Monday, April 5, 2010

MUDAHNYA


kata-kata itu sangat mudah untuk dilafazkan
bagai air terjun yang mencurah laju
segalanya terlafaz bagai air
menghentam batu di bawah
menghentam apa saja yang ada


kerana bukan mereka yang rasa
jadi mudahlah mereka berkata
hanya hati merah itu yang rasa
jadi yang lain susah untuk faham walau berusaha


tanganku sudah hilang tenaga
bibirku sudah hilang getarnya
kerongkong yang satu hilang suara
betapa aku berdiam melihat segalanya


bila rasa itu bukan milik kau
memang mudah kau atur bicara
memang senang kau tukar idea
memang di hujung jari semuanya
kerana rasa itu bukan kau yang punya
dan itu buat aku jadi tambah kelabu
kerana tambah kelam yang aku rasa


melihat ke arah matahari
kau memang jauh tinggi
memang benar aku boleh lari dari kau bersembunyi
menyorok di balik pokok atau di tempat gelap sunyi
tapi esok kau tetap munculkan diri
jadi bagaimana cara untuk aku pergi tinggalkan matahari?

No comments:

Post a Comment