Saturday, April 3, 2010

CINTA HATIKU


dalam hening malam ini
selesai sudah sujud padamu
airmata menitis tanpa ku sedari
menyedari segunung dosa milikku
menyedari sekelumit rindu padaMU


Allah Tuhanku yang satu
ampunkan aku yang gagal menjaga hati
aku terlupa akan kebesaran cintaMU
aku jejak cinta sementara hanya duniawi


aku mahu hidup dalam kantung cintaMU
aku mahu bernafas dalam wangian cintaMU
aku mahu mati dalam rahmat cintaMU
aku mahu hati hanya terisi olehMU


jadikan bibirku hanya memuji keindahanMU
jadikan telingaku hanya mendengar alunan ayat suciMU
jadikan tanganku hanya bekerja untuk berbakti buat agamaMU
jadikan kakiku hanya melangkah menuju redhoMU
agar hatiku selamanya hanya cinta KAMU


YA ALLAH
hanya Kau yang ingin aku rindu
hanya Kau yang ingin aku cinta
tapi rinduku masih terlalu sikit jika dibanding para mujahid
cintaku masih tidak sekebal cinta para syuhada
kuatkan cinta dalam hati ini wahai PEMILIK CINTA
taburkan cinta ini hanya buatMU


dan-
di saat ini
aku masih belum mahu kesat airmata sesalanku
ampunkan aku wahai Tuhanku yang Satu




No comments:

Post a Comment