Saturday, January 16, 2010

RASA YANG TERCIPTA


cinta itu sebuah rasa
indah tercipta disanubari
diberi oleh Tuhan kepada manusia
agar manusia itu tidak sunyi


jika cinta itu sebuah buku
kau adalah tulisan yang menari di dalamnya
jika cinta itu ialah masa
kau adalah tiap detiknya
jika cinta itu basikal beroda dua atau tiga
kau adalah penunggang setianya
betapa aku tak mampu pisahkan kau dari cinta
kerana pada kau
aku nampak cinta


tapi jika cinta itu adalah kau
aku hanya mampu memandang dari kejauhan
begitu indah andainya kau bernama cinta
tiada keberanian untuk aku sentuh engkau
kerana kau bagai permata yang berkilauan
tak mampu aku mencapai kau yang sempurna


begitulah tingginya kau dihati ini
mengagumi jua mencintai
walau dalam diam,sunyi dan sepi
aku tetap rela begini
biar ku pegang rasa yang tercipta ini
biar ku luah dalam rangkap puisi
kerana inilah rasa yang tercipta
yang telah terbit dalam hatiku yang setia

No comments:

Post a Comment