aku masih tak mampu lena
kerana aku mencari bait kataku
telah aku cari di serata
tapi masih belum terjumpa
aku rindu menulis di sini
buat tatapan teman setia
ku yakin jauh itu hanya dimata
di hati tersemat selamanya
tapi tiada bait kata yang mampu ku tutur
hilang segala bahasa tak dapat ku ucap
mana perginya baris-baris madah cinta
mana perginya nukilan rindu penuh mesra
ku ingin bercerita tapi tiada suara
ku ingin berkongsi tapi tiada isi
aku hilang dalam duniaku sendiri
mencari huruf rumi dan jawi
menggali dalam bahasa ibu pertiwi
aku hilang sekali lagi
kalah dengan diri sendiri
No comments:
Post a Comment