Friday, May 7, 2010

SABARLAH DUHAI HATI


bertahun derita aku
bertahun juga sepi aku
bersendirian bersama airmata
berpiluan menunggu tibanya bahagia


ada yang tiba khabarkan cerita tentang hati
aku mendengar penuh mengerti
tapi aku tak mampu lebih dalam memberi
kerana di antara hati belum ada janji terpatri


mungkin hati bakal bersedih kerana masih perlu sendiri
mungkin hati bakal berduka kerana belum tiba pautan cinta
sabarlah wahai hati
akan tiba saatnya suatu hari nanti


tak mampu aku janjikan setia
tak mampu aku ucapkan rindu
tak mampu aku lafazkan cinta
tak mampu aku bermain dengan kata


bisakah kau bersabar dalam menanti?
bisakah aku bertahan dalam memendam?
aku cuma mahu hati ada cinta TUHAN
agar dua hati takkan keluar dari landasan


TUHAN
andai ini yang telah tertulis dalam kisahku
aku cuma mahu bersatu dalam redhoMU
KAU lebih tahu pilu hatiku
KAU lebih mengerti seksa hatiku
andai ini terbaik untukku
satukan hati ini dalam kantung cintaMU
agar bertautnya hati ini seperti kisah cinta para NabiMU


buat hati
bersabarlah kau dalam menanti
yang terindah pasti tiba menjelma diri
akan ku hiasi indah hatimu dengan nukilan cinta hati ini

No comments:

Post a Comment