Saturday, January 23, 2010

BENCI BISU


senyap- sunyi- sepi-
yang kedengaran hanya suara pusingan kipas
sedangkan kamar ini tak kosong sunyi
ada insan-insan yang penuhi ruangan ini
keduanya bernyawa keduanya bernafas
tapi entah mengapa jadi sunyi sepi


tidak aku mengerti punca kebisuan
telinga dipekakkan dengan suara nyanyian
jadi senyaplah aku dalam kesunyian
tak mahu ganggu insan melayan perasaan


jika kau marah,kau luah
jika kau sakit,kau jerit
jika kau penat,kau rehat
jika kau bengang,kau tenang


itu yang patut kau buat
bukan menyorok dalam selimut tebal
menangis sambil dengar muzik yang kuat
kononnya hati kau sangat kebal


aku malas melihat kau yang bisu
aku seolah asing dalam hatimu
kau tahu segalanya tentang aku
kau tahu juga apa kebencian aku
aku benci melihat ada yang tiba-tiba jadi bisu
jadi mengapa kau bisu dengan aku?


bukankah aku sahabat dalam hati?
bukankah aku yang jadi peneman sepi?
bukankah aku yang kau ketawa bersama hari-hari?
bukankah aku yang simpan segala rahsia hati?


jadi mengapa saat ini kau diam bisu
bagai aku bukan lagi sahabatmu
berdiam diri seolah ketepikan aku
sedangkan kau tahu hatiku
selalu akan sayang kamu


berhenti jadi bisu
aku benci melihat sahabat yang bisu-


*buat sahabat kesayanganku~tamo gadoh2 lagi~pastu tamo senyap2 lagi okeh~kalu marah ke,ape ke~terus lah cerite~jgn la suke je nak pendam~sayang kamu selalu~sbuat macam tu lagi~siaplah!!!

1 comment: