Saturday, January 16, 2010

AKU MAHU


ada sesiapa tahu
tentang apa yang aku mahu?
inilah yang aku mahu


aku mahu jadi penulis hebat
penulis penuh bait puitis
penulis yang bangkitkan semangat
penulis hebat yang jadi inspirasi
penulis yang keluarkan pendapat
melalui idea dan isi hati


tapi aku tak sehebat yang lain
tulisanku tak mampu beri api
tulisanku juga tak selembut salju
tulisanku juga tak seindah pelangi
tulisanku terlalu nipis dan ringan
tak mampu setanding dengan yang tinggi


tapi itulah impian dihati
aku mahu jadi yang hebat
yang mampu beri nafas baru
yang mampu beri udara segar

dan aku cuma salah seorang pencinta
dunia puisi yang penuh bait-bait bermakna
moga Tuhan terus beri aku kelapangan
agar tulisanku tak sampai pada pengakhiran

No comments:

Post a Comment