segalanya tiada erti
bila kau tak ingin mengerti
segalanya jadi tiada erti
bila kau tak berusaha memahami
segalanya kosong tiada erti
bila kau tegar tinggalkan aku sendiri
ke kanan
tak berdaya aku
ke kiri
tak termampu aku
ke hadapan
bukan untukku
ke belakang
tiada tempat untukku
jelasnya di mana tempatku?
sudah tiada hati aku mahu melihat
apatah lagi mengangkat muka mencuri pandang
tertunduk sendiri itu lebih tepat
dari mendongak mencari yang hilang
dan sendirilah aku di sini
kerana segalanya kosong tiada erti
ku mahu terbang bagai merpati
bebas dalam duniaku sendiri
walau akhirnya aku bakal mati
kerana peluru manusia di bumi
tak mahu terus mencari lagi
segalanya jadi tiada erti
No comments:
Post a Comment