buatmu yang dalam ingatan
dengarkanlah puisi penuh syahdu
ku nukilkan buatmu di kejauhan
hayatilah baitnya dalam rindu
malam ini ada yang datang padaku
minta aku bicara tentang kamu
aku hanya tertunduk kerana malu
tapi tetap aku bercerita tentangmu
ketahuilah olehmu
telah aku khabarkan padanya
betapa aku sanjungi kamu
betapa aku kagumi kamu
keperibadianmu yang tulus
kesederhanaanmu yang meruntunku
ketegasanmu dalam pertahankan tiang agamamu
cara lembut dalam menjaga tuturmu
ikhlas dalam menyampaikan ilmu
merendah diri itulah kamu
dan terlalu banyak jika dijelaskan satu persatu
kerana iman yang ada padamu itu
buat aku mengagumi kamu
terus kuat berpegang dengan iman yang satu
dan aku terus mendoakan yang terbaik buatmu
dan tahukah kamu
tiap kali aku bercerita tentang kamu
aku jadi bahagia sekali
seolah bercerita tentang insan yang aku miliki
sedangkan kau sebenarnya tidak mengerti
tentang kisah gelora hatiku ini
betapa aku tersenyum sendiri
tatkala bercerita tentangmu idaman hati
betapa aku tersenyum sendiri
tatkala menghuraikan perasaan ini
dan aku tertunduk malu pada diri sendiri
kerana berani menyimpan rasa sebegini
maafkan aku yang terlanjur merindu
sungguh aku tak menyedari rasa itu dalam kalbu
dirimu telah jadi pujaan
dirimu telah tarik segala perhatian
dan aku hanya mampu menadah dua tanganku
moga DIA satukan dua hati jadi satu
moga DIA pertemukan hati dua insan
kuserahkan padaNYA untuk menentukan
moga rindu bertamu dalam keredhaan
restu Illahi yang aku dambakan
moga rasa ini adalah rasa yang tercipta kerana TUHAN
insya Allah..ameen ya rabb...=))
ReplyDelete