Saturday, February 13, 2010

INDAHNYA KHABAR CUMA


aduhai
maafkan aku yang mengeluh
di permualaan kata yang berlabuh


bukan aku membenci
tapi aku cukup tak puas hati
ini yang kau kata indah?
ini yang kau kata selesa lagi cerah?
ini suram dimataku
ini tidak segar dalam nafasku


aku jadi bertambah lelah
mata tidak terpesona
hati tidak tertawan
tubuh jadi tambah penat
jiwa dah serabut rasa menyampah


indah yang kau laungkan
segalanya khabaran cuma
rupa sebenar yang kulihat
.............................................
dan aku jadi kelu tiada kata
terlalu kecewa yang aku rasa


ahhhh
aku jadi pusing lagi pening
yang aku mahu
kamar beraduku

No comments:

Post a Comment