Tuesday, February 16, 2010

BERCINTA


ada insan tanyakan padaku
bila lagi mahu bercinta?
aku senyum
pernah kecewa?
aku angguk
dia meneruskan kata
cubalah sekali lagi
aku senyum
aku angguk
insyaAllah satu hari nanti


bukan aku tak mahu bercinta
tapi jiwa belum cukup bersedia
banyak lagi harus ku jaga
cinta hanya akan buat aku kecewa


usah tanya lagi tentang cinta
aku penat menjawabnya
akan aku dakapi cinta
bila sudah tiba masa
akan aku dampingi cinta
bila hati sudah bersedia
dan di saat itu
jadilah aku yang halal baginya
tiada lagi keraguan cinta

No comments:

Post a Comment