Sunday, January 10, 2010

IMPIAN CINTA


Sayang,
kemarilah engkau
hadir padaku
temani aku dalam mimpiku
biar segalanya tak lagi sepi bisu


tertanya aku siapakah sayangku
yang seharusnya datang hilangkan kelabu
aku di sini dengan setia menunggu
menunggumu dalam waktu


akan aku berpegang pada janji itu
walaupun itu janji cinta dalam sepi
biarlah cinta ini bertemu
walaupun tanpa jasad bersatu
biarlah rindu ini berbicara
walaupun tanpa ada suara
kerana cinta itu buta
biarlah hanya hati yang berkata-kata
lalu aku luahkan menjadi tulisan indah
agar kau faham maksud cintaku


biarlah cinta itu hadir dalam sepi
biarlah rindu itu terbuku dalam kalbu
kerana apabila tiba saatnya aku kau miliki
hanya kau yang dapat rasakan gelora itu


dalam munajat tasbih cintaku
aku luahkan padaNYA yang satu
moga DIA temukan aku dengan yang sejati
menjadi kesayanganku setiap hari


tetapi
tetap aku mengingatkan diri
yang utama adalah yang SATU
hidup dan mati ini
adalah untuk Ilahi...

No comments:

Post a Comment