maafkan aku
bila bicaraku menghiris hatimu
maafkan aku
bila senyumanku mencengkam jiwamu
maafkan aku
bila jelinganku menikam nadimu
kau tahu sakit hatiku
kau mengerti belahan jiwaku
kau mendengar denyutan nadiku
mula tersenyum indah keranamu
mula berbunga ceria keranamu
mula menyanyi merdu keranamu
tapi berdosa aku
mencacatkan sudut sempurna milikmu
maafkan aku yang punya banyak khilaf
maafkan aku yang keliru dalam gelap
maafkan aku kerana menconteng lukisan indah
yang pernah jadi milikmu dan dia
maafkan aku kerana melarikan helaian putih
yang ingin kau lukis bersamaku
maafkanlah aku kerana buntu-
No comments:
Post a Comment