Saturday, May 1, 2010

DATANGLAH


menggigil aku menahan rindu
tertusuk panahan yang terus ke kalbu
sakit aku sendirian membeku
jatuh terduduk kerana tak mampu


bagai pungguk aku menanti
datangnya bulan menjelma diri
tetap setia aku mendongak tinggi
walau hadirmu belum ku pasti


datanglah balut luka panah rindu ini
datanglah jangan kau menghilang lagi
serabut aku memendam rindu
terseksa aku dirobek kalbu
pernahkah kau mengerti segalanya itu?


perlukah berkurun menanti
haruskah berabad mencari
kerana ini belum pasti
rela aku terus sendiri
tapi yang tersembunyi
tetap berbisik sang hati
datanglah kau ke mari
bawa aku ke taman cinta firdausi
[setia menanti]

No comments:

Post a Comment