terdiam aku dalam sayu
sedih dengan khabaran itu
cuba ku kawal apa adanya
agar tidak dilihat suram dijiwa
tapi aku gagal pertahankan rasa sendu
airmata bagai mutiara deras basahi pipi
menangis aku dalam dakapan ibu
aku jadi puteri yang gagal kawal emosi
ibu mengalun kata yakinkan aku
tiada yang lain akan sakiti aku lagi
semua itu mainan dunia yang kelabu
takkan dapat calarkan cinta yang suci
terima kasih ibu atas dakapanmu
sentiasa mesra manjakan aku
aku juga yakin pada cinta itu
walau terpisah jauh beribu batu
airmataku berhenti mengalir kerana ibu
kata-katanya menguatkan aku
tiada lagi tangisan dalam keliru
dan aku bahagia dalam dakapan ibu
im here if u need me~
ReplyDelete