Friday, April 2, 2010

AKU SAHABAT PADA KAMU?


aku ini pernahkah kau dalami?
aku ini pernahkah kau mengerti?
tiap bait yang aku coret
tiap senyum yang aku lirik
tiap tangis dan ketawaku benarkah kau dengari?
dalam sendu aku bersenandung
dalam bahagia aku tersenyum
yang duka jarang kau ada
yang bahagia sudi ku kongsi bersama


maafkan aku kerana memilih untuk menyepi
maafkan aku kerana mahu jadi bisu
maafkan aku kerana berdiam diri
maafkan aku kerana tak sudi lagi dendangkan lagu
maafkan aku kerana tak mahu lagi untuk berkongsi
maafkan aku kerana ingin pergi jauh dari kamu


mungkin kerana adakala rasa tak dihargai
kadangkala aku rasa hanya aku yang menyayangi
hanya aku saja yang sentiasa mengingati
hanya aku yang takut hilang sahabat sejati
tapi mungkin tak pada kamu
kerana aku bukan apapun padamu
sekadar teman pengisi waktu senggangmu
belum ku kira yang bermusim dalam bersahabat denganku
aku sahabat pada kamu?


maafkan aku kerana tak mampu lagi
untuk terus gendong bakul persahabatan ini
untuk terus tarik tarik tali persahabatan ini
untuk terus jahit sulaman persahabatan ini
bukan aku putuskan tali saudara
aku sekadar melepaskan apa yang ada
karana rasa sedih yang ada dalam dada

No comments:

Post a Comment