Thursday, January 14, 2010

CINTA YANG BISU


aku diam cinta diam
aku senyap cinta pun senyap
aku sunyi cinta lagi sunyi
aku bisu cinta turut bisu
aku tunduk cinta tambah tunduk
aku malu cinta lebih malu
aku sepi cinta juga sepi


tak mengerti mengapa cinta begitu
jadi bisu tak mahu ucap rindu
aku dan cinta terus berdiam
membisu tanpa sebarang kalam


mengapa cinta jadi begitu
jika cinta terus saja bisu
pada siapa harus aku curahkan rindu
lalu terfikir aku
cinta mahu aku bicara tentang rindu
hanya pada TUHAN yang satu
kerana DIA selamanya pemilik dan pencipta
pada segalanya di atas dunia
dan tersenyum aku lalu berkata
terima kasih wahai cinta~

No comments:

Post a Comment