skip to main |
skip to sidebar
TUHANKU
Wahai Tuhanku,KAU yang satuyang ku rindu..berjalan aku di atas nikmatMUbernafas aku dalam kasih sayangMU... Tuhan, ampunkan aku yang leka dalam waktu ampunkan aku yang lupa pada janjiku janji pada Maha Pencipta saat roh ditiup olehNYA tika aku dalam rahim bonda...Tuhan,aku ini insan penuh lemahtak berdaya cepat mengalahbelum mampu jadi muslimah yang gagah... tewas aku dalam ujianMU gagal aku dengan dugaan itu dan tertunduk aku kerana malu...Tuhan,aku mohon kuatkan hati iniawasilah tiap gerak geri tubuh iniizinkan aku terus bertasbih dalam zikir sepiagar aku tabah menghadapi mimpi ngeri... Tuhan, aku pasrah segala takdirMU kerana KAU Maha Tahu apa yang terbaik untukku kerana KAU lebih pasti apa yang aku mampu dan menangislah aku dalam syahdu dan pilu menadah tangan mengharap cintaMU.. ampunkan aku,Tuhanku...
No comments:
Post a Comment