhan?


aku yakin aku mampu
kerana aku punya kau wahai Pemilik Cinta
aku serahkan segalanya hanya padaMU


pertemukanlah aku
dengan yang benar-benar halal buatku
apabila tepat waktunya
aku tak mahu sakit dibelenggu cinta
aku tak mahu sakit dibelit rindu
rela aku keluar dari cengkaman rasa
cuma mahu jadi kecintaanMU selamanya wahai TUHAN




No comments:

Post a Comment