Sunday, February 7, 2010

PENCINTA SEJATIKU


sayu aku melihat wajahmu
tak bisa aku lelapkan mata
kerana ingin terus tatap wajahmu
betapa wajah ini penuh berjasa


terima kasih duhai ibu
membelai manja tiap putera puterimu
walaupun hatimu remuk seribu
kerana duka yang datang bertamu


kau srikandi hebat wahai ibu
hatimu bagai telah digoncang dek ujian
jiwamu bagai telah dipanah dek dugaan
tapi kau tetap tabah dalam senyummu
setia memberi senyum buat putera puterimu
tak mahu mereka lihat deraian airmatamu


menangislah wahai ibu
ku tahu kau berduka
menangislah wahai ibu
ku tahu kau sengsara
jadikan aku tempat kau mencurah segala
biar aku yang jadi temanmu yang setia
berkongsi segala cerita suka duka
kerana aku mahu kau sentiasa gembira


kaulah ibu yang mulia
menjadi ibu dan juga bapa
jadi pembangun kami saat kami jatuh
jadi sahabat kami saat semua jauh
jadi pendengar kami saat semua pergi
jadi pencinta kami yang paling sejati
itulah IBU


terima kasih buatmu ibu
tak pernah jemu dan lelah
dalam mendidik kami yang lemah
kau ibu yang satu
teruslah senyum tanda bahagia
aku janji akan gantikan tiap hari dukamu
dengan senyuman yang ceria
aku janji wahai ibu~

No comments:

Post a Comment