skip to main |
skip to sidebar
sepi aku...dari kesibukan itusunyi aku...dari belaian ituada yang berlari tinggalkan aku...walau ku tangisitetap pergi dariku... dan aku pun menjauh dari segala kebahagiaan itu yang pernah kita titip bersama tak mahu lagi aku peduli pada kau yang tinggalkan aku pergi...biar aku jadi kebal..biar aku jadi lali..dengan kesepian ini...
di tiap baris yang terlihataku jelas aku rindurindu pada kau yang duluapakah bisa kembali seperti dulu... mahu tersenyum mendengar katamu mahu tertawa mendengar ceritamu sungguh aku rindu kau yang dulu...kau bagai merpati buatkumerpati putih lagi suci berseritolonglah jangan ada yang lainyang berani sentuh merpati putih inibiarkan merpati ini kekal putih penuh suci... dan kerana kau bagai merpati kau terbang pergi aku bagaikan persinggahan sekali lagi didamping sekadar penghibur sepiaku terus mengintai pada langitberharap merpati putih itu kembali lagi...dimanakah kau wahai merpati?aku merindu dalam syahdu....
[nukilan buat sahabat: Mawar Berduri]termenung aku di kamar sepisambil depanku ada lilin menemaniterfikir aku tentang dia yang telah pergi... marahkah dia padaku? meluatkah dia dengan alasanku?maafkan aku yang gagal mencari waktuuntuk hiburkan hatimu waktu kau bersamakubukan aku tak ingin bertemu kamudan meluang waktu..cuma aku tak punya banyak waktukesempitan dan kesibukan jadi penghalang aku... maafkan aku yang kau rasa tak seperti dulu buat kau rasa jauh setelah cincin tersemat indah dijarimu maaf kerana aku selalu fikir kasihmu akan berbeza kerana pastilah dia yang akan jadi lebih utama...bukan aku sedih melihat kau bahagiabukan aku cemburu melihat kau mengungkap cintadihatiku berbunga indah untukmumoga hilang segala sengsara yang kau pikul dahulu... mungkin aku yang belum bisa terima perubahan status kamu terlalu berfikir apakah kehadiranku bakal ganggu kamu dan cintamu lantas aku halang diriku dari selalu mencari kamu...di lorong itu..tiada lagi lagu kitadi padang itu..tiada lagi suara kitadi jalanan itu..tiada lagi tawa kitakerana kamu telah pergi..dan jarak pisahkan kita lagi... buat kau cinta hati sahabatku kau yang sudah bergelar suami kepada sahabatku tatanglah hati sahabatku ini jangan ada lagi mutiara berderai dipipi kau dan dia dua sejoli moga cekal dan tabah dalam tiap liku yang bakal kau harungi dalam hidupmu...buatmu temanku..sahabatku..pendamping sepiku..pengubat airmataku..maafkan aku yang gagal jadi temanmugagal beri senyum padamu..aku butuh waktu yang baruagar dapat aku tebus segala silapku..buatmu..kau tetap cahaya yang menerangimenjadi sumber inspirasikekalkan aku sebagai teman sejati..maafkan aku..duhai sahabat....
dulu...aku melihat diagadis itu riang dalam derai hilai tawanyaberjalan penuh yakin mendabik dadakerana dia tahu dia jelitatentang tudung usahlah bicaraitu sekadar kain yang dipakai sesuka rasadan apakah yang orang bicara tentangnyadia peduli apaasalkan hatinya rasa gembira... dulu... aku juga melihat dia gadis lain yang malu dalam tiap tuturnya bergaya sopan dan lembut langkahnya sentiasa tunduk menjaga pandangan mata setiap dari inci tubuhnya ditutup rapi seluruh auratnya bimbang lelaki asing menjadikan itu santapan matamereka adalah dua gadis yang pernah aku lihatpunya ciri berbeza nampak tersiratbukan aku bezakan yang baik atau yang jahat... dan kini... gadis yang tudung itu sekadar pelengkap kini sudah sempurna berjilbab hilai tawa diganti alunan zikir padaNya Rabb terkadang mengalir mutiara jernih suci di malam gelap kerana sesal dengan dirinya dulu yang terlelap kini dia...muslimah solehah idaman para syabab...lain pula dengan gadis kedua inidulu sopan tertutup rapikini berubah lalu jadi kurang serientah mengapa diubah sahsiah dirikini jadi lebih senang bebas berlari... aku yang melihat sekadar berfikir apa yang tersirat bukan bezakan yang baik atau yang jahat...inilah namanya hidayahinilah namanya nikmat hidayah itu hanya milik Tuhandan nikmat itu pinjaman dari Tuhan...kuatnya iman bukan untuk dibangganikmat Tuhan harus dijaga dan dipeliharaapatah lagi nikmat iman di dadasemailah ia dengan benih zikir dan taqwaberdoalah agar tak lalai dan alpa... dan aku... aku juga muslimah dan aku harus terus bermuhasabah agar pengakhiranku dilimpahi mahabbah*teguhkan iman hambaMU yang lemah ini Ya Allah...~
aku di situ....berfikir akan sesuatuapakah bisa si gadis itu mencari cintaapakah bisa si gadis itu meluah cintaatau...sebaiknya sabar menunggu hadirnya cintalalu pendamkan saja segala bait-bait puitis cinta... kerana bimbang dijaja bagai gadis yang tak manis keluar berlari mencari cinta yang konon sejati lagi kekal selamanya... lalu.. ada baiknya ku pilih jalan kedua duduk menanti sambil berdoa moga Tuhan temukan cinta yang sentiasa dalam restu dan rahmat-NYAaku yang penuh lemah dan serba kurangmengharapkan Tuhan temukan dengan yang ada iman di dada yang lapangagar bisa jadi imam pada tiap sujudku dengan senanglalu dia tutup tiap sudut lemahku yang serba kurang...
yang penuh iman itu jadi pujaan agar dapat temani aku mengaji tiap baris al-Quran agar jadi imam dalam tahajud dan taubat tika di langit ada bulan agar dapat pimpin aku ke syurga idaman menuju alam akhirat yang kekal sepanjang zaman......
dia tanya akuaku cinta siapa??dia teka satu namaaku senyumtekaanmu salah wahai sahabat... aku cinta yang lain yang tak pernah akan cinta aku yang akan diam tatkala terdengar aku yang akan terus pilih yang lain yang tak pernah akan lihat aku walau dalam sekilas jeling matanyaitulah yang aku cintayang bukan untukkurasa berdosa kerana menyintaijadi aku pilih untuk diam sendiri... kucurahkan segalanya pada Illahi kerana DIA yang sejati dan lebih mengerti pasti DIA akan beri suatu hari nanti cinta lain untuk diganti yang tak lukakan lagi sekeping hati ini dan zikir cintaku mengalir di hujung jari tiap butirnya jadi bait penyembuh sepi...
dalam tenangdadaku berdegup kencangsangat kencangmelihat satu raut wajahyang cuma terlihat di potret sepi ku urut perlahan dada ini degupan ini beri aku rasa sakit sakit yang tak terperi melihat dia senyum sepi dalam potret-potret miliknya sendiridia yang menjauhseakan ingin aku juga menjauhkerana dia jadi sepijelas aku bukan pilihan hatikerana aku bukan tuan puterikerana aku bukan permata yang bersinarada lain yang lebih tinggi dan bersinar... ke lautan dia pergi ke sana aku berlari cuba ikut tiap jejaknya walau amat payah ku rasa tapi dalam perlahan langkahnya aku pula yang sering tersungkur jelas aku tak sekuat dia...dan dia pergi dalam perlahan langkahnyalangkah perlahan tapi cukup kemastinggalkan aku sendiridia ke langitdia ke bulandia ke bintangwalau ke matahariaku tahu dia mampudan tinggallah aku di bumijejaknya tak mampu ku turutikerana dia seakan mahu pergijadi ku relakan semua ini.....
di atas tikar di satu penjuruberteleku aku menghadap yang SATUmengimbau tiap dosa-dosa laluapakah aku pantas jadi hambaMu... betapa aku penuh dosa dan cela ampunkan aku wahai yang ESA diri yang lemah ini lalai dan leka pada godaan dan mewah duniaaku yang keruhtidak lagi bersinarterlalu jauh telah aku berjalanterlupa sebentar pada manisnya iman aku yang keruh ingin kembali jernih berjalan atas nikmat kasihMU bernafas dengan nadi cintaMUTuhan..ampunkan hambaMU inikuatkan iman hambaMU inicekalkan hati hambaMU iniaku yang lemah lagi tak berdayaterlalu amat dambakan kasih dan cintadariMU yang ESA... Ya Illahi... ingin aku jadi seperti Sumayyah jadi seperti Rabi'atul Adawiyah jadi seperti Aisyah yang merah.. ingin hati ini seteguh mereka tapi aku yang keruh penuh dosa...ampunkan aku Ya Allahhati yang keruh ini ingin jadi jernihjernih dan putihsesuci embun di pagi nan syahdukurniakan aku keampunanMUbekalkan aku kekuatan ituagar selamanya damba cintaMUpada KAU yang SATU...
kalaulah...kau bisa fahamtiap yang berkata dalam hatitak perlulah aku panjang jelaskan tiap inci... kalaulah... kau bisa baca tiap yang tertulis dalam hati ini tak perlulah aku jadi penuh emosi dalam bicara sepimalu ditertawakankerana berfikir ikut perasaan sendiritapi itu yang keluar tanpa keterpaksaantak mahu lagi simpan resah ini bila resah terluah hilang rasa masalah tapi tiba-tiba aku rasa asing tak terperi kerana malu pada diri sendiri...rupanya beginilah kecilnya hati inicepat terusik tapi tak mahu mengusikinilah bisikan hati kecilkugadis biasa yang ada angan merapuberangan tinggi menjadi puteri sesuci salju... dan kalaulah... kau selalu akan mengerti tiap yang terdetik dalam hati sang puteri....
kamu,aku,dia dan merekakita pernah dicop dengan satu nama yang samakerana itu kita pakai lencana yang sama tapi kita sudah dewasa kita sudah berada di dunia berbeza aku di sini,dia di situ kamu,kamu dan kamu nun...jauh di sana...dan atas nama yang pernah kita kongsi bersamakamu,aku dan kamu..berteman semulaada gundah yang aku lepaskanada gembira yang aku kongsikanada tangis yang aku luahkanada juga bual kosong yang aku selitkansegalanya pada kamu dan kamuteman yang dulu tak pernah aku dekatkan... andai saja kamu bisa tahu betapa aku bersyukur berteman insan sebaik kamu yang tak pernah kasari aku dalam tiap tuturmu yang sabar mendengar kisahku dalam tiap waktu lapangmu yang berusaha memberi teka-teki baru walaupun jawapannya tak pernah aku tahu...tapi..satu yang perlu kamu tahubukan aku mahu beginibukan aku mahu ikut perasaan bodoh iniaku cuma tak mahu nama kamu hilang seribimbang jika aku punca semua ini... maafkan aku jika aku beri imej buruk pada kamu maafkan aku jika selama ini aku jadi penyibuk dalam hidup kamu maafkan aku jika aku tak pernah patut masuk dalam kotak kamu maafkan aku yang terlanjur berkawan dengan kamu....aku jadi buntu...............tak mahu ganggu kamutakut calarkan nama gah kamutakut cacatkan sudut sempurna kamutakut kamu tersinggung pada usikan mereka itu aku yang buntu jadi keliru perlukah aku menyepi dalam duniaku sendiri dan maafkan aku kerana penuh emosi niatku cuma mahu jaga sekeping hati....*kite emo eh??tapi memang kite takut kamu marah pade kite,dan lepas tu,jadi tak mau pule berkawan dengan kite..kite takut kamu salah fikir pasal kite..kite tak marah pade mereka,kamu atau sape-sape...kite cume takut kamu yang tak selesa...tapi kalau betul yang kamu tak ape-ape..dan tak kesah pasal ni semue..jadi saye pon jadi lege..dan boleh senyum semule....
dalam sunyi malamaku melihat langittinggi di atas sanadan aku nampak bintangaku cuba mengira tiap satunyatapi tak berjaya... bintang-bintang bagai mengejek aku yang gagal menjejak jumlah mereka kemudian aku berhenti seketika dari mendongak pada langitku buka helaian putihdari lembarankudan tangan ini jadi lajuuntuk mencoret lagibait-bait perasaanyang sedang berlagu penuh syahdudi lubuk hati ini.... entah sejak bila aku mula menulis begini entah sejak bila pula aku jadi puitis begini melahirkan kata cinta melagukan baris rindu yang belum pasti untuk siapa....tapi aku bingung kembalidari mana datang segala bait rindu dan cinta inisiapakah yang telah jadi sumber inspirasiapakah dalam diam aku mula menyintai?hingga segalanya hanya terluah dalam puisi sepi ini... aku kembali mengintai pada langit bintang bagai bukan lagi mengejek tapi tersenyum padaku yang hanya mampu meluahkan rindu dalam coret puisiku biarlah aku terus meluah rasa rinduku biarlah aku terus bercerita hangat cintaku hanya di sini,di dalam puisi sepiku.....*Ya Allah,jika ada cinta yang berlabuh untukku,janganlah cinta itu melebihi cintaku padaMu...yang selamanya kekasihku...kuatkan lagi tali cintaku padaMu,tambahkan lagi zikir rindu buatmu..moga apabila ada cinta yang berlabuh,cinta itu sentiasa dalam rahmatMu Tuhanku.....