sahabatku bertanya
kamu sedang tulis puisi?
aku menjawab tidak
malu sudah bicara tentang puisi
sahabatku bertanya
mengapa pula malu begitu?
aku menjawab kerana puisi-puisiku tidak maju
entah apa yang dicoret aku pun tak tahu
rasa bersalah pula pada semua puisiku
sedangkan ia adalah luahan hati pengubat rindu
dan kini tega aku berkata ia tiada mutu
maafkan aku yang tidak hargai kamu
sebenarnya aku cinta kesemua puisiku
No comments:
Post a Comment