Sunday, January 17, 2010

IZINKAN AKU


izinkan aku
jadi puteri yang sentuh hatimu
agar hatimu tak lagi sejuk membeku
izinkan aku
jadi pembakar semangatmu
agar kau tak lagi lemah lesu


wahai kekasih yang menyendiri
mengapa kau terus menyendiri
sedangkan aku setia di sini
berdiri hanya di sini
setia menunggu dan menanti
hadirnya kau putera disanubari


aku tersenyum sendiri
kerana tidak aku tahu siapakah kekasih hati
apakah aku bodoh menunggu sendiri di sini?
tapi aku yakin kehadirannya pasti
mungkin terlewat kerana persiapkan diri


izinkan aku
untuk jadi gadis yang satu dalam hatimu
jangan ada yang lain ikat cintamu
izinkan aku
alunkan ayat-ayat suci di sampingmu
agar cinta itu dalam redha Yang Satu
izinkan aku
selamanya hanya memandang matamu
sambil kau dan aku saling mengingati
agar tak lupa dan alpa menuju jalan Ilahi
izinkan lah aku
jadi puteri dan ratu yang halal bagimu
selamanya menginap dalam kamar hatimu


tersenyum sendiri aku
kerana setia menunggu
pada kekasih yang masih bisu
yang aku sendiri belum tahu insan itu
kerana rahsia itu
selamanya hanya TUHAN yang tahu

No comments:

Post a Comment